RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 17 APRIL 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 17 APRIL 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Napsiah pejuang UMNO, Tokoh Melayu Terbilang – PM Najib

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

Kerangka keselamatan domestik penting pastikan keamanan, keselamatan serantau – Najib

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerangka keselamatan domestik bagi sesebuah negara adalah bahagian penting yang akan menyumbang kepada keamanan dan keselamatan serantau secara keseluruhannya.

Najib teruja dengan Pameran DSA, Natsec Asia 2018

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jelas teruja dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini hari ini.

Semua IPD, balai polis diperkasa seiring kewujudan pasukan elit PDRM

BERA, 16 April (Bernama) — Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis akan diperkasakan seiring dengan keberkesanan dan kecemerlangan pasukan elit khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib ucap takziah kepada Awang Adek

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Awang Adek Hussin dan keluarga atas pemergian anak lelakinya, malam tadi.

Penyandang BN tidak terpilih diminta terus bantu calon baharu

BERA, 16 April (Bernama) — Penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diminta supaya terus membantu calon baharu yang terpilih menggantikan mereka.

Najib nasihat penyandang kerusi Parlimen kekal kesetiaan kepada BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu semua anggota komponen parti Barisan Nasional (BN) dan penyandang-penyandang kerusi Parlimen daripada BN bersatu padu dan kekal setia kepada parti.

 

Negara

PRU 14

PRU14: Persiapan polis di Langkawi tidak terganggu – Ketua Polis Kedah

PRU14: APM sedia tambah anggota

Tudung PRU logo parti jadi perhatian

 

Pelajar UIAM hasilkan ‘todak untuk tugas rondaan, tinjauan di Laut

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Todak biasanya dikaitkan dengan sejenis ikan yang mempunyai muncunng yang panjang dan tajam tetapi lain pula ‘Todak’ yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar dan pensyarah dari Kulliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang boleh menjalankan rondaan di perairan.

Belasungkawa: Napsiah Omar, perginya seorang serikandi

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Rakyat Malaysia, khususnya anggota UMNO hari ini kehilangan seorang lagi serikandi yang hampir sepanjang hidupnya berjuang demi memartabatkan masyarakat Melayu supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama kaum-kaum lain di negara ini.

Pemergian Napsiah kehilangan besar buat Wanita UMNO – Shahrizat

Napsiah Omar meninggal dunia

Penghakiman mahkamah kini dalam portal penghakiman Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Setiap orang kini boleh membaca penghakiman mahkamah Malaysia dalam Portal Penghakiman Malaysia untuk lebih memahami undang-undang, kata Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif hari ini.

Trend sebar berita tidak pasti tentang kerajaan membimbangkan – MPN

BACHOK, 16 April (Bernama) — Trend menyebarkan berita tidak pasti membabitkan kerajaan menerusi media sosial menjelang pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini adalah perkembangan yang membimbangkan, menurut Majlis Profesor Negara (MP

Beg kepit, dompet, cermin mata berjenama dikemuka pada bicara kes KBS

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Beg kepit, dompet dan cermin mata berjenama antara 31 barang dikemukakan di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai barang bukti pada perbicaraan kes bekas pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta.

Bekas peneroka Gatco gagal dalam usaha terakhir di Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) — Seramai 140 bekas peneroka Kampung Gatco gagal dalam usaha terakhir mereka di Mahkamah Persekutuan hari ini berhubung pemilikan tanah di Bahau Negeri Sembilan.

‘Malaysian Army Pavilion’ pamer keupayaan Tentera Darat

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Tentera Darat (TD) menubuhkan ‘Malaysian Army Pavilion’ dengan mempamerkan keupayaannya dalam era digital pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NatSec) Asia 2018.

Polis buru empat anggota Daesh

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan empat individu disyaki saki baki anggota kumpulan pengganas Daesh yang terbabit dalam rancangan melancarkan serangan ke atas rumah ibadat dan menculik serta membunuh anggota polis.

