Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan.

“Kita ambil percakapan dan pemeriksaan doktor (terhadap suspek). Jaminan akan diberikan selepas siasatan selesai,” katanya.

Menurut beliau, kertas siasatan berhubung kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Exco kerajaan negeri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP itu terpalit dengan tuduhan rogol setelah pembantu rumahnya membuat laporan polis kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang berusia 20-an itu membuat laporan polis selepas suspek melakukan perbuatan tersebut sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru dekat sini.