DS WEE KA SIONG: GUAN ENG MEREKA-REKA DEFINISI HUTANG 1 TRILION

Itulah satu-satunya bakat dan kebolehan yang ada pada Guan Eng di samping sifat hipokritnya.

Hutang negara yang dikatakan berjumlah lebih RM1trilion hanyalah putar-belit Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Itulah satu-satunya bakat dan kebolehan yang ada pada Guan Eng di samping sifat hipokritnya.

Pada pandangan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datok Seri Ir Wee Ka Siong, Menteri Kewangan Lim Guan Eng hanya sekadar bijak berceramah politik dalam menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Guan Eng hanya sekadar mahu dilihat sebagai bijak dan terus memberikan gambaran buruk kepada kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN). Apabila ditanya soalan di parlimen tentang kaedah pengiraan hutang negara, Guan Eng tidak menjawab, sebaliknya hanya memutar-belitkan jawapan kepada 1MDB, isu yang dicipta oleh kerajaan PH pimpinan Mahathir.

“Memang dia (Guan Eng) tidak menjawab justifikasi untuk hutang negara, definasi yang diberikan hanya mengikut definasi sendiri. Apa yang kita dedahkan sebelum ini berkaitan hutang negara bukan kita ambil sembarangan tetapi kita ambil definasi yang telah ditentukan oleh IMF.

“Apa yang kita tanya, dia akan menyimpang kepada soal 1MDB. Kita nak tanya bagaimana dia dapat jumlah yang meningkat begitu mendadak tetapi dia mengelak. Nak minta perincian tidak diberi jadi bagaimana mahu berbahas,” komen DS Wee Ka Siong ketika ditemui di luar lobi parlimen,

Menteri Kewangan dilihat cuba bermain politik apabila diajukan tentang fakta sebenar jumlah hutang negara dan setiap kali diajukan soalan oleh Ahli Parlimen BN, Menteri Kewangan cuba menjawab dengan provokasi dan tidak berdasarkan fakta sebenar.

Guan Eng: “Mahathir arah saya dedah”. Dipetik dari Harian Metro

Pada 19 Jun lalu, Guan Eng dikritik keras oleh media kerana terlalu ghairah memberikan gambaran negatif terhadap ekonomi negara, sehingga memberikan implikasi buruk apabila para pelabur asing menarik balik pelaburan mereka. KWSP dan saluran pelaburannya telah kerugian RM6.09 bilion sejak PH memerintah negara kerana dampak spekulasi dan manipulasi isu hutang negara.

Dipetik dari UtusanOnline

Malah Datok Seri Anwar Ibrahim sendiri telah menegur sikap Guan Eng yang dilihat ghairah mendedahkan isu yang direka-rekanya, dengan putar-belit yang diterjemahkan oleh rakyat sebagai fitnah.

Namun sebagai mengukuhkan sikap putar-belitnya, Guan Eng menjawab, “Mahathir arah saya dedah.”

Nampak jelas bahawa Guan Eng cuba menyalahkan Mahathir, atas semua implikasi buruk atas tindakannya yang melulu.

Kini di parlimen, dia tidak pula menjawab soalan dari manakah dan bagaimanakah pengiraan hutang negara sebanyak RM1 trilion itu diperoleh, sedangkan Bank Negara, IMF, dan pakar ekonomi telah menggunakan piawaian ekonomi antarabangsa.

Hutang negara di bawah pentadbiran BN dahulu hanyalah RM686 bilion iaitu dengan nisbah 50.8% berbanding KDNK negara.

Hutang negara tidak boleh melebihi had 55% nisbah berbanding KDNK negara mengikut statutori yang dimaktubkan dalam Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

Guan Eng seperti ingin memesongkan kes rasuahnya kepada isu ‘skandal’ BN dengan mereka-reka cerita dan memberikan alasan bahawa ia adalah arahan Mahathir.

Dengan alasan hutang negara berjumlah RM1 trilion itu, dan dengan persepsi bahawa negara akan muflis, maka kerajaan PH mempunyai rasional untuk mengutip derma daripada wang rakyat melalui Tabung Harapan.

Menurut Datok Seri Reezal Naina Merican, “Jika benar hutang negara sebanyak RM1 trilion sekalipun, ia tidak akan menjadikan negara kita dalam keadaan yang cukup berisiko untuk menjadi bangkrap, kerana banyak lagi negara yang melepasi peratusan KDNK yang lebih tinggi seperti Singapura , Jepun dan negara-negara lain berbanding Malaysia.”

Bijak sungguh kaldai politik DAP itu memutar-belit fakta supaya rakyat membenci UMNO-BN.

Kategori
Rencana