RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 18 APRIL 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 18 APRIL 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Berita tidak benar bawa ancaman besar kepada Malaysia – TPM Zahid

KUALA LUMPUR, April 17 (Bernama) — Teknologi komunikasi maklumat yang semakin pesat bukan sahaja memudahkan perkongsian maklumat tetapi turut menyebarkan berita tidak benar dalam dimensi siber hingga boleh membawa ancaman dan bahaya besar kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak siap akhir tahun

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang baharu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka siap akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedaulatan negara tidak akan dikompromi – Najib

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali berkompromi dengan hal-hal yang membabitkan kedaulatan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Negara

PRU 14

Kenyataan penuh SPR nafi enggan berbincang isu penggunaan logo dan simbol pada PRU14

SPR nafi enggan bincang isu logo parti

MBKT tegah pasang bendera parti hingga halang pemandangan pengguna jalan raya

PRU14: TNB sedia jana kuasa tambahan

 

DSA Natsec 2018 platform perluaskan perangkaian

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Oman Munition Production Company (OMPC) berhasrat memperluaskan hubungannya dengan negara-negara yang menyertai pameran Perkhidmatan Pertanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini.

Seorang kru masih hilang selepas kebakaran kapal MV Geo Technical – Petronas

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Seorang anggota kru kapal MV Geo Technical yang terbakar di perairan luar pantai Kuala Baram dekat Miri, Sarawak awal hari ini masih belum ditemui, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua cedera, seorang masih hilang kapal pengerudi terbakar di Miri

One missing, 38 survive as blast triggers fire on board drilling ship

Pelan jangka panjang FELDA bantu kurangkan hutang peneroka

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjaya mengurangkan hutang peneroka menerusi pelan jangka panjang yang diperkenalkan agensi itu pada tahun lepas.

Perangi ekstremisme ganas melalui pertandingan video pendek

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) menganjurkan satu pertandingan video pendek berkaitan penerbitan langkah alternatif dan naratif bagi memerangi ekstremisme ganas.

Pembelian tanah di TRX beri pulangan baik kepada TH, pendeposit – TH

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) di sini bagi tujuan pembangunan dengan transaksi komersil hartanah itu akan memberi pulangan baik kepada TH dan pendepositnya.

ESIMS permudah semakan status lesen syarikat kawalan keselamatan – KDN

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan laman web Sistem Semakan Lesen Syarikat Kawalan Keselamatan dan Tapisan Keselamatan Pengawal Keselamatan (ESIMS) yang membolehkan orang awam membuat semakan latar belakang syarikat keselamatan dan pengawal keselamatan yang digajikan secara dalam talian.

Lima kolej komuniti baharu agenda TVET untuk lepasan SPM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kementerian Pendidikan Tinggi menerima kelulusan peruntukan bagi pembinaan lima buah kolej komuniti baharu iaitu di Bachok, Kelantan; Kimanis, Keningau dan Tuaran; Sabah serta Dungun, Terengganu.

PNB akan bina 5,000 unit rumah mampu milik

PORT DICKSON, 17 April (Bernama) — Permodalan Nasional Bhd (PNB) melalui anak syarikatnya, PNB Value Homes Sdn Bhd sedang dan akan membina sejumlah 5,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti dan selesa untuk didiami di seluruh negara.

Sasaran kebolehpasaran graduan IPT dicapai lebih awal

JOHOR BAHRU, 17 April (Bernama) — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yakin sasaran 80 peratus kebolehpasaran graduan institut pengajian tinggi (IPT) dapat dicapai lebih awal berbanding sasaran pada 2025.

JPB 2018 sasar lebih 70,000 pelajar ke IPT

TANJONG KARANG, 17 April (Bernama) — Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) menyasarkan lebih 70,000 pelajar Melayu dan Bumiputera menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi program itu pada tahun ini.

Syarikat penyedia internet disaran tawar pakej mampu dilanggani

CYBERJAYA, 17 April (Bernama) — Syarikat penyedia perkhidmatan internet disaran bersaing secara sihat bagi menawarkan pakej yang mampu dilanggan oleh rakyat negara ini.

Rosmah minta anak muda bawa Malaysia ke tahap lebih tinggi

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) — Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta golongan muda supaya bersedia untuk menerima dan menggalas tanggungjawab yang lebih besar demi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju dan makmur pada masa hadapan.

