RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 18 MAC 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 18 MAC 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Undang-undang pencegahan senjata ampuh perangi keganasan – PM

SYDNEY, 17 Mac (Bernama) — Undang-undang pencegahan yang ada di Malaysia merupakan senjata ampuh yang berkesan dalam memerangi keganasan selain mencegah kemungkinan berlakunya keganasan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib ucap Selamat Tahun Baharu kepada komuniti Telugu

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat India berketurunan Telugu sempena ‘Ugadi’ yang disambut esok.

Najib ucap tahniah kepada Presiden China Xi Jinping atas pemilihan semula

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping atas pelantikan semula buat penggal kedua.

Najib tetap dapat penghormatan tinggi di Australia

SYDNEY, 17 Mac (Bernama) — Tindakan sesetengah pihak yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia tidak diberikan sambutan istimewa sewaktu Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di sini tidak mendapat perhatian kerajaan Australia.

Kerajaan sambut baik cadangan PAC mengenai tunggakan cukai individu

BAGAN DATUK, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan menyambut baik cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk menaikkan had tunggakan cukai untuk sekatan perjalanan ke luar negara daripada RM2,000 kepada RM10,000 untuk pembayar cukai individu.

Nasib Rohingya bukan lagi isu domestik – PM Najib

SYDNEY, 17 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata situasi di negeri Rakhine di Myanmar dan penderitaan etnik Rohingya dan perpindahan mereka tidak boleh lagi dianggap sebagai isu domestik.

Tiada siapa mampu perangi keganasan secara bersendirian – Najib

SYDNEY, 17 Mac (Bernama) — Negara anggota ASEAN dan Australia perlu meningkatkan serta menggiatkan lagi kerjasama dalam usaha mencegah penyebaran ideologi pengganas, di samping mengamalkan pendekatan lebih berkesan bagi memerangi ancaman radikalisasi dan pengganas ekstremis di Asia Pasifik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

PM yakin lawatan ke Australia kukuhkan hubungan kedua-dua negara

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin lawatan kerja dua hari ke Australia akan mengukuhkan lagi hubungan ASEAN-Australia dan Malaysia-Australia.

Beri bantuan jangan ikut musim – Zahid

BAGAN DATUK, 17 Mac (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak sekadar memberi bantuan kepada rakyat secara bermusim, terutama ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 semakin dekat.

Najib bertemu PM Australia Turnbull

SYDNEY, 17 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Sabtu mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull.

Agenda belia antara tema utama manifesto BN – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN, 17 Mac (Bernama) — Agenda belia akan menjadi satu daripada tema utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rapatkan saf, jaga kebajikan pengundi – Ahmad Zahid

BUKIT MERTAJAM, 17 Mac (Bernama) — Parti komponen Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang perlu merapatkan saf dan menjaga kebajikan pengundi demi kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

TPM Zahid rasmi bangunan baharu UMNO Batu Kawan

BUKIT MERTAJAM, 17 Mac (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan bangunan baharu UMNO Bahagian Batu Kawan, di sini.

 

Negara

4,789 aduan masalah perkhidmatan komunikasi tahun lepas

KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) — Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima sebanyak 4,789 aduan berkaitan masalah perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia hadir Konsert Pesona RTM

KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menghadiri Konsert Pesona anjuran Jabatan Penyiaran Sabah sempena Karnival Sehati @ RTM, di sini malam ini.

Kebakaran stor: HKL adakan mesyuarat strategi kontingensi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengadakan mesyuarat ‘maklum balas’ bersama pengurusan tertinggi HKL bagi menetapkan strategi kontingensi berhubung kebakaran di stor penyimpanan peralatan Jabatan Patologi di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di HKL hari ini.