Mahkamah Persekutuan batalkan permohonan kebenaran rayuan saman terhadap PM

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan permohonan bekas anggota Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin untuk kebenaran merayu dalam saman tort misfeasans dalam jawatan awam terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

RM100,000 untuk Latihan Pembangunan Kapasiti Wanita Gemilang 2018

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) — Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) bersama Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM100,000 bagi memperkasa golongan wanita di bawah Program Latihan Pembangunan Kapasiti Wanita Gemilang 2018.

Lembu KK MARDI berpotensi beri pendapatan lumayan

KUALA LUMPUR, 16 April (BERNAMA) — Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah berjaya menghasilkan baka lembu Kedah-Kelantan (KK) Elit, yang berpotensi memberi pendapatan yang lumayan kepada penternak berskala kecil dan sederhana.

Jabatan Penjara berminat guna pistol tidak membunuh

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Jabatan Penjara berminat untuk menggunakan pistol berteknologi tinggi buatan Switzerland yang tidak membunuh tetapi mampu menyekat pergerakan banduan yang bertindak agresif.

BAKTI sumbang RM20,000 kepada Yayasan Gurpuri

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) menyumbang sebanyak RM20,000 dan 90 hamper kepada Yayasan Gurpuri untuk membolehkan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik di rumah kebaikan itru meraikan sambutan Vaisakhi dengan meriah.

Kastam sasar 300 syarikat berdaftar GST guna khidmat akauntan bertauliah

JOHOR BAHRU, 16 April (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan sebanyak 300 syarikat berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menggunakan khidmat ‘GST Independent Reviewer’ bertauliah, tahun ini.

DSA, Natsec bukti keyakinan pihak luar terhadap kestabilan Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 yang dibuka secara rasmi hari ini membuktikan pihak luar mempunyai keyakinan tinggi terhadap kestabilan Malaysia di rantau Asia Tenggara.

Pameran DSA, Natsec dibuka hari ini libatkan 1,500 syarikat pertahanan

 

Negeri

Jempol dinaik taraf jadi majlis perbandaran

JEMPOL, 16 April (Bernama) — Majlis Daerah Jempol akan dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Jempol dalam masa terdekat.

Impian Siti Nurul Hidayah jumpa Mohamad tercapai

KUALA PILAH, 16 April (Bernama) — Impian seorang remaja yang menghidap sakit kronik, Siti Nurul Hidayah Mohd Sofi,19, untuk berjumpa Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akhirnya tercapai.

UTP anjur ‘Red Sonata Fiesta 2018’

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazhong) sekali lagi menjalin kerjasama untuk menganjurkan ?Red Sonata Fiesta 2018′ (RSF2018), pertandingan orkestra Cina selama dua hari bermula 29 Jun ini.

Jalan Kok Foh-Kampung Sungai Kelai-Felda Palong mudahkan penduduk

JEMPOL, 16 April (Bernama) — Penduduk di sekitar Kampung Sungai Kelai, Felda Palong dan Rompin berharap projek pembinaan jalan baru antara Kok Foh-Kampung Sungai Kelai-Felda Palong dapat disiapkan mengikut jadual.

Dasar pembangunan beri nafas baru kawasan luar bandar – Mohamad

JEMPOL, 16 April (Bernama) — Dasar pembangunan luar bandar yang digariskan oleh kerajaan Negeri Sembilan bertujuan memberi nafas baharu dan keceriaan kepada kawasan luar bandar di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

MTDC pilih pelajar di Alor Setar untuk jayakan program CSR teknologi pertanian

ALOR SETAR, 16 April (Bernama) — Seramai 130 pelajar di negeri ini bakal mendapat latihan dan bimbingan berkaitan pertanian moden yang diyakini dapat mendidik mereka sebagai pengusaha berjaya dan seterusnya menjadi agen perubahan dalam kalangan masyarakat.

Polis N. Sembilan yakin dapat selesai kes penemuan tulang

SEREMBAN, 16 April (Bernama) — Polis yakin dapat menyelesaikan kes penemuan tulang-tulang di kawasan hutan Batu 8 Jalan Sungai Gadut, Senawang dan ladang sawit di Jalan Seremban-Mantin, baru-baru ini berdasarkan perkembangannya yang amat memberangsangkan.

