MB Johor letak jawatan

Setelah khabar angin mengenainya tersebar beberapa hari lalu

Menteri Besar Johor Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam, menurut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata Osman menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam, hari sama beliau bertemunya di Putrajaya.

Menteri besar baru dijangka akan diumumkan tak lama lagi.

Kategori
PolitikUtama