Oksana cerita detik lamaran Sultan Muhammad V

Isteri Sultan Kelantan itu kali ini menceritakan lamaran Sultan Muhammad V yang disifatkan kenangan paling indah.

Sebelum ini bibit percintaan dan pertemuan Rihana Oksana Petra bersama Sultan Muhammad V diceritakan dalam status Instagram Oksana sendiri pada 19 Jun lalu namun ia terhenti separuh jalan.

Tidak dinafikan lebih 52,000 yang mengikuti kisah percintaan di laman media sosial Oksana ternanti-nanti episod seterusnya percintaan mereka hingga membawa ke gerbang perkahwinan.

Isteri Sultan Kelantan itu kali ini menceritakan lamaran Sultan Muhammad V yang disifatkan kenangan paling indah.

Oksana dalam catatannya berkata, beliau tidak akan melupakan makan malam yang amat romantis apabila Sultan Muhammad V meluahkan perasaanya.

Dan ketika itu, Oksana berkunjung ke Malaysia bersama ibu dan bapanya.

“Beliau memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.“Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami.

“Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah,” katanya.

Kisah itu mendapat hampir 40,000 “like” dari netizen.

Oksana turut menceritakan selepas pertemuan pertama, beliau dan Sultan Muhammad V mereka meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari.

“Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.

“Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Rusia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk bekerja sama dengan syarikat tersebut,” katanya.

Oksana memaklumkan menurut kontrak beliau terpaksa berpindah ke New York.

“Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi.

“Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya,” katanya.

Menurutnya, beliau dan keluarganya terpesona apabila melihat sendiri negara ini.

“Saya telah jatuh cinta dengan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini Oksana pernah berkongsi rasa syukur kerana dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Ismail Leon Petra malah Oksana juga tidak menolak jika diberikan zuriat yang ramai.

Selain itu gambar Oksana mula memakai turban turut mendapat perhatian ramai.

Kategori
NasionalUtama