Generasi muda digalak contohi Sister Sabria – Zambry

IPOH, 16 April (Bernama) — Pengalaman Sabariah Hussein atau Sister Sabria dalam menjalankan kerja-kerja amal selama 30 tahun di Montreal, Kanada wajar dicontohi generasi muda di Perak.

Terengganu harap peserta TGTP terlibat semai benih kelapa pandan

DUNGUN, 16 April (Bernama) — Kerajaan negeri berharap ada antara peserta latihan Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) yang menceburi bidang semaian anak pokok kelapa pandan bagi mencapai matlamat pengeluaran 120,000 hingga 150,000 biji benih setahun.

PPM rampas rokok tidak sah bernilai RM1.71 Juta

ALOR GAJAH, 16 April (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 170,000 peket rokok tidak sah bernilai RM1.71 juta termasuk cukai di Pangkalan Nelayan Sungai Nipah, Lukut di Port Dickson, Negeri Sembilan dua hari lepas.

Air Selangor bertindak terhadap sambungan haram di Kepong

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Sebuah tapak projek infrastruktur pengangkutan awam di Kepong di sini dikesan melakukan sambungan haram bekalan air terawat yang menyebabkan kerugian lebih RM257,000 kepada pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor).

Johor sasar bina 56 Pusat Dialisis Perbadanan Islam

BATU PAHAT, 16 April (Bernama) — Kerajaan Johor bercadang membina sebuah Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor (PIJ) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui kerjasama PIJ dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Jualan Sentuhan Rakyat di Temerloh catat jualan RM100,000

TEMERLOH, 16 April (Bernama) — Program Jualan Sentuhan Rakyat bagi Parlimen Temerloh mencatatkan jumlah jualan tertinggi berbanding lokasi lain di Pahang iaitu melebihi RM100,000 sepanjang diadakan di tiga lokasi sebelum ini.

Anak lelaki pengerusi Mara meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Anak lelaki Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Awang Adek Hussin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Tropicana Utama, Petaling Jaya malam tadi.

 

News Brief Borneo

Polis nafi laporan tular kanak-kanak dirogol di Tawau

TAWAU, 16 April (Bernama) — Polis hari ini menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya seorang kanak-kanak perempuan dirogol tengah hari semalam di Pasar Tanjung di sini, sebenarnya hanya diganggu lelaki disyaki ada masalah mental.

APMM tahan dua remaja lelaki cuba seludup rokok

LAHAD DATU, 16 April (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua remaja lelaki di perairan Kampung Air Puyut dekat sini selepas cuba menyeludup masuk 44 karton rokok pelbagai jenis dipercayai dari negara jiran, semalam.

KM Sarawak saran LONGi Group bangunkan taman solar terapung

KUCHING, 16 April (Bernama) — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyarankan LONGi Group dari China menerokai kemungkinan membangunkan taman-taman solar terapung di empangan dan sungai di negeri itu.

KPDNKK Sarawak rampas barang dagangan RM280,751 sejak awal tahun

KUCHING, 16 April (Bernama) — Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak merampas pelbagai barang dagangan bernilai lebih RM280,751 dalam pemeriksaan ke atas 12,359 premis perniagaan sejak awal tahun ini.

Joniston wajar diiktiraf ‘Bapa Pelancongan Kiulu’

TUARAN, 16 April (Bernama) — Kiulu yang terletak berhampiran kaki Banjaran Crocker semakin terkenal sebagai pusat ekopelancongan luar bandar di Sabah, terutama acara berakit di sungai.

Tiga beradik termasuk kembar rentung – Polis Semporna

SEMPORNA, 16 April (Bernama) — Tiga kanak-kanak warga tempatan yang rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah kongsi ladang di Borneo Pegagau dekat sini malam tadi, adalah adik-beradik dan dua daripadanya pasangan kembar.