Jualan Program JBD cecah RM30 juta dalam tiga bulan

CYBERJAYA, 17 April (Bernama) — Program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerima sambutan menggalakkan dengan nilai jualan mencecah RM30.5 juta dalam masa tiga bulan dan jumlah penjimatan sebanyak RM4 juta.

Program Rehiring Imigresen tarik minat negara lain – Mustafar

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pendekatan Jabatan Imigresen dalam menangani isu pekerja asing melalui pelaksanaan Program Penggajian dan Penempatan Semula (Rehiring) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya menarik minat beberapa negara lain untuk dilaksanakan di negara masing-masing.

Pakaian pelbagai jenama, telefon pintar dikemuka sebagai barang bukti

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Sebanyak 14 helai kemeja-T berjenama Louis Vuitton yang dirampas di rumah bekas pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dikemukakan di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai barang bukti pada perbicaraan kes lelaki itu yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar hadiri prosiding Mahkamah

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri satu prosiding mahkamah minggu depan berhubung langkahnya mengemukakan cabaran dari segi perlembagaan bagi membatalkan satu peruntukan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan sesuatu rang undang-undang terus menjadi undang-undang selepas 30 hari, walaupun tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Rakyat perlu bangga, yakin kemampuan negara tangani isu global

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Rakyat harus berbangga dan yakin dengan kemampuan negara dalam menangani isu-isu global seperti ancaman ekstremisme, selain usaha mewujudkan keamanan sejagat.

Perkeso bayar RM3.8 juta kepada pencarum dalam tempoh tiga bulan

KUANTAN, 17 April (Bernama) — Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang telah membayar sejumlah RM3.8 juta untuk pembayaran faedah kepada 846 pencarum bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Ugutan tidak lemahkan semangat pegawai SPRM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pihak yang terlibat mengugut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak melemahkan semangat warga SPRM untuk menjalankan tanggungjwab mereka.

Selebriti berkolaborasi jaya kempen antibuli siber

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Selebriti terkenal tanah air tampil berkolaborasi bagi menjayakan kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ bagi menangani serta memerangi gejala buli siber dan penyebaran berita palsu di laman media sosial.

Perkongsian strategik dalam kalangan negara perlu untuk perangi keganasan

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru keperluan mewujudkan perkongsian strategik dalam kalangan negara-negara di dunia dan tentera dalam menangani radikalisme dan keganasan seperti yang disarankan oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nelayan 75-80 tahun kini boleh diinsurankan

SEBUYAU, 17 April (Bernama) — Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat sekali lagi terserlah apabila warga emas golongan nelayan berusia 75 hingga 80 tahun kini boleh diinsurankan.

Buat pilihan tepat pada PRU14, nasihat KSN kepada penjawat awam

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan kelangsungan keamanan, keharmonian dan kestabilan ekonomi negara.

MIMOS dan TLDM tandatangani nota kolaborasi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — MIMOS Berhad dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menandatangani satu nota kolaborasi berbentuk kerjasama strategik bagi membangun dan meningkatkan teknologi maklumat dan komunikasi TLDM.

Kes bunuh Kevin Morais: Hakim lawat tiga lokasi di Jalan Dutamas

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Hakim dan pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais hari ini meninjau tiga lokasi di sekitar Jalan Dutamas, di sini, termasuk tempat Kevin Morais diculik, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, 4 Sept 2015.

 

Negeri

Penderitaan Shafarina dapat perhatian MCA

SEREMBAN, 17 April (Bernama) — Kisah penderitaan Shafarina Mohd Nasir yang terpaksa mengutip kotak dan barangan terpakai di sekitar Ampangan, demi untuk membeli susu anaknya Nur Ain Kaisara Abdul Fatah, 2, mendapat perhatian ramai pihak selepas disiarkan di akhbar baru-baru ini.

Lelaki maut kenderaan pacuan empat roda rempuh lori

TEMERLOH, 17 April (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Lanchang Permai, Lanchang di sini, hari ini.

Enam sekeluarga nyaris maut rumah dihempap pokok sawit

AYER TAWAR, 17 April (Bernama) — Enam sekeluarga nyaris maut apabila rumah papan dua tingkat mereka dihempap pokok sawit yang tumbang di Kampung Banjar, Beruas, di sini petang tadi.

