Penghina ATM musuh negara: Menteri Pertahanan

Bagi saya sesiapa sahaja tidak kira daripada mana-mana kaum yang menghina ATM, dia adalah musuh negara.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana individu yang menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah musuh negara dan rakyat.

Beliau berkata, tindakan menghina ATM juga adalah perkara jijik dan tidak boleh diterima.

“Bagi saya sesiapa sahaja tidak kira daripada mana-mana kaum yang menghina ATM, dia adalah musuh negara.

“Boleh kritik, beri pandangan dan tunjuk ajar tapi jangan sesekali hina ATM,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Kategori
BeritaNasional