Alasan Guan Eng hutang naik sebab ikut bajet BN tak logik

Satu Malaysia tahu bahawa banyak projek dan bantuan di bawah Bajet 2018 daripada BN telah dimansuhkan atau dikurangkan selepas PH mengambil alih.

KUALA LUMPUR – Alasan Lim Guan Eng hutang negara meningkat kerana mengikut bajet Barisan Nasional (BN) bagi tahun 2018 tidak logik sama sekali.

Ini kerana, unjuran kerajaan BN bagi tahun 2018 adalah 2.8 peratus, sedangkan defisit sebenar untuk tahun 2018 di bawah Pakatan Harapan (PH) naik kepada 3.7 peratus.

Angka itu belum lagi masuk lagi wang RM82 bilion diambil daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Malah, Datuk Seri Najib Razak berkata, satu Malaysia tahu bahawa banyak projek dan bantuan di bawah Bajet 2018 daripada BN telah dimansuhkan atau dikurangkan selepas PH mengambil alih.

“Celah mana hutang meningkat dengan begitu banyak kerana Bajet 2018 dari BN?

“PH tidak mengikut bajet 2018 dari BN pun tetapi tiba-tiba mahu gunakan ini sebagai alasan mengapa hutang negara naik.

“Tiba-tiba Menteri Kewayangan seperti tersedar alasan beliau tidak logik. Last-last, dia petik hutang 1MDB pulak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Najib, ini satu lagi contoh bagaimana Menteri Kewangan tidak berani menjawab soalan dengan betul tetapi cuba mencari alasan yang langsung tidak masuk akal untuk salahkan BN.

Bekas perdana menteri itu membuat kenyataan tersebut selepas Guan Eng mengaku bahawa hutang negara telah naik dengan kadar yang jauh lebih tinggi di bawah kerajaan PH berbanding tahun-tahun sebelumnya di bawah BN.

Jumlah hutang kerajaan telah meningkat RM87.1 bilion kepada RM773.1 bilion pada hari ini berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017.

Kategori
PolitikUtama