Ramli cipta sejarah sebagai Ahli Parlimen BN Orang Asli pertama

Merupakan Orang Asli pertama yang dipilih sebagai Ahli Parlimen BN

PARLIMEN 13 Mac : Anggota Parlimen Cameron Highlands yang baru, Ramli Mohd Noor mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang merupakan Orang Asli pertama yang dipilih sebagai Anggota Parlimen selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN), pada 26 Januari lalu.

Pesara polis itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat  Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Pada PRK itu, Ramli mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran yang mendapat 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Kategori
PolitikUtama