Mail Online melaporkan, Chloe Wiegand, 18 bulan terbunuh selepas terlepas daripada pegangan datuknya dan terjatuh melalui tingkap terbuka ketika kapal persiaran Royal Caribbean bersedia untuk berlepas dari Puerto Rico, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Bahagian Homisid, Jabatan Polis San Juan, Sarjan Jose D, Sanchez berkata, masih terlalu awal untuk mengklasifikasikan kes itu sebagai kemalangan.

“Kita sedang berada pada pe­ringkat awal siasatan dan tidak menolak sebarang kemungkinan.

“Polis menyiasat secara profesional bagi mendapatkan penjelasan kematian bayi perempuan ini yang menjadi tanggungjawab kita,” kata­nya.

Keluarga mangsa dalam pada itu dilapor menyalahkan syarikat kapal persiaran tersebut di atas kematian Wiegand.

Peguam dilantik keluarga mangsa, Michael Winkleman memberitahu, datuk mangsa, Salvatore Anello tidak menye­dari tingkap kapal tersebut terbuka ketika membawa Chloe berhampiran tingkap.

Katanya, cermin itu tidak sepatutnya boleh dibuka sama sekali kerana ia berada di kawasan kanak-kanak pada tingkat 11 kapal.