Kerajaan dulu naikkan gaji penjawat awam untuk beli kesetiaan

"Kita dapati kenaikan gaji penjawat awam semata-mata adalah antara faktor kenaikan kos sara hidup. Apabila kerajaan menaikkan gaji, sektor swasta turut akan ikut dan kos semua benda (barang) akan naik.

PARLIMEN 13 Mac : Dr Mahathir berkata peningkatan perbelanjaan kerajaan juga berlaku berikutan tindakan pimpinan terdahulu yang cenderung menaikkan gaji penjawat awam dalam usaha untuk membeli kesetiaan mereka, sekali gus menaikkan kos sara hidup.

“Kita dapati kenaikan gaji penjawat awam semata-mata adalah antara faktor kenaikan kos sara hidup. Apabila kerajaan menaikkan gaji, sektor swasta turut akan ikut dan kos semua benda (barang) akan naik.

“Kita mengakui kenaikan gaji disambut baik oleh semua. Penjawat awam perlu ingat ia perlu selari dengan peningkatan produktiviti,” katanya.

Justeru beliau mahu penekanan diberi kepada peningkatan produktiviti dan bukan semata-mata tunduk kepada tekanan atau atas dasar membeli kesetiaan untuk menaikkan gaji.

Kategori
NasionalUtama