Tiada belanjawan alternatif dari BN

“Proses ini akan dijalankan oleh semua Ahli Parlimen BN mengikut kluster yang telah diwujudkan sebelum ini menerusi perbahasan yang akan bermula pada minggu hadapan,”

KUALA LUMPUR – Tahun ini Barisan Nasional (BN) tidak akan mengeluarkan belanjawan alternatif sebaliknya akan fokus dalam memberi respons kepada belanjawan yang akan dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Jawatankuasa Portfolio (JKP) Kewangan Ahli Parlimen BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, amalan respons bajet atau ‘opposition reply’ seperti mana yang dilakukan di negara berparlimen lain akan memberi fokus kepada kritikan membina serta penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan semak dan imbang dalam amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

“Proses ini akan dijalankan oleh semua Ahli Parlimen BN mengikut kluster yang telah diwujudkan sebelum ini menerusi perbahasan yang akan bermula pada minggu hadapan,” katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020, bajet kali kedua bagi kerajaan Pakatan Harapan di Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

Kategori
BeritaNasional