Kerajaan Pulau Pinang pertikai hasrat Kerajaan Kedah mahu bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim adalah mengejutkan kerana ia sepatutnya akan dibangunkan pihak swasta

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang mahu Kerajaan Pusat melakukan kajian kebolehlaksanaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan Pulau Pinang juga mahu penjelasan daripada negeri Kedah berhubung status lapangan terbang di Kulim itu, sama ia kategori kargo atau penumpang.

“Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim adalah mengejutkan kerana ia sepatutnya akan dibangunkan pihak swasta, seperti yang sudah dibincangkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Isnin lalu,’ katanya, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan kerajaan Pusat meluluskan projek berimpak tinggi di Kedah membabitkan pembinaan infrastruktur baharu dan program kebajikan khusus bagi penduduk luar bandar berjumlah lebih RM3.6 bilion.

Kategori
PolitikUtama