Menerusi laman Instragram miliknya, Fua Siang Wan berkongsi kenangan ketika pertama kali bertemu dengan Sultan Ahmad Shah.

“Awak adalah doktor untuk wanita, bagaimana anda merawat saya? (dalam nada serius)

“Tetapi anda adalah doktor. Semua doktor boleh merawat saya. Terima kasih kerana menjadi doktor saya. Jangan takut, saya hanya bergurau (sambil tersenyum),” kongsi doktor tersebut mengenai perbualannya dengan Sultan Ahmad Shah pada tahun 2016.

Menurut doktor tersebut, Sultan Ahmad Shah seorang sultan dan pesakit yang baik dan tidak pernah menolak sebarang ubat yang diberikan kepadanya.

“Rasanya seperti semalam, kali pertama saya berjumpa dengan Sultan Ahmad Shah.

“Di depan orang ramai baginda adalah seorang raja. Di hadapan kita, baginda adalah seorang pesakit, tidak pernah mengatakan tidak kepada mana-mana cadangan kami, semua ubat-ubatan yang dihantar kepadanya, baginda akan terima tanpa keraguan.

“Di hadapan orang atasan saya (majikan), baginda akan selalu berkata, dia seorang doktor yang baik, dia menjaga saya dengan baik,” kongsinya lagi.

Kata doktor tersebut, baginda sedih ketika dia meninggalkan pasukan Diraja namun berharap agar dia berjaya di masa depan.

“Baginda adalah raja terbaik dan pesakit yang terbaik. Terima kasih tuanku untuk layanan kepada patik, terima kasih kerana menerima saya sebagai doktor anda. Ia adalah pengalaman hebat.

“Berehatlah tuanku. Kini tiada ada lagi kesakitan, ubat tidak berkesudahan lagi, di syurga.

“Saya akan sentiasa ingat anda dan akan sentiasa berdoa untuk anda,” tulisnya lagi. – UTUSAN ONLINE