Sultan Muhammad V ada cara unik bertitah ketika rasmi Sidang DUN Kelantan

Kali ini Baginda juga bertitah menggunakan dialek Kelantan

ISTIADAT Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim pada Isnin dibuat dengan cara yang berbeza berbanding kebiasaannya.

Selain tanpa tanpa istiadat perbarisan Pasukan Kawalan Kehormatan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga tidak bertitah panjang.

Baginda sebaliknya berkenan menyerahkan slot titah ucapannya kepada Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nasuruddin Daud menyampaikan tazkirah.

Sesi tazkirah menerusi rakaman video itu mengambil masa kira-kira 10 minit.

Nasuruddin menyentuh mengenai salam dan pengertiannya, takrifan ‘Rahmatan Lil’alamin’ mengikut pandangan Islam serta larangan Allah terhadap golongan LGBT.

Selesai tazkirah, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat tersebut semata-mata.

Kali ini baginda bertitah menggunakan dialek Kelantan.

Kategori
NasionalUtama