Siasat P. Ramasamy

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana tulisan-tulisan Ramasamy ini tersebar luas, boleh dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR – Selain penahanan dua ahli politik DAP, polis juga diminta menahan Adun Perai iaitu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P Ramasamy kerana kenyataan-kenyataannya yang mengapi-apikan kaum India di Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana tulisan-tulisan Ramasamy ini tersebar luas, boleh dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Berikutan itu, ia boleh mempengaruhi pembacanya dengan kedudukan beliau selaku Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP serta kedudukan beliau selaku bekas seorang profesor.

Berikut adalah kenyataan-kenyataan Ramasamy seperti yang didakwa itu:

1. Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman web bernama Sangam pada tarikh yang tidak dinyatakan melalui ayat yang berbunyi “As an exploited group in Malaysia, the Tamils more than any other group, fully understand the plight of their brethren in Sri Lanka”. [ Rujuk : https://www.sangam.org/ANALYSIS/MalaysianTamils.htm ]

2. Mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia dinafikan peluang pekerjaan di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman web bernama Sangam pada tarikh yang tidak dinyatakan melalui ayat yang berbunyi “Not only have Tamils lost out economically to other ethnic groups, employment opportunities have been denied both in the public and private sector”. [ Rujuk : https://www.sangam.org/ANALYSIS/MalaysianTamils.htm ]

3. Mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia sukar mendirikan tempat-tempat ibadat dan disekat dari mengadakan aktiviti-aktiviti kebudayaan.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman web bernama Sangam pada tarikh yang tidak dinyatakan melalui ayat yang berbunyi “Tamils are finding it difficult to erect places of worship and have curbs placed on their cultural activities”. [ Rujuk : https://www.sangam.org/ANALYSIS/MalaysianTamils.htm ]

4. Mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia dinafikan sekolah menengah Tamil secara tidak adil.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 23 Mac 2016 melalui ayat yang berbunyi “If you can have primary Tamil schools, it does not make sense why you can’t have secondary Tamil schools”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/334872 ]

5.Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut agama Hindu dibenci di Malaysia sedangkan agama Hindu adalah agama tertua di Malaysia dan nenek moyang kaum Melayu hari ini beragama Hindu sebelum kedatangan agama Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 19 Januari 2015 melalui ayat yang berbunyi “Before the advent of Islam, the ancestors of the present-day Malays were Hindus! So why this hate and venom against Hinduism, a very ancient religion of this region!”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=821992754505652&id=145582732146661 ]

6 Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut beratus-ratus dan beribu-ribu kuil Hindu telah dirobohkan di seluruh di Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, 1990-an dan 2000-an sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 19 Januari 2015 melalui ayat yang berbunyi “Hundreds and thousands of Hindu temples were destroyed throughout the country in the 1980s, 1990s and 2000s. All these destructions took place during the time of the prime ministership of Tun Dr Mahathir Mohamad.”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=821992754505652&id=145582732146661 ]

7. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut perobohan kuil yang mempunyai sejarah (Kuil Seafield) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh penganut agama Hindu di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 20 November 2018 melalui ayat yang berbunyi “Destruction of a temple with history is not something that can be tolerated by Hindus, a community keen to safeguard its places of worship and places of heritage.”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2006595272712055&id=145582732146661 ]

8. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut polis tiada hak untuk menjaga kuil Hindu.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 19 Mei 2017 melalui ayat yang berbunyi “Can’t the Hindus have a mass gathering at a Hindu temple for the purpose of prayers and religious solidarity. Why are the police jumping the gun? When did the Malaysian police assume the responsibility of the guardians of the temple?”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/382756 ]

9. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut beberapa tahun dahulu tanah perkuburan milik Lembaga Wakaf Hindu hilang secara misteri kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 3 April 2015 melalui ayat yang berbunyi “Many years ago, burial land belonging to HEB was mysteriously lost Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=857793590925568&id=145582732146661 ]

10. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dengan menyebut universiti-universiti dijaga dan dikekalkan sebagai milik tunggal kaum Melayu.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 30 April 2015 melalui ayat yang berbunyi “Maintaining and perpetuating universities as the sole preserve of Malays is one of the main reasons why Malaysian universities are in a terrible shape”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=870944012943859&id=145582732146661 ]

11. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dengan menyebut kaum bukan Melayu akan terus didiskriminasi dalam perkhidmatan awam yang dimaksudkan untuk didominasi sepenuhnya oleh kaum Melayu.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 9 Mei 2015 melalui ayat yang berbunyi “The real reason for the lack of no-Bumi intake is the existence of racial preference for the civil service to be fully dominated by Malay-Muslims. Non-Malays will be continued to be discriminated”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=874734425898151&id=145582732146661 ]

12. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dengan menyebut pengajaran khat di sekolah adalah cubaan ke arah memperkenalkan elemen-elemen agama dan budaya yang lebih ekstrim dalam kurikulum sekolah.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 5 Ogos 2019 melalui ayat yang berbunyi “There is feeling amongst non-Malays that such an imposition might be just to test waters before other more extreme cultural or religious elements are introduced in the school curriculum”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2399439873427591&id=145582732146661 ]

13. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut agama-agama bukan Islam hanya mendapat status kelas ketiga di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 3 Mac 2015 melalui ayat yang berbunyi “The non-Muslim faiths enjoy only a second of third class status in the county”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/290781 ]

14. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut ruang-ruang untuk penganut agama bukan Islam sedang semakin disekat.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 12 Disember 2014 melalui ayat yang berbunyi “Although freedom of religion is enshrined in Malaysian Constitution, spaces for non-Muslims are becoming increasingly restrictive over the years”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=799477740090487&id=145582732146661 ]

15. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut pentadbiran dan keputusan-keputusan mahkamah mendiskriminasi penganut agama bukan Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 11 Januari 2016 melalui ayat yang berbunyi “Administrative and court judgments discriminate against those professing to faiths other than Islam”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=989801244391468&id=145582732146661 ]

16. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut penukaran agama secara senyap-senyap sedang berlaku di Malaysia hasil usaha jahat individu-individu, organisasi-organisasi dan kumpulan-kumpulan yang mahu menukar agama penganut agama bukan Islam kepada agama Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 24 Februari 2016 melalui ayat yang berbunyi “Subtle “conversions” are taking place in Malaysia, due to the nefarious efforts of the individuals, organisations and groups that are bent on converting non-Muslims to Muslims, by hook or crook”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/331506 ]

17. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut penyebaran agama Islam secara senyap-senyap sedang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 9 Julai 2019 melalui laporan yang berbunyi “Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy today questioned if the Education Ministry is aware of the “subtle preaching” going on in schools”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/483076 ]

18. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dan penganut agama bukan Islam dengan menyebut sekolah-sekolah serta hampir semua institusi awam dan institusi separuh awam di Malaysia adalah tempat menyemai ketaksuban kaum dan agama.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 4 Mac 2016 melalui ayat yang berbunyi “Not just the schools, in fact almost all public and semi-public institutions have become breeding grounds of racism and religious bigotry”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1018208418217417&id=145582732146661 ]

19. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dan penganut agama bukan Islam supaya menentang Perdana Menteri dalam isu pengajaran khat di sekolah dan isu Dr Zakir Naik dengan menyebut Perdana Menteri mempunyai motif-motif terselindung dalam isu-isu ini.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 13 Ogos 2019 melalui ayat yang berbunyi “The intensity of opposition is not merely related to the Jawi or khat matter, the PH government’s u-turn on the Lynas project, the continuous unabated attacks on non-Muslims by the fugitive Islamic preacher Zakir Naik gives an impression that the Prime Minister might have some ulterior motives”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2413775201994058&id=145582732146661 ]

20. Mengapi-apikan pemimpin bukan Melayu dan pemimpin bukan Islam supaya menentang Perdana Menteri dalam isu pengajaran khat di sekolah dan isu Dr Zakir Naik dengan mencabar mereka menyanggah beliau dalam Kabinet.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 14 Ogos 2019 melalui ayat yang berbunyi “Has anyone said no to Mahathir in the Cabinet on the khat calligraphy, Lynas or even the divisive role of Zakir Naik in the country?”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2415346651836913&id=145582732146661 ]

Mohd Khairuddin berkata, selain siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Ramasamy juga boleh disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen tersebut menyatakan, “Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak mengapi-apikan atau yang mungkin mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya”. – MalaysiaGazette

Kategori
BeritaNasional