10 tahun perintah Selangor, tiada apa untuk dibanggakan

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Tiada apa yang boleh dibanggakan sepanjang pentadbiran kerajaan Selangor selama sedekad selain rebat perkhidmatan air sebanyak RM11, kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus.

Lebih 8,000 pesawah di Selangor terima bantuan khas

TANJONG KARANG 17 April (Bernama) — Sejumlah 8,043 pesawah di Selangor bakal menerima bantuan khas sementara menunggu hasil tuaian padi berjumlah RM4.8 juta tahun ini.

Jangan salah guna ruang, peluang dan kuasa – pesalah rasuah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — “Saya rayu, tolong jangan salah guna ruang, peluang dan kuasa,” itu peringatan yang diberikan oleh pesalah rasuah Mohd Firdaus Ramlan, 36, ketika menyampaikan ceramah “Tumbuk Rusuk, Duit Panadol” di hadapan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Hospital Baling bakal jadi hospital pakar pada 2021

BALING, 17 April (Bernama) — Hospital Baling bakal menjadi hospital pakar selepas projek naik taraf membina bangunan tambahan baharu di hospital berkenaan yang dijangkakan siap pada Mei 2021.

RM1.4 juta pinjaman wang pengajian tinggi diperuntuk melalui Tapem

MELAKA, 17 April (Bernama) — Kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM1.4 juta bagi Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) bagi sesi pengajian November 2017.

Lampu jalan kampung mampu kurangkan kemalangan dan kecurian

TANAH MERAH, 17 April (Bernama) — Kemudahan lampu jalan kampung yang dilaksanakan kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah banyak memberi kelegaan kepada penduduk Kampung Padang Siam di sini.

Projek terowong dasar laut boleh dibatal tanpa bayar pampasan

GEORGE TOWN, 17 April (Bernama) — Projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang dirancang dibina di Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang klausa pampasan jika dibatal, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Projek Agropolitan Runchang ubah kehidupan orang asli

PEKAN, 17 April (Bernama) — Projek Agropolitan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Runchang yang dilaksanakan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) enam tahun lalu terbukti telah banyak mengubah corak kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Tukun tiruan beri manfaat kepada lebih 8,000 nelayan

BESUT, 17 April (Bernama) — Lebih 8,000 nelayan di Terengganu telah mendapat manfaat daripada program pembinaan tukun tiruan yang dilabuhkan di sekitar tiga hingga lima batu nautika dari pantai sejak 2006.

Sekali sahaja surat lanjutan masa kepada kontraktor – MB Terengganu

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) — Kerajaan negeri tidak akan memberikan surat lanjutan masa (EOT) kepada kontraktor melebihi sekali bagi setiap projek dan kontrak yang telah dianugerahkan.

Pajakan tanah kepada Sekolah Menengah Chong Hwa diluluskan

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kerajaan meluluskan permohonan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di Sentul, bagi penyewaan tanah persekutuan seluas 1.2 hektar selama 99 tahun untuk tujuan pembinaan sebuah kompleks sukan sekolah itu.

Serikandi agih sumbangan kepada 32,161 ibu tunggal

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) — Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) hari ini menyampaikan sumbangan kepada 1,113 ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

Pembinaan BBP Kampung Gajah beri manfaat kepada penduduk sekitar

PASIR SALAK, 17 April (Bernama) — Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah yang dijangka siap pada Disember 2019 bakal memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan Pasir Salak, Bota dan Kampung Gajah.

LZNK terima zakat perniagaan lebih RM17 juta

ALOR SETAR, 17 April (Bernama) — Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah meminta mana-mana individu, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan untuk tidak membuat kutipan zakat tanpa kebenaran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

SIP ringankan beban golongan diberhentikan kerja

KOTA BHARU, 17 April (Bernama) — Bagi Mohd Effi Seman, bayaran Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM600 sebulan akan digunakan antaranya untuk membayar sewa rumah dalam tempoh beliau mencari pekerjaan baharu.

Rakyat perlu bijak nilai maklumat, pastikan perpaduan terjamin

KANGAR, 17 April (Bernama) — Rakyat perlu bijak meneliti, menapis dan menilai maklumat terutama yang diperoleh melalui media sosial kerana kebenarannya boleh diragui.

Wanita alami masalah pembelajaran hilang

MELAKA, 17 April (Bernama)– Seorang wanita yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari pusat pengajiannnya di Masjid Tanah sejak 10 April lepas setelah meminta kebenaran untuk pergi ke kedai berhampiran pusat pengajian itu.

