Tragedi tembakan Masjid Christchurch : Tiga rakyat Malaysia cedera, seorang lagi masih hilang

Tiga rakyat Malaysia yang cedera kini dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan yang dialami.

NEW ZEALAND : Tiga rakyat Malaysia disahkan cedera dalam insiden serangan tembakan di Masjid Christchurch.

Mereka ialah Rahimi Ahmad, 39, Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dan bapa Muhd Haziq, Mohd Tarmizi Shuib, 46.
Tiga rakyat Malaysia yang cedera kini dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan yang dialami.

Walaubagaimanapun, setakat pukul 11 pagi Sabtu waktu Malaysia, remaja berusia 17 tahun Muhd Haziq Tarmizi masih hilang susulan insiden serangan pengganas ini.

Seorang lagi anak Mohd Tarmizi Muhd Haris, 12, masih trauma dan mendapat rawatan di sebuah hospital kanak-kanak.

Terdapat kira-kira 1,000 rakyat Malaysia di Christchurch, termasuk 208 daripadanya merupakan pelajar.

Dinasihatkan agar rakyat Malaysia di Christchurch untuk terus berjaga-jaga dan menghubungi Suruhanjaya Tinggi jika mereka berada dalam kesukaran.

Kategori
DuniaUtama