TMJ beli Valencia?

Antara spekulasi yang timbul ketika ini adakah Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal melebarkan pengaruhnya hingga ke Valencia atau kelab La Liga yang lain?

KUALA LUMPUR: Pertemuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemilik kelab Valencia, Peter Lim di Turin beberapa hari lalu mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Antara spekulasi yang timbul ketika ini adakah Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melebarkan pengaruhnya hingga ke Valencia atau kelab La Liga yang lain?

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah ada perbincangan lanjut antara Tunku Ismail dan Peter Lim mengenai perkara itu kerana seperti diketahui umum dua individu itu mempunyai hubungan rapat sebelum ini.

Ia dibuktikan dengan JDT dan Valencia pernah menjalinkan kerjasama pada 2014 membabitkan perkongsian beberapa perkara dalam pembangunan bola sepak.

Media Sepanyol mengesahkan pertemuan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan Peter Lim di sebuah restoran di Turin, Itali yang turut disertai pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo dan ejen pemain, Jorge Mendes.

Namun laporan berkenaan tidak menyebut mengenai spekulasi TMJ akan meluaskan pengaruhnya ke liga Sepanyol.

Apa yang pasti ketika ini, kunjungan TMJ ke Turin menyaksikan JDT akan mengadakan kerjasama dengan kelab gergasi Itali, Juventus.

Kategori
SukanUtama