TMJ jawab amaran Dr Mahathir

“Sila. If I have to go down kerana menegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja-Raja Melayu, dan Islam.“ - TMJ

KUALA LUMPUR: : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia berhadapan dengan tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.

Dalam ciapan di laman Twitter peribadinya, Tunku Ismail ‘mempersilakan’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbuat demikian.

“Sila. If I have to go down kerana menegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja-Raja Melayu, dan Islam.

“Dengan apa-apa cara pun. Kamu tahu di mana hendak cari saya,” tulis beliau.

Dalam kenyataan itu juga, Tunku Ismail  mempertahankan tindakannya memberikan pandangan seperti rakyat biasa.

“Macam Rakyat biasa saya berhak tanya soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Habiskan apa yang kamu mulakan,” kata Tunku Ismail lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam kenyataannya menegaskan, tiada siapa di negara ini termasuk Tunku Ismail akan terlepas daripada dikenakan undang-undang sekiranya ada kenyataan yang dibuat melanggar undang-undang.

Menurut Dr Mahathir, Tunku Ismail boleh memberi pandangan asalkan tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula dalam reaksinya berkata: “Kita menghormati hak Tunku untuk mengkritik.

“Patik berkarap Tunku pun menghormati hak rakyat untuk membalas kritikan tersebut. Tidak perlu memperlekeh, mengugut atau mencaci.”

Kategori
PolitikUtama