SpaceX hantar manusia ke orbit tahun hadapan

Namun beliau turut menekankan kebimbangan mengenai keselamatan angkasawan.

HAWTHORNE: Pentadbir NASA Jim Bridenstine, semalam berkata misi pertama membawa manusia ke orbit oleh kapal angkasa Crew Dragon yang dibangunkan pengeluar kapal angkasa Amerika Syarikat, SpaceX, akan dilancarkan pada suku tahun pertama tahun hadapan sementara menunggu keputusan ujian memuaskan.

Dalam lawatan ke ibu pejabat SpaceX, Bridenstine memuji hasil usaha jutawan Elon Musk itu kerana pendekatan ‘kegagalan segera, kemudian perbetulkan’ kepada reka bentuk kapal angkasa selepas taklimat peribadi mengenai kapsul Crew Dragon yang tertangguh lama, mempamerkan penyatuan di tengah pergaduhan terbuka antara kedua-dua tokoh itu.

Namun beliau turut menekankan kebimbangan mengenai keselamatan angkasawan.

“Kami tidak akan mengambil risiko tidak wajar,” katanya.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) membayar kontraktor pelancaran komersil SpaceX dan Boeing Co sebanyak AS$6.8 bilion (RM28 bilion) untuk membina sistem roket dan kapsul untuk menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari AS buat kali pertama sejak program ulang alik angkasa lepas AS berakhir pada 2011.

Lawatan ke Bridenstein ke ibu pejabat SpaceX di Hawthorne di pinggir Los Angeles dilakukan ketika usaha SpaceX menangani cabaran teknikal utama pada Crew Dragon.

SpaceX tidak pernah menghantar manusia ke orbit. Ia cuma menghantar kargo.

Musk dan Bridenstine berkata, mereka bekerjasama menangani kesukaran teknikal SpaceX termasuk kebimbangan mengenai pemasangan semula payung terjun. — Reuters

Kategori
Dunia