2. Terlebih dahulu saya dan Blok Pembangkang merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan yang akhirnya menerima cadangan dari pihak Pembangkang dalam pindaan perlembagaan yang dibawa.

3. Pada Cadangan Pindaan asal yang dibawa oleh kerajaan dalam isu ‘Kelayakan Pemilih’ Perkara 119(1) ialah dengan menurunkan had umur dari 21 tahun kepada 18 tahun dan melalui pendaftaran biasa sepertimana sebelum ini.

4. Pihak Pembangkang meneliti cadangan pindaan ini dan mengambil satu konsenses dari kalangan parti pembangkang pada 3 Julai 2019 agar beberapa syarat dipenuhi untuk kami menyokong pindaan tersebut.Antara syarat yang kami cadangkan ialah :

1) Setuju had umur 18 tahun untuk melayakkan setiap warganegara Malaysia sebagai pemilih dalam pilihanraya. (Sebelum ini had umur 21 tahun)

2) Mencadangkan agar pada umur 18 tahun setiap warganegara Malaysia secara automatik menjadi atau disenaraikan sebagai pemilih yang layak untuk mengundi. (Cadangan kerajaan ialah secara pendaftaran sepertimana sebelum ini)

3) Mencadangkan agar had umur 18 tahun untuk melayakkan setiap warganegara layak menjadi calun dalam pilihanraya. (Sebelum ini had umur 21 tahun layak sebagai calun.Walaubagaimana pun kuasa memilih calun masih tetap kuasa parti tersebut.Tiada istilah automatik dalam cadangan ini.)

5. Selepas perbincangan wakil-wakil parti blok pembangkang bersama Perdana Menteri pada pagi ini, Perdana Menteri mengambil ketetapan dan telah menarik balik cadangan pindaan asal dan akan menggantikan dengan pindaan yang baru sepertimana yang dicadangkan oleh Blok Pembangkang.

6. Selepas pertemuan tertutup tersebut Menteri YB Syed Saddiq telah menarik balik usul pindaan perlembagaan tersebut di dalam dewan dan akan membentangkan semula usul pindaan perlembagaan ini dengan memasukkan cadangan Had Umur 18 tahun untuk pemilih,Pendaftaran secara automatik pada umur 18 tahun dan Had Unur 18 tahun sebagai calun pilihanraya seperti cadangan Blok Pembangkang..Dijangka bacaan pindaan kali pertama akan dibaca pada 11 Julai 2019 dan bacaan kali kedua untuk perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada 16 Julai 2019 (Selasa) nanti.

7. Ini juga merupakan kejayaan berterusan Blok Pembangkang dalam menjadi Pembangkang yang berkesan dan mewakili suara rakyat sebenar.Ini perjuangan kami dan ini kekuatan kami.

8. Syabas dan tahniah kepada seluruh Blok Pembangkang yang menunjukkan kesepakatan jitu dan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan kerana menerima cadangan pihak Pembangkang.