Litar pintas dipercayai punca kebakaran stor IFPN HKL – Bomba

Stor IPFN HKL terbakar, suasana cemas

Kebakaran di IPFN HKL tidak libatkan kematian, kecederaan

Sebahagian bangunan Institut Perubatan Forensik Negara terbakar

Badan Peguam gesa kerajaan tubuh RCI kes Wang Kelian

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Badan Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kewujudan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit Wang Kelian di Perlis, tiga tahun lalu.

Ibu bapa tidak perlu ragui status halal vaksin – Dr Hilmi

BALIK PULAU, 17 Mac (Bernama) — Masyarakat khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang tentang status vaksin yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana semuanya dijamin halal termasuk vaksin bakteria difteria, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Difteria: Ibu bapa diminta segera dapatkan suntikan vaksin kepada anak-anak

Persiapan DSA 2018 siap 90 peratus – PTD

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Persiapan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada April depan telah siap hampir 90 peratus.

FAMA komited pastikan rakyat nikmati harga berpatutan

YAN, 17 Mac (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus komited dalam memainkan peranan bagi memastikan rakyat di seluruh negara dapat membeli barangan keperluan pada harga berpatutan.

Aspek baharu KBAT dalam UPSR diumum hujung tahun ini

NILAI, 17 Mac (Bernama) — Aspek baharu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada penghujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Seminar ‘Uyar Kalvi Lachiya Payanam’ sasar 10,000 lepasan SPM, STPM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Seramai 10,000 peserta kaum India dijangka menghadiri seminar ‘Uyar Kalvi Lachiya Payanam’ 2018, atau hala tuju pengajian tinggi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negara.

500,000 bekas pelatih PLKN telah mendaftar sebagai pengundi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Hampir 500,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mendaftar sebagai pengundi sejak 2004 hingga kini.

Guru perlu peka perubahan sikap pelajar – Chong

SEREMBAN, 17 Mac (Bernama) — Guru perlu lebih peka dengan setiap perubahan tingkah laku pelajar yang mungkin mengalami kemurungan sehingga menyebabkan mereka bertindak di luar batasan.

 

Negeri

Krisis air Selangor ancam kesihatan awam – Presiden Sukarelawan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Krisis bekalan air yang melanda beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini boleh membawa ancaman yang serius kepada kesihatan awam, kata Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil.

Pembantu makmal rugi RM58,290 diperdaya sindiket Macau Scam

KUANTAN, 17 Mac (Bernama) — Seorang pembantu makmal kerugian RM58,290 setelah diperdaya anggota sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu pada 8 Mac lalu.

Kerajaan sumbang RM60,000 untuk dewan serbaguna masyarakat Siam Pasir Mas

PASIR MAS, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan Persekutuan menyumbang RM60,000 bagi menyiapkan dewan serbaguna untuk kegunaan masyarakat Siam di Wat Utthamaram, Kampung Teresek, Repek di sini.

Anak muda perkampungan Orang Asli terima gelanggang sepak takraw baharu

KUALA KUBU BHARU, 17 Mac (Bernama) — Setiap petang anak-anak muda di Kampung Orang Asli Pertap, di sini akan berkumpul di sebuah kawasan di hujung kampung untuk bermain sukan kegemaran mereka, sepak takraw.

Jasa APM dalam membantu mangsa bencana amat besar – Idris

BESUT, 17 Mac (Bernama) — Tiada siapa dapat menafikan jasa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam membantu orang ramai ketika dilanda musibah malah badan itu boleh diiktiraf antara terbaik di dunia.

Bakal doktor buka restoran sajian Korea Selatan di Kulim

KULIM, 17 Mac (Bernama) — Seorang bakal doktor wanita menarik perhatian ramai apabila membuka sebuah restoran yang menyajikan sepenuhnya hidangan Korea Selatan di sini walaupun beliau tidak pernah mengunjungi negara K-Pop itu.

