Tiada sebarang tawaran terhadap Pogba

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer akhirnya ‘membuka mulut’

MANCHESTER – Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai isu perpindahan Paul Pogba dengan mendedahkan tiada sebarang bidaan diterima terhadap pemain itu.

“Semua orang di dalam kelab bermula pengurus sehinggalah pemilik kelab tahu hasrat Pogba sedia berpindah.

“Kami dalam proses itu dan tahu bagaimana perasaan Pogba,” katanya.

Real Madrid dikhabarkan sedang mendahului Juventus untuk mendapatkan khidmat pemain Perancis berusia 26 tahun itu.

Bagaimanapun Solskjaer menyangkal dakwaan itu dengan berkata tiada tawaran diterima untuk Pogba sehingga hari ini.

“Terdapat pelbagai spekulasi dan orang bercakap tentang pemain kami. Namun bagi saya perniagaan seperti biasa.

“Di United, anda jangka semua spekulasi ini akan timbul pada musim panas.

“Saya sudah bercakap dengan Pogba, Romelu Lukaku, Marcus Rashford dan Jesse Lingard. Setahu saya tiada bidaan terhadap semua pemain ini,” katanya.

Kategori
SukanUtama