Napsiah, pejuang UMNO berjiwa besar – Mohamad

KUALA PILAH, 17 April (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar sebagai seorang pejuang UMNO berjiwa besar dan tiada tolok bandingnya.

Jenazah Napsiah Omar selamat dikebumikan

Jenazah Napsiah Omar disemadi di Kuala Pilah

Pangsapuri mampu milik Selangorku Kampung Seri Temenggung siap pada 2021

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina 420 unit Pangsapuri Mampu Milik Selangorku di Kampung Seri Temenggung, dekat sini, yang dijangka siap pada awal 2021.

 

News Brief Borneo

Pelbagai projek berpaksikan rakyat dilaksanakan di Labuan

LABUAN, 17 April (Bernama) — Landskap Labuan dijangka berubah wajah dan berkembang maju dengan pelaksanaan dan siapnya beberapa projek pembangunan, kata Datuk Rozman Isli.

Masjid terapung di tebingan Sungai Kuching siap September ini

KUCHING, 17 April (Bernama) — Masjid terapung bernilai RM10.6 juta, yang bakal mengindahkan lagi kawasan Tebingan Sungai Kuching di sini, sudah 60 peratus siap dan dijangka dibuka kepada orang ramai pada September ini.

Depo Pusa nadi penggerak kepada Batang Lupar

PUSA, 17 April (Bernama) — Pejabat Depo Pusa yang dinaik taraf untuk menyediakan pelbagai kemudahan berkenaan pertanian bakal merubah wajah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kalaka-Saribas-Betong.

Pasar malam Miri akan beroperasi 4 Mei

MIRI, 17 April (Bernama) — Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menghidupkan semula pasar malam yang merupakan destinasi popular di bandar raya ini pada 1970-an, di lokasi asalnya pada 4 Mei ini.

Pusat beli-belah AEON Kuching Central akan dibuka Jumaat ini

KUCHING, 17 April (Bernama)– Pusat beli-belah AEON Co (M) Bhd pertama di Sabah dan Sarawak, AEON Kuching Central dengan 135 penyewa yang akan mula dibuka pada Jumaat ini, dijangka menjana lebih 1,000 pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Musa arkitek pembangunan Sabah

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) — Dari Kuala Penyu di Pantai Barat hinggalah ke Tawau di Pantai Timur, tidak boleh dinafikan arus kemajuan ekonomi dapat dirasai di seluruh Sabah, menjadikannya antara negeri termaju di Malaysia.

Sabah’s achievements not my effort alone – Musa

‘Community leaders, village chieftains must have IT knowledge to serve well’

MUKAH: Community leaders and village chieftains have been urged to equip themselves with knowledge of information technology (IT) to carry out their duties and responsibilities better.

Set good example for kids on environment, parents urged

KUCHING: Parents and guardians must set a good example for their children on matters concerning the environment.

Dept makes sure factories environment-friendly

KUCHING: Department of Environment (DoE) Sarawak will continue making sure that factories and industries would remain compliant with the environmental rules and regulations, even as the pollution in Sarawak is still within control.

Discussion at final stage to determine Malaysia-Brunei maritime boundary

LIMBANG: Malaysia and Brunei are still at the discussion stage of finalising matters related to the maritime boundary between the two nations.

Cops arrest serial robber, on the hunt for accomplices

KUCHING: A man was arrested in connection with a series of theft and robbery cases here and in Padawan.

Dumped foetus found at sewage treatment plant

BINTULU: A human foetus was found inside a dustbin at the sewage treatment plant along Jalan Tun Ahmad Zaidi here yesterday.

Baby girl abandoned at bus stop

TAWAU: A baby girl was found in a box at the Rastamas bus stop, Batu 3, Jalan Apas here on Saturday evening.

 

Jenayah

Pemimpin Pemuda parti pembangkang didapati positif syabu

Suami minta rasuah, isteri menyamar penjawat awam

Wanita didakwa tipu jual beli jam tangan, cincin berlian lebih RM200,000

Tiga lelaki ditahan, dadah lebih RM100,000 dirampas

 

Politik

Amanah tanding 10 kerusi DUN di Selangor

SHAH ALAM, 17 April (Bernama) — Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

400 ahli pembangkang keluar parti di Kota Belud

KOTA BELUD, 17 April (Bernama) — Kira-kira 400 anggota parti pembangkang di Pusat Daerah Mengundi Rosok, dekat sini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti masing-masing.