MAPS rai 500 kanak-kanak pertubuhan kebajikan

IPOH, 17 Mac (Bernama) — Seramai 500 kanak-kanak daripada 12 pertubuhan kebajikan dan pusat asuhan sekitar Perak menyertai program amal bertemakan ‘Your Colourful Holidays’ anjuran Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini, hari ini.

Imigresen tahan 13 warga asing dalam operasi sepadu di Cyberjaya

PUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 13 warga asing di atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan di Cyberjaya semalam.

4,000 mendaftar program GETS di Perak sejak Januari

TANJUNG MALIM, 17 Mac (Bernama) — Sebanyak 4,000 golongan belia di Perak sudah mendaftar untuk menyertai program Skim Latihan Penggajian Siswazah (GETS) sejak ia dilancarkan Januari lalu di bawah Program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK).

Lebih 200 sertai Program Maju Bersama Negaraku di Teluk Intan

TELUK INTAN, 17 Mac (Bernama) — Seramai 260 pelajar, penduduk setempat serta selebriti tempatan terlibat dalam ‘Program Maju Bersama Negaraku’ di Taman Aman, Kampung Bahagia di sini, hari ini.

Transformasi dilakukan Najib manfaatkan rakyat – Mahdzir

PADANG TERAP, 17 Mac (Bernama) — Banyak transformasi telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sejak memegang jawatan sebagai perdana menteri pada tahun 2009 yang telah memanfaatkan negara dan rakyat, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Karnival Usahawanita 2018 di Kuala Kerteh pada 5-7 April

KEMAMAN, 17 Mac (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan menganjurkan Karnival Usahawanita 2018 sempena program Road to MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) 2018 Zon Timur bermula dari 5 hingga 7 April depan.

Jualan Sentuhan Rakyat mendapat permintaan ramai di Pekan

PEKAN, 17 Mac (Bernama) — Sambutan yang menggalakkan pada dua program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pekan sebelum ini menyebabkan Wanita UMNO Bahagian Pekan sekali lagi terpanggil menganjurkan program yang sama.

Amal 5R, bantu kurangkan pembuangan sisa pepejal

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Konsep 5R ‘Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery’ (menolak, mengurangkan, mengguna semula, mengitar semula, pemulihan) perlu dijadikan sebagai amalan hidup rakyat Malaysia.

Channel W bantu ketengah usaha kerajaan kepada rakyat

PUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) — Karnival Kad Ceria Putrajaya akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Mac ini di Dataran Putrajaya bagi mendekati orang ramai serta mempromosi Channel W, saluran televisyen di Malaysia khusus untuk berita dan isu semasa termasuk perniagaan dan ekonomi.

Jejambat di simpang empat Dengkil siap awal 2020

SEPANG, 17 Mac (Bernama) — Kesesakan trafik di simpang empat Dengkil di sini dijangka berakhir selepas pojek pembinaan jejambat dua hala bagi laluan Putrajaya ke Kota Warisan bernilai RM74 juta siap dua tahun lagi.

RM279 juta diperuntukkan untuk pembangunan luar bandar Kelantan tahun Ini

MACHANG, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM279 juta bagi menjalankan pelbagai projek pembangunan luar bandar di Kelantan tahun ini, berbanding hanya RM265 juta tahun lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lebih 5,000 penduduk Bagan Datuk terima manfaat

BAGAN DATUK, 17 Mac (Bernama) — Lebih 5,000 penduduk Bagan Datuk termasuk golongan ibu tunggal menerima manfaat pada program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, di sini hari ini.

10 pasangan kahwin serentak di Maran

MARAN, 17 Mac (Bernama) — Seramai 10 pasangan melangsungkan perkahwinan beramai-ramai di Dewan Arena YAM Tengku Muda, di sini hari ini sempena Program Mega Raja Sehari anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Lima individu dimasyhur sebagai pembesar Selangor

KLANG, 17 Mac (Bernama) — Lima individu dimasyhurkan sebagai pembesar negeri Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Cawangan baharu Bank Islam luaskan perkhidmatan kepada penduduk

YAN, 17 Mac (Bernama) — Pusat Perkhidmatan Bank Islam Cawangan Sungai Limau dekat sini yang dijangka beroperasi pada Jun nanti akan dapat meluaskan perkhidmatan perbankan kepada lebih 70,000 penduduk di sekitar daerah ini.

