Pencemaran Pasir Gudang : Suami kepada Menteri Yeo punyai 2 kilang milik IOI di kawasan terjejas

Tindakan kerajaan PH yang lambat bertindak dalam isu pencemaran dan masih belum mengambil tindakan kepada pihak yang sepatutnya mengundang kemusykilan

Tular di media sosial imej yang memaparkan wajah Yeo dan suaminya Lee Yeow Seng, yang merupakan ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group.

Lee ialah anak lelaki kepada bekas pengerusi eksekutif OIO Grioup, Lee Shin Cheng yang meninggal dunia 3 Jun lalu.

Imej itu diiringi dakwaan bahawa suami Yeo memiliki tiga kilang kimia di Pasir Gudang dan bertanya: “Kenapa kerajaan lambat bertindak?”

Tiga kilang itu ialah IOI Pan Century Oleochemicals, IOI Lipid Enzymetec dan  IOI Pan Century Edible Oil yang terletak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

Imej itu juga memaparkan lokasi ketiga-tiga kilang tersebut yang sememangnya berada di kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Walaubagaimanapun, kilang milik IOI Lipid Enzymtec bukan lagi milik IOI Group. Ia telah dijual kepada Loders Croklaan awal tahun lepas dengan harga RM 300 juta.

Daerah itu kini berdepan masalah melibatkan kesukaran pernafasan. Namun tidak seperti insiden Sungai Kim Kim pada Mac lalu, punca masalah masih belum dipastikan.

Tindakan kerajaan PH yang lambat bertindak dalam isu pencemaran dan masih belum mengambil tindakan kepada pihak yang sepatutnya mengundang kemusykilan, adakah Menteri cuba melindungi syarikat milik suami beliau.

Kategori
NasionalPolitikUtama