Ketua Pengarah BOMBA dedah sisa toksik tidak dilupuskan agensi kerajaan punca pencemaran makin teruk

Pembersihan ini tidak dilakukan pada awalnya kerana kerajaan negeri Johor memutuskan bahawa kos pembersihan adalah terlalu tinggi

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid mendedahkan bahawa punca kes pencemaran toksik di Pasir Gudang telah bertambah teruk ialah kelewatan kerajaan PH negeri Johor untuk bertindak.

JBPM mendedahkan bahawa pencemaran dan sisa-sisa kimia yang dibuang secara haram ke dalam sungai patut dibersihkan dengan segera apabila dikesan minggu lepas.

Tetapi pembersihan ini tidak dilakukan minggu lepas kerana kerajaan negeri Johor memutuskan bahawa kos pembersihan adalah terlalu tinggi dan menganggap ia tidak lagi aktif.

Akibatnya, tiada kerja pembersihan dilakukan dan sisa-sisa kimia toksik telah dibiarkan sahaja untuk mengalir di Sungai.

Oleh kerana keputusan yang tidak bijak ini, seramai 34 sekolah yang melibatkan ribuan pelajar dan guru terpaksa ditutup untuk jangka masa yang belum dapat dipastikan lagi.

Oleh kerana keputusan ini juga, lebih 2000 orang telah menjadi mangsa termasuk murid-murid sekolah.

Amat jelas, PH lebih utamakan wang daripada nyawa dan kesihatan.
Inikah pendekatan menangani bencana mereka?

Siapakah di kerajaan negeri dan pusat yang patut bertanggungjawab ke atas becana ini?

Kerajaan PH patut mengambil iktibar dari peristiwa ini dan tidak akan memperjudikan nyawa dan kesihatan rakyat terutama kanak-kanak khasnya yang menjadi mangsa.

Keselamatan dan kesejahteraan Rakyat patut diletak di tempat pertama.

Kategori
NasionalUtama