MyCare rai anak-anak tahfiz, yatim di Menara Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kegembiraan jelas terpancar di wajah 35 anak-anak tahfiz dan anak yatim Rohingya apabila Humanitarian Care Malaysia (MyCare) hari ini membawa mereka ke Menara Kuala Lumpur, di sini.

Penduduk Kampung Baru jangan termakan janji pembangkang – Johari

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengingatkan penduduk Kampung Baru, di sini agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang dalam soal pembangunan kawasan Segi Tiga Emas itu.

 

News Brief Borneo

Sarawak komited bantu rakyat cari kerja – Masing

KAPIT, 17 Mac (Bernama) — Sarawak komited dalam membantu rakyatnya yang menganggur mendapatkan pekerjaan dan ini dibuktikan menerusi kejayaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak menempatkan 13,374 pencari kerja dalam empat industri tahun lepas.

Transformasi perumahan Sabah dijangka berkembang seiring pembangunan – Musa Aman

KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) — Transformasi perumahan Sabah dijangka terus berkembang menerusi pembangunan pelbagai infrastruktur, seiring dengan sasaran kerajaan pusat untuk membina sejuta rumah mampu milik di seluruh negara.

Dua pelajar yang hilang di Hutan Simpan ditemukan selamat

TAWAU, 17 Mac (Bernama) — Seorang lagi pelajar lelaki yang dilaporkan hilang malam tadi di Hutan Simpan Taman Bukit Tawau ditemukan selamat.

Hilang di Hutan Simpan: Mohd Khairul ditemui penduduk kampung

Dua lelaki hilang di Hutan Simpan Taman Bukit Tawau

Jabatan Kesihatan Sabah laksana ICF, kesan suspek penyakit kusta

TAWAU, 17 Mac (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang melaksanakan pencarian kes secara aktif melibatkan penyakit kusta di negeri ini, kata Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi.

Kajian jajaran laluan BRT Kota Kinabalu sedang dilaksanakan

KOTA KINABALU, 17 Mac (Bernama) — Prasarana Malaysia Berhad dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kini sedang melakukan kajian untuk pelaksanaan projek Bas Rapid Transit (BRT) di sekitar kawasan Kota Kinabalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Warga emas lelaki rentung dalam kebakaran

LAHAD DATU, 17 Mac (Bernama) — Seorang lelaki warga emas rentung apabila rumahnya di Jalan Dam Baru, Kawasan Perusahaan Ringan Ley, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi ini.

Bantuan UMNO baik pulih rumah terus dihargai

SEMPORNA, 17 Mac (Bernama) — Usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) membaik pulih rumah golongan tidak berkemampuan nyata amat dihargai dengan penerima bantuan masing-masing menyatakan kesyukuran mempunyai kerajaan yang prihatin.

KKLW pilih daerah Kapit untuk bangunkan Edu Biz Park Mara

KUCHING, 17 Mac (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memilih daerah Kapit di bahagian tengah pedalaman Sarawak sebagai lokasi untuk membangunkan projek Edu Biz Park Mara, program pembangunan bersepadu ke arah membandarkan kawasan pinggir bandar.

Penantian 20 tahun untuk geran tanah berakhir

KINABATANGAN, 17 Mac (Bernama) — Penantian hampir 20 tahun untuk memiliki geran tanah oleh 330 penduduk di 17 kampung di Sukau dan Kuamut berakhir hari ini.

