Individu obes atau indeks massa tubuh di atas 25, struktur otaknya didapati jauh lebih tua atau sama seperti struktur orang yang lebih tua. Selain itu, terdapat bahagian otak yang menyusut, iaitu jisim putih. Penyusutan bahagian ini berkait dengan penurunan kognitif dan demensia.

Tip makanan mengekalkan tahap kesihatan otak.

*Ini termasuk buah epal, asparagus, bluberi dan strawberi, coklat hitam dan ikan salmon. Makanan lain ialah yogurt, bijiran penuh dan kekacang.

*Makan sebiji epal sehari boleh melindungi otak daripada kerosakan oksidatif yang menyebabkan penyakit penyusutan otak seperti alzheimer dan parkinson.

*Coklat hitam menawarkan kuasa tumpuan yang menakjubkan. Antioksida itu sangat berkuasa. Ia mengandungi perangsang semula jadi yang menambah pengeluaran kimia ceria endorfin. Anda boleh mencari coklat hitam yang kandungan gulanya kurang daripada 10 gram bagi setiap hidangan untuk manfaat yang maksimum.

*Ikan salmon yang memiliki asid lemak omega-3 penting untuk fungsi otak.Bijiran penuh pula membekalkan gentian dan vitamin E yang membantu kesihatan kardiovaskular sekali gus memperbaiki peredaran darah otak.

*Yogurt dan makanan tenusu lain pula penuh dengan protein dan vitamin B yang akan menambah baik komunikasi antara sel-sel saraf. – MINGGUAN MALAYSIA