Tinjauan di pekan Taman Kota Masai sebentar tadi mendapati, ramai penjaja kecil tidak meniaga dan penduduk menghadkan pergerakan malah ada yang berpindah sementara.

Di samping sekatan jalan raya dilakukan di beberapa jalan masuk utama ke pekan tersebut dipercayai sedang mengesan dalang yang melakukan pembuangan terbaharu itu.

Persoalan dalam kalangan penduduk timbul apabila mereka mula tertanya-tanya keadaan dan kualiti udara di kawasan itu yang dikategorikan zon merah sebelum ini adakah masih selamat?

Kelmarin tular dalam media sosial berkenaan penemuan tong-tong di Sungai Masai Utama dipercayai mengandungi bahan buangan toksik dan dibuang baru-baru ini.

Belum reda dengan penemuan itu, petang semalam beberapa tong juga dipercayai berisi sisa buangan bahan toksik ditemukan dalam semak berhampiran Taman Tanjung Puteri Resort di sini.

Dua penemuan baharu itu adalah susulan daripada pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini pada 7 Mac lalu yang mengakibatkan lebih 4,000 menjadi mangsa pencemaran tersebut