Subsidi kepada jemaah haji akan dikurangkan

Kerajaan akan mengurangkan subsidi kepada jemaah haji

Kerajaan akan mengurangkan beban subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji sesuai dengan konsep Istito’ah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, konsep berkenaan akan diperkenalkan bagi mengurangkan bantuan daripada TH.

“RM22,900, itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu.

“TH bantu kurangkan beban mereka, tetapi daripada sudut keperluan fekah, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan termampu,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu tahu tindakan sama ada terdapat perbincangan dengan Kerajaan Arab Saudi mengurangkan kos langsung haji sekali gus membantu meringankan beban jemaah haji.

Mujahid berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.

“Kita kena fahamkan jemaah bahawa ibadat haji perlu dipakai kaedah kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita semakin hampir RM400 juta, tambah lagi RM12,920, maksudnya jemaah haji selama ini RM9,980 tetap saja.

“Tidak naik, tapi kita setiap tahun makin bertambah tanggungan,” katanya.

Selama di bawah kerajaan BN dahulu, Tabung Haji akan memastikan subsidi terus dinikmati oleh jemaah haji. Kos menunaikan haji yang perlu dibayar oleh jemaah tidak pernah melebihi RM 9,980 ketika zaman pemerintahan kerajaan yang terdahulu. Tetapi selepas pertukaran kerajaan, rakyat mungkin perlu membayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Kategori
NasionalUtama