Video Azmin : Tiada manipulasi dan kesan edit pada video, kata Pakar Australia

Para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.

Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang dalam video tersebut ialah Azmin, namun para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.

“Sekiranya ini (hasil kepintaran buatan AI) Deepfake, ia sangat baik,” kata salah seorang daripada mereka, Kevin Nguyen.

Menurut SBS, Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini berunding dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Berikutan analisisnya terhadap ketiga-tiga klip itu, Nguyen berkata: “Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.

“Saya menjalankan beberapa analisis forensik… terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelasnya.

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.

“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) Deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung,” katanya.

SBS, yang merupakan organisasi berita yang dibiayai oleh kerajaan, memetik Siwei sebagai pakar dalam bidang kepintaran buatan dan forensik media.

“Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital,” kata laporan itu lagi.

Sementara itu, pakar lain, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata terdapat beberapa tertentu yang perlu diberikan perhatian.

“Dengan melihat (imej itu, boleh dikatakan) ia telah dirakam dengan mod potret dari telefon walaupun rupa itu boleh dibuat secara buatan pada tahap pasca produksi.

“Ia juga dirakam dari kedudukan yang sedikit tinggi (ketinggian kamera sangat sukar untuk dipalsukan), yang menunjukkan bahawa telefon itu mengarah sedikit ke bawah pada lelaki terbabit,” katanya.

Weller dilatih dalam bidang verifikasi video bersama Google News Initiative.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR menyifatkan video itu, yang disebarkan oleh individu yang tidak diketahui melalui Whatsapp, sebagai suatu komplot jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.

Ini selepas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengesahkan dirinya ialah lelaki lain dalam video itu yang dilihat memaparkan perlakuan lucah dengan orang yang dikatakan menyerupai Azmin itu.

Haziq yang sedang disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk hubungan seksual luar tabii, juga mendakwa Azmin ialah lelaki yang bersamanya di dalam video itu.

Haziq juga mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah bilik hotel di Sandakan pada bulan lepas.

Pihak polis sedang menyiasat bagi menentukan sama ada klip video itu palsu atau tidak.

Kategori
NasionalPolitikUtama