Serangan Masjid Christchurch : Sah, Haziq sudah tiada

Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang dilaporkan hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia.

Mangsa serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang dilaporkan hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia.

Kementerian Luar mengesahkan, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang kehilangan nyawa dalam insiden tembakan di Christchurch, minggu lalu. Allahyarham adalah anak kepada Mohd Tarmizi yang cedera semasa serangan berlaku.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia akan memberikan bantuan kepada keluarga bagi proses pengebumian berkenaan.

Kerajaan New Zealand dikatakan cukup teliti dan mematuhi prosedur berkaitan akta peribadi, tambahan pula banyak kematian berlaku dalam kes berkenaan.

Berikutan itu, pengesahan daripada keluarga perlu dilakukan dengan teliti termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum sebarang pengumuman dilakukan.

 

Kategori
NasionalUtama