Agrobank komited sokong agenda Agro Sarawak

KUCHING, 16 April (Bernama) — Agrobank bersedia untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Serantau (Recoda) Sarawak dan Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah negeri itu untuk mengenal pasti projek pertanian dan agro-perniagaan yang boleh membangunkan semula tanah adat serta meningkatkan nilai ekonominya.

Sarawak lulus FDI RM46.3 bilion sepanjang lima tahun lepas

KUCHING, 16 April (Bernama) — Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM46.3 bilion sepanjang lima tahun lepas, tidak termasuk cadangan projek keluli bernilai US$3 bilion (US$1 = RM3.88) dan projek metanol US$2 bilion, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Another World War II monument proposed for Kuching city

KUCHING: Family members of Australian and New Zealand Army Corps (Anzac) veterans from Australia are looking to add another World War II (WWII) monument to commemorate Japan’s surrender on Sept 11, 1945.

Ministry to organise Sarawak Kids Got Talent programme — Fatimah

KUCHING: The Ministry for Welfare, Community Well-being, Women, Family and Childhood Development will be supporting the Sarawak Kids Got Talent programme, to be held for the first time ever.

‘OSH in School’ programme to ensure safety in schools — Lee

SIBU: The ‘OSH in School’ programme of the National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh) is geared towards making school a safe place for study and work.

SFC to hold 2nd conservation internship programme for FMC this month

KUCHING: Drawing on the positive feedback received from graduates of the recently concluded Conservation Internship Programme (CIP) for Forest Management Certification (FMC) in 2017 and the supporting timber industry, Sarawak Forestry Corporation (SFC), with funding from Sarawak Timber Association (STA) are organising the second batch of CIP for FMC.

‘Rising number of kidney renal failure cases a concern’

MIRI: A Singapore-based urologist and laparoscopic surgeon has spoken of his concern of the rising number of kidney renal failure cases.

IKBN trainees participate in community service

MIRI: Students of Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yesterday took part in a community programme to enable them to contribute to the local community.

Fishermen told not to depend solely on dept to preserve fish population

TANJONG MANIS: Fishermen in the state cannot rely solely on the Marine Fisheries Department to preserve the fish population.

BN govt fair in developing Sabah, say ex-teachers

KOTA KINABALU: The Barisan Nasional (BN) government has been fair and consistent in developing Sabah, either in the rural or urban areas.

Baby girl found lifeless in playground

KOTA KINABALU: Police are looking for leads into the case of a baby girl who was found lifeless at the playground at Taman Saga, in Kolombong Inanam this morning.

 

Jenayah

Pasukan petugas siasat kes ugut pegawai SPRM

Suri rumah maut dalam kejadian samun

SPRM lapor polis kes pegawai kanan terima ugutan peluru hidup

Lelaki dipenjara 8 bulan curi telefon bimbit, kosmetik

Polis tahan dua lelaki Thailand, rampas pil kuda RM16,000

‘Datuk’, rakan didakwa lagi kes perdaya bayaran pindah milik tanah

Ibu tunggal dituduh buat laporan polis palsu

Dua rakan didakwa rompak kereta

Kes bunuh Gerik: tiga ditahan termasuk bekas isteri

Sindiket jual sijil palsu: tiga lelaki direman lima hari

Pelajar sambut hari jadi dipukul, buat laporan polis

 

Politik

Rohani harap 30 peratus calon BN adalah wanita

SEPANG, 16 April (Bernama) — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berharap 30 peratus calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah calon wanita.

PRU14: Makkal Sakti mahu bertanding empat kawasan parlimen

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Berbeza dengan pendiriannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Parti Makkal Sakti tampak lebih bersemangat dan yakin menjelang PRU14 apabila menyuarakan hasrat untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di empat kawasan Parlimen.

