Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1890 samasa ditutup semalam.

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Ringgit rendah berbanding dolar AS semasa urus niaga dibuka hari ini berikutan permintaan lemah terhadap mata wang temptan, menjelang pengeluaran data sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1890 samasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata penggiat pasaran menjangkakan data pembuatan AS akan kembali mencatatkan pertumbuhan pada September selepas menguncup buat julung kalinya pada Ogos dalam tempoh tiga tahun.

Kategori
BeritaEkonomi