‘Merekalah wira kita tidak didendang’ – Maszlee

“Ya, wira-wira kita tidaklah sempurna dan maksum, tetapi sumpah perwira mereka untuk mewakafkan diri kepada nusa adalah sumpah keramat. Agi idup agi ngelaban!,” katanya menerusi status akaun Instagram miliknya.

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkongsi kenangan ketika menyertai pasukan unit beruniform pada zaman persekolahannya, 30 tahun lalu.

Menerusi perkongsian dalam akaun Instagram miliknya malam tadi, beliau berkongsi tiga keping gambar ketika menyertai Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) atau Kadet Tentera (Ketera) dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Tambahnya, perasaan hormat dan kagum beliau kepada anggota tentera negara ini tidak akan pernah pudar.

“Merekalah wira kita yang tidak didendang. Sesiapapun yang menghina wira-wira negara kita adalah musuh negara walau siapapun mereka.

“Ya, wira-wira kita tidaklah sempurna dan maksum, tetapi sumpah perwira mereka untuk mewakafkan diri kepada nusa adalah sumpah keramat. Agi idup agi ngelaban!,” katanya menerusi status akaun Instagram miliknya.

Status Menteri Pendidikan itu mendapat 2,341 tanda suka dalam kalangan pengikutnya.

Status tersebut turut mendapat reaksi daripada pengikutnya yang menyukai gambar tersebut malah mencari dimanakah Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dalam pasukan tersebut.

“Mana Dr.Mazlee dalam itu,” kata seorang pengikut dikenali Zailanibinsalim.

Bagi seorang pengikutnya, epularip, sudah sampai masamya negara perlu ikut jejak negara seperti Singapura, Korea dan Thailand diwajibkan semua belia mengikuti kursus ketenteraan selama dua tahun.

“Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tak relevan sebab bukan semua terpilih nak tengok anak Cina dan India turut serta,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Kategori
BeritaPolitik