ADUN DAP kaitkan kerjasama UMNO-PAS boleh mengundang serangan seperti Christchurch berlaku di Malaysia

ADUN DAP itu cuba mengaitkan kerjasama UMNO-PAS boleh mengundang ekstremisme dan serangan di Masjid Christchurch itu juga boleh berlaku di Malaysia disebabkan itu. 

Seorang ADUN DAP mendakwa serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang membunuh sehingga 49 orang harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol dalam kenyataannya menyatakan kebimbangan mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.

“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing..” katanya dalam satu kenyataan.

ADUN DAP itu cuba mengaitkan kerjasama UMNO-PAS boleh mengundang ekstremisme dan serangan di Masjid Christchurch itu juga boleh berlaku di Malaysia disebabkan itu.

Kategori
PolitikUtama