APMM Wilsar tawar kemudahan tempat latihan perikanan laut dalam

KUCHING, 17 Mac (Bernama) — Sebagai inisiatif bagi menggalakkan minat lebih ramai belia Sarawak menceburi bidang perikanan laut dalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak (Wilsar) hari ini menawarkan kemudahannya di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), di Muara Tebas untuk dijadikan sebagai tempat latihan.

RM100 juta laksana Koridor Digital Utara Sabah – Salleh

KOTA BELUD, 17 Mac (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan melaksanakan ‘Koridor Digital Utara Sabah’ bagi memantapkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi di utara negeri itu.

RM20 juta laksana Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 – Salleh

KOTA BELUD, 17 Mac (Bernama) — Perbelanjaan tambahan sebanyak RM20 juta akan digunakan bagi melaksanakan inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 bagi menambah baik Komuniti Pintar Kota Belud 1.0 yang dilaksanakan sejak tahun 2016.

CM stresses importance of languages as key to future

SERIAN: Sarawakians are encouraged to have a strong command of both English and Bahasa Malaysia. Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg said English proficiency is very important in this era of industrial revolution.

State to have 4th MRSM in Bintulu

KUCHING: Sarawak will have its fourth Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) named MRSM Petronas in Bintulu, said Deputy Rural and Regional Development Minister Datuk Alexander Nanta Linggi.

Cops on lookout for man who survived three-storey fall

MIRI: Police are looking for a man who survived a fall from the third floor of a shophouse block at Waterfront Commercial Centre here on Friday night.

CM lays out vision for cyber connectivity

SERIAN: Sarawak is all set to develop three crucial basic infrastructures as it strives to become a developed state.

Driving licence, passport or receipt of lost MyKad can be used for voting

KUCHING: Voters who happen to lose their MyKad before the polling day can still cast their votes using their driving licence, passport or an official receipt of replacement of MyKad issued by the National Registration Department (JPN).

Chinese told to end division

KUCHING: Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg says a divided Chinese community will not be able to contribute effectively to the development of the state.

Fire victims receive relief assistance from MP

BINTANGOR: Fourteen families whose houses in Kampung Muhibah, Jalan Abang Amin near here were destroyed by fire recently received assistance from Tanjung Manis MP Datuk Norah Tun Rahman.

Manyin: S’wak must focus on education to move forward

SERIAN: Minister of Education, Science and Technological Research Dato Sri Michael Manyin says Sarawak has to focus on education in order to move forward and survive.

Week to inculcate creativity, innovation

MIRI: The state government welcomes efforts to enhance appreciation of science, mathematics and technology that play important roles in all aspects of life especially in this era of globalisation and technology.

S’wak coordinator receives commendation

KUCHING: Japan-Malaysia Association coordinator in Sarawak Kazue Sakai received the Japanese Foreign Minister’s Commendation award yesterday.

Charity run to support World Autism Awareness Day on April 29

BINTULU: The Vaie Autism Charity Run in support of World Autism Awareness Day 2018 will be held here on April 29.

Doing better than urban schools

LONG SAN, Baram: SMK Temenggong Datuk Lawai Jau in the interior of Baram has proven it can outperform schools in urban areas despite shortcomings like lack of facilities and amenities.

I have said it – Pairin

KENINGAU: Keningau Member of Parliament, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan thanked the people here who still wanted him to contest in the upcoming 14thy General Elections.

Sabahans urged to outdo other M’sians

KOTA KINABALU: Sabahans must strive to do better than their peers in Peninsular Malaysia, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

SDC contributions significant – economist

KOTA KINABALU: The Sabah Development Corridor (SDC) had contributed significantly to Sabah’s economy during the last 10 years.

