Bekas legenda The Blues itu, menyenaraikan dua barisan kesebelasan pemain pada setiap babak dalam perlawanan di Dublin, Ireland dengan memberikan peluang terhadap deretan pemain muda membuktikan potensi mereka.

“Ia merupakan perlawanan yang sukar. Ini merupakan perlawanan pertama kami dan banyak lagi perkara yang harus dipertingkatkan lagi.

“Kami telah berusaha dan melakukan perkara yang sama dalam perlawanan ini. Kami mahu meneruskan sesi pra-musim ini dan berharap keputusan yang positif bakal diraih selepas ini.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan walaupun seri. Barisan pemain muda mempamerkan kualiti yang memberangsangkan,” katanya.

Legenda kelab The Blues, akan membimbing aksi kedua berdepan St Patrick’s Athletic Sabtu ini, gembira di atas keinginannya pemain-pemain untuk menimba pengalaman baru.

“Kami perlu meningkatkan lagi tahap kecergasan pemain untuk permainan yang memiliki intensiti tinggi.

“Saya bukan hanya gembira mereka melakukan apa yang telah diarahkan tetapi pemain-pemain turut menampilkan sikap yang profesional,” tambahnya.

Pemain antarabangsa Belgium, Michy Batshuayi, yang menghabiskan tempoh selama 18 bulan sebagai pemain pinjaman di Borussia Dortmund, Valencia dan Crystal Palace mengambil peluang itu untuk membuktikan ketajamannya apabila membuka tirai jaringan.

Bagaimanapun pada minit terakhir permainan, Eric Molloy menjaringkan gol penyamaan untuk kelab yang beraksi di Liga Ireland itu sekali gus menafikan Lampard untuk merasai kemenangan pertama sebagai pengurus.

Selepas bertemu St. Patrick di ibu negara Ireland itu, Chelsea akan memulakan siri jelajah ke Jepun untuk bertemu Kawasaki Frontale dan juara Sepanyol, Barcelona