Pakatan Harapan ada pelan kontingensi jika simbol PKR ditolak

PETALING JAYA, 17 April (Bernama) — Gabungan parti-parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH), mempunyai pelan kontingensi sekiranya penggunaan simbol PKR oleh calon parti DAP, AMANAH dan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dibubarkan sementara, ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

UMNO Jerantut lapor polis papan iklan BN disimbah cat hitam

JERANTUT, 17 April (Bernama) — Pergerakan UMNO Bahagian Jerantut hari ini, membuat laporan polis berhubung kejadian mencurah cat hitam di papan iklan Barisan Nasional (BN) yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Pemuda UMNO Sabah buat laporan polis klip video palsu

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) — Pemuda UMNO Sabah hari ini membuat laporan polis berhubung klip video palsu mengenai kes rasuah berprofil tinggi di Sabah yang telah disunting sehingga kelihatan sebagai berita asal yang pernah disiarkan sebuah portal berita dalam talian The Star.

Tekad selesai isu air di Selangor bukan ‘omong kosong’ BN

SHAH ALAM, 17 April (Bernama) — Krisis air yang tidak berkesudahan di Selangor menguatkan lagi tekad Barisan Nasional (BN), yang menerajui Kerajaan Persekutuan, untuk terus berusaha menawan kembali Selangor dan mengambil langkah proaktif menyelesaikan isu bekalan air sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Raja bomoh mahu tanding kerusi Bagan Datuk sebagai calon bebas

IPOH, 17 April (Bernama) — ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PBS, UPKO, PBRS kukuhkan kesatuan jentera, pastikan BN menang PRU14

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) — Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah berasaskan kepelbagaian kaum khususnya masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) akan terus memperkukuh kesatuan dan perpaduan jentera parti untuk memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

PPBM bertanding 10 kerusi Parlimen, 18 kerusi DUN di Johor

JOHOR BAHRU, 17 April (Bernama) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengesahkan akan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Subramaniam: MIC umum manifesto esok

BUTTERWORTH, 17 April (Bernama) — MIC akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok yang merangkumi beberapa teras untuk keperluan masyarakat India.

Parti pembangkang Semenanjung tidak minat perjuangkan hak Sabah

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) — Parti pembangkang dari Semenanjung dan rakan sekutu tempatan hanya memberi tumpuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak ikhlas untuk memperjuangkan hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mohamad sifatkan khabar angin pertukaran kerusi cuma spekulasi

PORT DICKSON, 17 April (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan khabar angin mengenai pertukaran kerusi Parlimen Port Dickson dan Parlimen Jelebu antara UMNO dan MIC sebagai satu spekulasi sahaja.

Rakyat perlu bantuan berkesinambungan, bukan bermusim

SEGAMAT, 17 April (Bernama) — Setiap kali musim Pilihan Raya Umum (PRU) isu sama pasti menjadi topik hangat dibicarakan iaitu isu bantuan berupa sumbangan berbentuk barangan ataupun projek pembangunan daripada parti politik yang bertanding bagi menarik perhatian pengundi.

Isu 1MDB, TRX fitnah kitar semula – Abdul Azeez

BALING, 17 April (Bernama) — Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menganggap dakwaan pihak pembangkang yang tular di media sosial bahawa pembelian tanah Tabung Haji di TRX adalah untuk membayar hutang-hutang 1MDB sebagai fitnah kitar semula.

Tukar kerusi tanda rakyat tidak terima pembangkang – Saarani

IPOH, 17 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Perak menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang bertukar-tukar kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disebabkan tidak mendapat sokongan padu selain gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Aktif di media sosial bukan gambaran sokongan kepada parti

ALOR SETAR, 17 April (Bernama) — Perang politik di media sosial dilihat kian membahang menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei. Laman maya itu yang rata-ratanya didominasi golongan muda menjadi medan hangat dalam mempertahankan parti pilihan masing-masing.

Lompat kawasan bukti gagal tunai tanggungjawab

PASIR SALAK, 17 April (Bernama) — Taktik pembangkang yang kerap menukar kawasan bertanding pada pilihan raya membuktikan mereka melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji sebagai wakil rakyat.

PRU14: fitnah pembangkang cabaran utama BN Melaka – Idris

MELAKA, 17 April (Bernama) — Fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) merupakan cabaran utama buat BN Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron.

