BMF: Pemimpin kerajaan perlu henti kenyataan perkauman

Asyraf Wajdi berkata, pada masa ini, terlalu ramai pemimpin kerajaan yang memainkan sentimen perkauman dalam pelbagai perkara termasuk yang terbahru mengaitkan BMF.

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin kerajaan diminta supaya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman berhubung kempen utamakan beli produk Muslim atau atau buy muslim first (BMF).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pergerakan itu sendiri menyokong langkah tersebut dan tidak mahu kenyataannya itu dimanipulasi oleh pihak kerajaan.

Katanya, sokongan Pemuda UMNO itu tidak bermaksud memboikot produk atau barangan bukan Islam atau bukan ulasbumiputera.

Isu tersebut tidak pernah timbul dan kempen itu memberi keutamaan untuk membeli barangan produk Islam.

“Kempen ini baik kerana ia dapat membantu usahawan-usahawan bumiputera yang tidak mendapat peluang seperti mana usahawan-usahawan bukan bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, pada masa ini, terlalu ramai pemimpin kerajaan yang memainkan sentimen perkauman dalam pelbagai perkara termasuk yang terbahru mengaitkan BMF.

Ujarnya, beliau berharap agar perkara itu dapat dihentikan kerana rakyat semakin tidak boleh menerima perbuatan berkenaan mereka

Kategori
BeritaPolitik