Nga Kor Ming tanding kerusi Parlimen Teluk Intan

TELUK INTAN, 16 April (Bernama) — Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandang Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Barisan Nasional Kedah tidak gentar Tun Dr Mahathir bertanding

ALOR SETAR, 16 April (Bernama) — Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan anaknya Datuk Seri Mukhriz di Jerlun kerana BN ada calon yang berkaliber, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Percaturan Mahathir bertanding di Langkawi boleh ‘makan diri’ – Penganalisis

Nawawi tidak terkejut Mahathir mahu tanding kerusi Langkawi

Shahrizat mahu tumpu mantap jentera Wanita BN

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Sharizat Abdul Jalil berkata ketika ini tumpuan beliau bukan untuk menjadi calon tetapi pada usaha memantapkan lagi jentera wanita Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Anggota parti perlu akur keputusan pucuk pimpinan – Mohamad

JEMPOL, 16 April (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan semua anggota parti supaya akur dengan apa jua keputusan dibuat pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

NGO Pulau Pinang sambut baik Manifesto BN tentang alam sekitar

GEORGE TOWN, 16 April (Bernama) — Penang Citizens Awareness Chant Group menyambut baik ikrar manifesto Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk menjadikan alam sekitar sebagai isu nombor satu untuk diselesaikan jika diberi mandat mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Manifesto BN inklusif termasuk negeri pembangkang – Irmohizam

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bersifat inklusif merangkumi janji kemajuan di setiap negeri termasuk negeri yang dikuasai pembangkang.

PRU14: PPBM Perlis umum calon hari ini

ARAU, 16 April (Bernama) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perlis yang akan bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, mengumumkan calon-calonnya hari ini.

PRU14: PKR Terengganu bertanding 11 kerusi DUN, dua Parlimen

KUALA TERENGGANU, 16 April (Bernama) — PKR bakal bertanding di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei.

Pembangkang sanggup berbohong untuk pengaruhi rakyat – MB Perlis

KANGAR, 16 April (Bernama) — Pembangkang sanggup memutar belit fakta, berbohong dan memfitnah kerajaan asalkan mereka mendapat perhatian rakyat dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Tindakan politikkan JSR bukti pembangkang ketandusan isu

MELAKA, 16 April (Bernama) — Tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan program Jualan Sentuhan Rakyat (JSR) menjadi bukti jelas bahawa mereka ketandusan isu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

UMNO Perak tidak terpengaruh dengan kajian Invoke – MB Perak

IPOH, 16 April (Bernama) — UMNO Perak tidak terpengaruh dengan kajian Kaji Selidik Invoke Malaysia (INVOKE) kendalian Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa UMNO mendapat sokongan padu kaum Melayu di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hati-hati ‘Demokrasi Ala Penjajah’ DAP – MB Johor

BATU PAHAT, 16 April (Bernama) — Masyarakat terutama rakyat Johor dinasihat agar berhati-hati dengan taktik ‘Demokrasi Ala Penjajah’ yang dilakukan oleh DAP dalam meraih sokongan dan undi menjelang piilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Persediaan jentera BN jadi keutamaan berbanding fikir calon pembangkang

MUAR, 16 April (Bernama) — Persediaan dan kelancaran gerak kerja jentera bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menjadi keutamaan kepada penyandang kerusi Parlimen Muar berbanding hendak memikirkan siapa calon pembangkang yang akan dipilih di kawasan itu.

Shahrizat nafi spekulasi bertanding di parlimen Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

PAS umum calon PRU14 kerusi Sarawak Sabtu ini

MIRI, 16 April (Bernama) — PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pakatan Harapan tanding dua kerusi Parlimen, enam DUN di Melaka

MELAKA, 16 April (Bernama) — Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi dewan undangan negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Ekonomi

Import minyak sawit India meningkat susulan langkah eksport Malaysia

NEW DELHI, 16 April (Bernama) — Import minyak sawit India bagi tempoh lima bulan sehingga Mac lepas, meningkat kepada 3.79 juta tan berbanding 3.55 juta tan pada 2017.

Tembikai dari Ubai tembusi pasaran Dubai

KUANTAN, 16 April (Bernama) — Jika sebelum ini durian Musang King, nangka madu dan manggis dari negeri ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga ke China dan Eropah, kali ini tembikai dari Ubai, Pekan pula memasuki pasaran Dubai.