BN Kelantan lancar manifesto Khamis ini

KOTA BHARU, 17 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifesto peringkat negeri sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Khamis ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Warga emas setia dengan BN sejak PRU pertama

MUAR, 17 April (Bernama) — Bagi seorang warga emas, yang telah mengundi sejak pilihan raya umum (PRU) yang pertama, mengundi Barisan Nasional (BN) setiap kali pilihan raya telah menjadi satu kemestian.

Wanita PBB kerja Keras bantu rampas semula empat kerusi

SIBU, 17 April (Bernama) — Wanita Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bekerja sebagai satu pasukan mantap bersama pergerakan wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dalam memastikan misi kemenangan mereka tercapai pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Kepimpinan Pairin penuh karisma masih diperlukan di Keningau

KENINGAU, 17 April (Bernama) — Karisma Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan masih diperlukan untuk mempertahankan kerusi parlimen Keningau dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Jamal tidak akan bertanding PRU14

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini berkata beliau tidak akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum kali ini.

PRU14: AMANAH bakal bertanding empat Parlimen, 12 DUN Perak

IPOH, 17 April (Bernama) — Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak bakal bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kemenangan Tun Dr Mahathir tak akan untungkan penduduk Langkawi — Nazri Abdul Aziz

LANGKAWI, 16 April (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamed tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk meneruskan pembangunan yang menguntungkan rakyat di Langkawi sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , 9 Mei ini.

Pemuda UMNO Perlis harap ada wakil jadi calon PRU

KANGAR, 17 April (Bernama) — Dalam memastikan khidmat bakti kepada golongan muda diteruskan dengan lebih baik, Pemuda UMNO Perlis menaruh harapan supaya ada beberapa pemimpinnya diberikan peluang menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

 

Ekonomi

Koperasi Pengangkutan India sasar 300,000 anggota

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Koperasi Pemilik dan Pemandu Lori Kenderaan Komersial India Bhd yang ditubuhkan hari ini menyasarkan 300,000 keanggotaan dalam tiga tahun, kata pengerusinya Mugilan Veeraputhran.

KWSP buat penyumberan luar RM114.56 bilion kepada pengurus portfolio luar

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat penyumberan luar berjumlah RM114.56 bilion kepada pengurus portfolio luar sehingga 31 Dis, 2017, peningkatan 9.8 peratus daripada RM104.37 bilion pada 2016.

Ekspo Alibaba.com wujud peluang perdagangan baharu bagi PKS di Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Syarikat Malaysia yang berminat dalam eksport borong telah menyaksikan jualan mereka, kehadiran dan pertanyaan daripada pembeli global meningkat dengan ketara pada ekspo eksport Malaysia yang diadakan oleh Alibaba.com baru-baru ini, pasaran borong utama bagi perdagangan global Alibaba Group.

KDNK Malaysia dijangka tumbuh 5.2 peratus pada 2018 – Moody’s

SINGAPURA, 17 April (Bernama) — Moody’s Investors Service (Moody’s) menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencecah 5.2 peratus pada 2018, dipacu rancangan projek infrastruktur besar-besaran yang dapat merangsang pelaburan awam dan swasta.

MATRADE sasar perjanjian jualan bernilai RM25 juta pada DSA 2018

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjangkakan sesi padanan perniagaannya pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2018) menjana jualan sebanyak RM25 juta, berbanding RM20 juta yang direkodkan pada DSA sebelum ini yang diadakan dua tahun lalu.

MITI yakin capai sasaran Pembangunan Vendor Bumiputera

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan untuk merealisasikan satu juara dunia, tiga juara serantau dan 10 juara kebangsaan menerusi Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

LHDN teruskan usaha tangani ketirisan cukai

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini berkata ia akan meneruskan usaha untuk menangani ancaman perancangan cukai agresif, hakisan asas serta peralihan keuntungan, dan amalan pengelakan cukai yang menyebabkan ketirisan cukai.

Malaysia sertai lima negara tandatangani MLI

Kerajaan lulus RM12.4 juta bagi kawalan bersepadu ulat bungkus

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Kerajaan telah meluluskan dana sebanyak RM12.4 juta kepada pekebun-pekebun kecil persendirian di seluruh Malaysia melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi tujuan kawalan bersepadu ulat bungkus.

