“Saya sebenar tidak pelik dengan idea atau kenyataan ‘luar kotak’ pemimpin PH ini, cuma terkejut apabila ADUN Jeram memilih untuk memperjuangkan ganja dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), sedangkan banyak isu penduduk di Jeram tak dibangkitkan.

“Cuma nasihat saya, sebelum dia nak memperjuangkan ganja, elok dia sendiri turun padang dan buat bancian berapa ramai penduduk di Jeram itu sendiri terpalit dengan masalah dadah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Shaid semalam mencetus kontroversi apabila mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor supaya dapat mempertimbangkan pelaksanaan penanaman pokok ganja di negeri ini bagi tujuan perubatan.

Beliau dipetik sebagai berkata: “Apa yang penting, kajian ini dibolehkan sekiranya mendapat kelulusan menteri.

“Memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, jadi kerajaan negeri boleh memberi kerjasama untuk berbincang mengenai penanaman, pemprosesan serta pengeksportan ganja yang dapat memberi pulangan lumayan,”

“Ganja boleh membawa hasil pulangan sehingga RM9 juta setahun, satu ekar dengan tiga kali ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun. Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan, “

Bagaimanapun, cadangan Adun Jeram itu disanggah Adun Ijok, Dr Idris Ahmad dengan menyatakan apa yang dikemukakan Mohd Shaid akan menyukarkan soal penguatkuasaan dalam isu tersebut.

“Mengikut sejarah, ganja digunakan sebagai ubat tetapi ia telah disalahgunakan, seperti candu dan morfin. Ini adalah ubat berbahaya yang mesti dikawal.

“Dan saya juga seorang doktor yang mana saya tahu masalah mengenai ubat terkawal ini yang memerlukan penguatkuasaan yang sangat baik,” katanya.