Ekuinas ceburi sektor EMS menerusi pembelian kepentingan FVG

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) kini menceburi bidang perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) menerusi pembelian kepentingan utama dalam pengeluar turnkey (siap guna) dan komponen, Flexi Versa Group Sdn Bhd (FVG), pada harga RM330 juta.

TM masih berbincang mengenai pelan fiber seluruh negara

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memaklumkan bahawa ia masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan kerjasamanya dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membuat kertas cadangan bersama terperinci untuk Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP).

Bursa Malaysia lancar jualan singkat urus niaga harian bagi semua pelabur

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd memperkenalkan jualan singkat urus niaga harian (IDSS) bagi semua pelabur sebagai sebahagian daripada strategi bursa itu untuk meningkatkan kecairan pasaran.

Deftech perkenalkan variasi AV8 Gempita Di DSA 2018

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Anak syarikat DRB Hicom Bhd, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), hari ini memperkenalkan varian terbaharu, kereta perisai beroda (AMV) yang paling canggih, AV8 Gempita – Pengawasan (SURV) dan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh (RCWS).

RHB Islamic jalin kerjasama dengan JKDM kurangkan penggunaan tunai, cek

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — RHB Islamic Bank Bhd bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengurangkan penggunaan tunai dan cek menerusi Kad MyDebit Korporat RHB.

Malaysia tidak hanya bergantung kepada pelaburan China

KUCHING, 16 April (Bernama) — Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, Malaysia menerima pelaburan langsung asing daripada pelbagai negara dan tidak hanya bergantung kepada Chinaa.

Kadar pengangguran susut kepada 3.3 peratus pada Februari

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Kadar pengangguran Malaysia susut kepada 3.3 peratus pada Februari 2018, turun 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

ECRL pelaburan yang baik untuk penduduk di pantai timur

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion itu adalah merupakan pelaburan yang baik, terutama bagi penduduk di pantai timur kerana ia akan mengubah ekonomi dan kehidupan sosial mereka dalam jangka panjang.

 

Sukan

Tiada kejohanan antarabangsa faktor kegagalan – Jonathan

SEPANG, 16 April (Bernama) — Ketiadaan sebarang kejohanan antarabangsa sepanjang tempoh fasa persediaan menjadi antara faktor penyumbang kepada kegagalan skuad menembak kebangsaan meraih keputusan cemerlang pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, berakhir semalam.

Rancang periodisasi untuk prestasi terbaik atlet – Huang

GOLD COAST, 16 April (Bernama) — Chef-de-Mission (CDM) Malaysia ke temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, Huang Ying How menyuarakan dua cadangan selepas menamatkan tugasnya selaku Ketua Kontinjen negara.

Kejayaan Sukan Komanwel tonik hadapi tiga kejohanan penting – Pandelela

SEPANG, 16 April (Bernama) — Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, menyifatkan kejayaannya meraih pingat emas bersama Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Australia baru-baru ini, menyuntik semangatnya untuk memburu keputusan positif pada tiga kejohanan antarabangsa selepas ini.

 

Hubungan Antarabangsa

Kebersamaan jadikan ASEAN rantau berjaya – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Kebersamaan dalam kalangan anggota ASEAN adalah penting dalam mencapai matlamat untuk mewujudkan kawasan yang selamat serta lebih stabil, dan muncul sebagai rantau paling berjaya, kata Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Masakan autentik negara dihidangkan pada Bazar Makanan Malaysia 2018 di Paris

KUALA LUMPUR, 16 (Bernama) — Pelbagai hidangan autentik masyarakat berbilang kaum di Malaysia seperti laksa Johor, martabak dan char kway teow merupakan antara sajian disediakan sempena Bazar Makanan Malaysia di Paris, pada 7 April lepas.

USNS Mercy berlabuh kali kedua di Malaysia

PELABUHAN KLANG, 16 April (Bernama) — USNS Mercy, kapal hospital Amerika Syarikat yang berpangkalan di San Diego berlabuh untuk kali kedua di sini sebagai sebahagian daripada misi Perkongsian Pasifik 2018 (PP18).

 

Kategori
Rangkuman Berita