83 pct of cost of living assisted by govt – Rahman

KOTA KINABALU: Eighty-three per cent of Malaysians’ cost of living have been assisted by the government either directly or indirectly, said Minister in the Prime Minister Department Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Still room for discussion on new state seats – Rahman

KOTA KINABALU: There is still room for discussion to gazette the 13 new state seats, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

 

Jenayah

Empat remaja ditahan merusuh di Selayang

 

Politik

Pengurusan data pengundi bantu BN tawan Sepang – Pemuda UMNO

SEPANG, 17 Mac (Bernama) — Pergerakan Pemuda UMNO Sepang sudah bersedia sepenuhnya untuk membantu Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Sepang dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pemerkasaan pelancongan, perdagangan antara tawaran UMNO bahagian Rantau Panjang

NARATHIWAT, 17 Mac (Bernama) — Pemerkasaan sektor pelancongan dan perdagangan adalah antara inti pati manifesto UMNO Rantau Panjang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

UMNO, BN Sabah mampu menang, rampas kerusi pembangkang

SEMPORNA, 17 Mac (Bernama) — UMNO Sabah yakin Barisan Nasional (BN) bukan sahaja dapat mengekalkan 22 kerusi di Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) malah merampas kembali kerusi tertentu dimenangi pembangkang untuk PRU14 kali ini.

PAS Selangor – Jangan heret istana dalam isu pembekuan peruntukan – Azmin

SHAH ALAM, 17 Mac (Bernama) — Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat PAS adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak istana dalam masalah berkenaan.

Kesedaran sokong BN di pedalaman semakin meningkat – Sairin

KENINGAU, 17 Mac (Bernama) — Ketua UMNO Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno berkata, kesedaran rakyat pedalaman tentang perlunya menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin tinggi.

Salahuddin tiada sokongan di Pulai – Nur Jazlan

JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) — Kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub yang mungkin tidak kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membuktikan beliau tidak mempunyai sokongan di kawasan itu, kata Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Pembangkang diminta tidak kelirukan rakyat dengan isu peruntukan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini membidas tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, kerana sengaja mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu peruntukannya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Hilmi sedia pertahan kerusi Balik Pulau

PULAU PINANG, 17 Mac (Bernama) — Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sedia mempertahankan kerusi parlimen Balik Pulau, yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada 2013.

Mohamad pertahan DUN Rantau, KJ di Rembau

REMBAU, 17 Mac (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak tiga penggal lalu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Dakwaan Mahfuz omong kosong

MARANG 17 Mac (Bernama) — Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS akan mengikuti jejaknya meninggalkan parti itu ternyata cuma omong kosong.

Tanding atas tiket DAP, Tun M khianati Melayu – Shabery

KEMAMAN, 17 Mac (Bernama) — Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin bertanding di atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap bangsa Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

MIC tunggu lampu hijau PM, umum calon Cameron Highlands

SEGAMAT, 17 Mac (Bernama) — MIC sudah bersedia untuk mengumumkan calonnya yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Calon BN bagi Parlimen Sibu perlu diterima masyarakat Cina dan Bumiputera

SIBU,17 Mac (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti hendaklah yang boleh diterima bukan sahaja oleh penggundi dari kalangan masyarakat Cina malahan Bumiputera di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dan Nangka.

Dakyah pembangkang gagal gugat UMNO Pekan

PEKAN, 17 Mac (Bernama) — UMNO Bahagian Pekan tidak tergugat dengan cubaan pembangkang menghasut rakyat termasuk peneroka Felda di kawasan pinggir bandar di kawasan itu untuk membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

Azlan setuju kerajaan sekarang tanggung masalah ditimbulkan pemimpin terdahulu

KANGAR, 17 Mac (Bernama) — Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan kini menanggung pelbagai masalah disebabkan pemimpin terdahulu.

Pengalaman lama bolehkan BN tadbir negara dengan baik – Musa

KINABATANGAN, 17 Mac (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata pengalaman Barisan Nasional yang lama dalam mentadbir negara, membolehkan parti itu menguruskan negara dan negeri itu dengan baik untuk kesejahteraan rakyat.

Jelebu tetap kubu kuat BN

SEREMBAN, 17 Mac (Bernama) — Parlimen Jelebu diyakini akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Pengerusi BN Jelebu Datuk Jalaluddin Alias.

