Kurang ajar! Penyerang masjid Christchurch tunjuk simbol ‘White Power’

Ketika di bawa masuk ke kamar mahkamah, Tarrant melemparkan senyuman sinis, malah riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang penyesalan. 

NEW ZEALAND : Brenton Tarrant pengganas kulit putih yang menyerang dua masjid di Christchurch muncul di Mahkamah Daerah Christchurch hari ini.

Berbaju putih dan bergari, Tarrant, 28, warga Australia, berdepan dakwaan membunuh.

Ketika di bawa masuk ke kamar mahkamah, Tarrant melemparkan senyuman sinis, malah riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang penyesalan.

Lelaki kurang ajar itu turut menunjukkan simbol ‘OK’ terbalik yang membawa maksud ‘White Power’.

Media sebelum ini melaporkan, Tarrant memuat naik manifesto setebal 73 muka surat mengandungi alasan mengapa dia melakukan jenayah tersebut.

Manifesto ‘The Great Replacement’ menggambarkan Tarrant mengagung-agungkan ketuanan kulit putih dan kebencian maksimumnya terhadap Islam. Serangan itu juga bertujuan mengurangkan jumlah populasi imigran Islam.

Tarrant turut menyenaraikan alasan, penurunan kadar ktelahiran orang kulit putih di Barat dan pengambilalihan demografi oleh umat Islam sebagai sebab utama di sebalik tindakannya.

 

Kategori
DuniaUtama