PRU tidak memberi ancaman kepada ekonomi – Maybank IB

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama)– Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal menjelang, dijangka tidak mencetuskan kejutan besar ke atas ekonomi Malaysia, sebaliknya ia diterjemahkan sebagai kesinambungan dasar semasa dan aliran masuk pelaburan seperti biasa.

Pasaran hartanah stabil pada 2018

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pasaran hartanah diunjurkan stabil pada tahun ini, selepas melalui persekitaran yang mencabar pada dua tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Nordin Daharom.

MIER semak semula unjuran KDNK 2018 kepada 5.5 peratus

KUALA LUMPUR, 17 April — Firma penyelidikan, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun ini sebanyak 0.1 mata peratusan kepada 5.5 peratus daripada 5.4 peratus sebelumnya.

Khazanah umum pelantikan, perubahan pasukan kepimpinan kanan

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Khazanah Nasional Bhd hari ini mengumumkan pelantikan baharu dan perubahan dalam pasukan kepimpinan kanannya.

 

Sukan

Kepimpinan baharu MOM perlu kekal kerja berpasukan – Tunku Imran

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang tidak akan mempertahankan jawatannya itu pada mesyuarat agung badan induk tersebut pada 5 Mei ini, menasihatkan kepimpinan baharu MOM agar mengekalkan elemen penting dalam mencapai kejayaan iaitu kerja berpasukan.

Dua peminat bola sepak muda Malaysia dipilih sertai program F4F di Rusia

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Dua peminat bola sepak muda Malaysia – Imran Zakaria dan Lauren Hoh dipilih mewakili Malaysia pada Program Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F) yang akan diadakan di Rusia, Jun depan.

Perkasa Program Podium pastikan atlet dapat manfaat sewajarnya

SEPANG, 17 April (Bernama) — Program Podium yang dilancarkan sejak Februari 2016 perlu diperkasa bagi memastikan atlet negara yang berada di bawah program berkenaan mendapat faedah sewajarnya.

Kejayaan di Gold Coast pencetus semangat Chong Wei hadapi BAC

SEPANG, 17 April (Bernama) — Kejayaan meraih pingat emas perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, membakar semangat Datuk Lee Chong Wei untuk meneruskan momentum kemenangan apabila menyertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Wuhan, China dari 24 hingga 29 April ini.

 

Hubungan Antarabangsa

Thailand kumpul maklumat lelaki dikehendaki polis Malaysia berkaitan Daesh

BANGKOK, 17 April (Bernama) — Pihak berkuasa Thailand sedang mengumpul lebih banyak maklumat tentang seorang rakyat negara ini yang dikehendaki polis Malaysia kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.

Warga Malaysia di Singapura waspada laman web ICA palsu

SINGAPURA, 17 April (Bernama) — Warga Malaysia di Singapura diminta berwaspada terhadap kewujudan laman web palsu Imigresen & dan Pihak Berkuasa Pusat Pemeriksaan (ICA) yang memujuk pengunjung mendedahkan maklumat peribadi mereka.

JICA bantu APMM tingkat keupayaan latihan

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapatkan bantuan kepakaran Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) bagi mempertingkatkan keupayaan pengetahuan serta latihannya.

Yang Dipertua Dewan Negara hadiri CHOGM 2018 di London

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) — Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di London, United Kingdom dari 18 hingga 20 April.

TNI sedia kongsi maklumat perisikan dengan ATM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Tentera Nasional Indonesia (TNI) sedia berkongsi maklumat perisikan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memerangi ancaman pengganas di alam siber.

Malaysia raih emas di pertandingan International Nanotechnology Olympiad 2018

TEHRAN, 17 April (Bernama) — Malaysia mencatat kejayaan membanggakan dalam International Nanotechnology Olympiad (INO) 2018 dengan membawa pulang pingat emas bagi kategori sains, teknologi dan inovasi dalam pertandingan yang berlangsung pada 10 hingga 17 April di Pardis Technology Park, Tehran, Iran.

Produk perlindungan Pantai Nahrim raih pingat perak di Geneva

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Produk inovasi Blok Perlindungan Hakisan dan Perluasan Pantai (NXEC) Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) yang bertujuan melindungi pantai berpasir daripada masalah hakisan, meraih pingat perak dalam Pameran Ciptaan Antarabangsa ke-46 Geneva pada Ahad lepas (15 April).

 

Kategori
Rangkuman Berita