BN Sarawak lebih mantap untuk rampas kembali kerusi

SIBU, 17 Mac (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin dapat merampas kembali kerusi parlimen di negeri ini yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Tiba masa masyarakat DUN Bukit Tunggal pilih BN

KUALA NERUS, 17 Mac (Bernama) — Sudah tiba masanya masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ikatan tidak bertanding di Kelantan – Mohd Amar

KOTA BHARU, 17 Mac (Bernama) — Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, tidak akan meletakkan calon daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

 

Sukan

Khidmat TMJ sebagai Presiden FAM masih ditagih – KJ

BENTONG, 17 Mac (Bernama) — Khidmat dan sumbangan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih diperlukan untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak negara.

TMJ banyak bawa perubahan bola sepak negara – Mohamad

PBSNT mahu TMJ fikir kembali keputusan letak jawatan

Piala FA: Tok Gajah singkir juara bertahan, Kedah

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Finalis 2017, Pahang berjaya membalas dendam terhadap juara bertahan, Kedah selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0, sekali gus mara ke pusingan suku akhir Piala FA.

30,000 sertai PDRM Night Run 2018

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Program Larian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Night Run 2018 yang julung kali diadakan mendapat penyertaan daripada 30,000 peserta hari ini.

Borneo Eagles jumpa Sri Lanka di separuh akhir

SANDAKAN, 17 Mac (Bernama) — Borneo Eagles akan menentang Sri Lanka pada saingan separuh akhir Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah (7s) Borneo di Padang Kelab Ragbi Eagles, Bandar Utama, di sini, esok.

Pacific West Dragon dan KL Barbarians wakili Malaysia di Sukan Asia 2018

BAGAN SERAI, 17 Mac (Bernama) — Kelab bot Pacific West Dragon dan KL Barbarians akan mewakili Malaysia dalam acara perahu naga Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini, selepas muncul juara pada Kejohanan Kanu Pecut dan Bot Tradisional Malaysia 2018 di sini, hari ini.

Kekurangan tidak halang OKU ceburi kejohanan paintball

PORT DICKSON, 17 Mac (Bernama) — Kekurangan yang ada tidak menghalang golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk turut sama menceburi kejohanan sukan lasak ‘paintball’ yang lazimnya didominasi individu normal.

Malaysia bawa pulang pingat 3-1-1 dari Dubai

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Skuad paralimpik elit negara menamatkan saingan hari terakhir Kejohanan Olahraga Antarabangsa Fazza ke-10 – Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, semalam, dengan meraih satu pingat perak.

Nur Dhabitah gagal ke final 3m papan anjal wanita di Jepun

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri tersingkir pada saingan separuh akhir acara 3m papan anjal wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Fuji, Jepun, hari ini.

Felda United tunjuk aksi kurang cemerlang walaupun layak ke suku akhir

MARAN, 17 MAC (Bernama) — Skuad Felda United turun beraksi di bawah tahap sebenar walaupun berjaya menempah slot ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas UKM FC pada saingan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak, di sini malam tadi.

Siti Noor Radiah tuai emas di Dubai

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Atlet elit paralimpik, Siti Noor Radiah Ismail meraih pingat emas acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Antarabangsa Fazza ke-10 – Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada Jumaat.

Cabaran Chong Wei, V Shem-Wee Kiong berakhir

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Cabaran jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berakhir apabila mereka disingkirkan pada akhir Kejohanan Badminton All England pada Jumaat (awal pagi ini waktu Malaysia).

 

Hubungan Antarabangsa

Rosmah hadiri jamuan tengah hari isteri-isteri ASEAN-Australia

SYDNEY, 17 Mac (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor pada Sabtu menghadiri jamuan tengah hari isteri-isteri ASEAN-Australia, diadakan bersempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di sini pada hujung minggu.

 

Kategori
Rangkuman Berita