Ujian saringan rokok ke atas lelaki, KKM tolak dakwaan seksis

Awal hari ini tular satu arahan daripada kementerian itu yang mengarahkan semua kakitangan lelakinya di Putrajaya untuk menjalani ujian saringan merokok.

KUALA LUMPUR – Arahan supaya semua kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya menjalani ujian saringan merokok hari ini bukan tindakan seksis.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, langkah itu bagi menyaring kakitangan yang merokok dan cuba untuk membantu mereka agar berhenti merokok.

“Ini bukan stereotaip, ini di ibu pejabat di Kementerian. Malah kami mempunyai program gaya hidup sihat yang berterusan untuk semua kakitangan kami di ibu pejabat.

“Di mana kami mempromosikan gaya hidup yang sihat, dalam hal ini, kami menyaring kakitangan yang merokok dan mengurangkan atau menghentikan merokok secepat mungkin,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Awal hari ini tular satu arahan daripada kementerian itu yang mengarahkan semua kakitangan lelakinya di Putrajaya untuk menjalani ujian saringan merokok.

Menerusi arahan itu, program saringan tersebut akan dijalankan melalui ujian kehadiran gas karbon monoksida dalam hembusan nafas dan pemeriksaan klinikal dentuman.

“Kesemua mereka yang dikesan merokok akan menjalani program intervensi dan seterusnya akan dipujuk ke mQuit Berhenti Merokok Perkhidmatan di sekitar kesihatan klinik,” demikian menurut arahan itu.

Bagaimanapun, menurut Boon Chye, arahan itu bukan wajib dan kakitangan boleh untuk tidak menjalani ujian saringan tersebut. – MalaysiaGazette

Kategori
BeritaNasional