Boris Johnson PM baharu Britain

Terdahulu, Johnson berjaya mengetepikan pesaing terdekatnya, Jeremy Hunt dalam undian Tory dengan 92,153 undian berbalas 46,656.

LONDON 24 Julai – Boris Johnson secara rasminya menjadi Perdana Menteri baharu Britain, menggantikan Theresa May berkuatkuasa hari ini.

Johnson dilantik secara rasmi selepas bertemu dengan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Terdahulu, Johnson berjaya mengetepikan pesaing terdekatnya, Jeremy Hunt dalam undian Tory dengan 92,153 undian berbalas 46,656.

Menurut Johnson, beliau akan memastikan rundingan Brexit berjalan lancar.

“Namun, kami tidak akan menunggu sehingga 99 hari (31 Oktober). Rakyat Britain sudah lama menunggu dan masanya sudah tiba untuk bertindak.

“Tugas saya adalah berkhidmat untuk rakyat,” ujarnya dalam ucapan pertamanya di Downing Street.

Tambah Johnson, beliau akan melakukan segala yang termampu untuk menangani masalah berkaitan penjagaan sosial dan pendidikan sebaik memulakan tugas sebagai Perdana Menteri. – AFP

Kategori
BeritaDunia