PRK Rantau : ‘Tok Mat orang sini, senang nak jumpa’

Streram mana punya orang, mana punya kampung, tak tahu. Nanti kalau menang dia lari. Tapi Mohamad kita punya kampung sendiri, setiap Khamis boleh jumpa dia.

REMBAU  – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan disifatkan oleh penduduk sebagai individu yang paling layak mewakili mereka.

Berlatarbelakangkan anak tempatan serta telah banyak membantu dan berjasa kepada penduduk, Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Tok Mat terbukti lebih memahami apa yang diperlukan di Rantau.
Seorang peniaga, Tajuddin Arul Dass Abdullah, 54, berkata, berbanding Mohamad, calon Pakatan Harapan (PH) Dr. S. Streram pula bukan berasal dari Rantau dan tidak begitu dikenali penduduk.

“Mana punya orang, mana punya kampung, tak tahu. Nanti kalau menang dia lari. Tapi Mohamad kita punya kampung sendiri, setiap Khamis boleh jumpa dia.

“Memang betul, dia sudah berapa tahun jaga Rantau, dia langsung tak berkira dengan penduduk. Jangan lupa jasa Mohamad,” katanya.

Sementara itu, bagi peniaga, V. Kavitha, berkata, penduduk di Rantau tentu akan memberi sokongan kepada Tok Mat kerana jika ada berlaku sebarang masalah, beliau mudah ditemui.

“Tok Mat orang sini, kalau ada masalah kita senang jumpa dia, setiap minggu sekurang-kurangnya sekali kita boleh jumpa dia di pejabat.

“Suami saya kemalangan dan sudah tiga bulan tidak bekerja, Tok Mat ada bantu kewangan sedikit serta bantuan kerusi roda, dia banyak tolong,” katanya

 

Kategori
PolitikUtama