RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 16 APRIL 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 16 APRIL 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

MARA terus jadi kebanggaan selagi di bawah BN – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata MARA akan terus wujud sebagai institusi kebanggaan Melayu dan Bumiputera selagi di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Malaysia diiktiraf negara paling berjaya bantu golongan miskin

PEKAN, 15 April (Bernama) — Malaysia diiktiraf sebagai negara paling berjaya di dunia dalam soal membantu golongan susah dan berpendapatan rendah menerusi pelbagai dasar yang telah dilaksanakan kerajaan sejak dahulu hingga sekarang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hebat Chong Wei, memang luar biasa – Najib

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 hari ini.

Kejayaan Malaysia terima unjuran Bank Dunia bukti ekonomi semakin pesat

PEKAN, 15 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Malaysia memperoleh penilaian semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat kali dalam tempoh masa hanya setahun empat bulan daripada Bank Dunia mencerminkan ekonomi negara berada dalam landasan baik dan semakin pesat.

Penyelarasan lebih luas perlu untuk hadapi ancaman keselamatan global – Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi pertahanan dan keselamatan di rantau ASEAN dan daerah luarnya perlu mewujudkan penyelarasan dan integrasi yang lebih luas bagi menghadapi cabaran dan ancaman keselamatan global.

Peningkatan KDNK bukti ekonomi diurus dengan baik – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) Semakan peningkatan kali keempat terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia oleh Bank Dunia adalah petanda jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional menguruskan ekonomi dengan baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.

Najib ucap tahniah kepada atlet negara di Sukan Komanwel 2018

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua atlet negara yang menyumbang pingat dan mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

 

Negara

PRU 14

Sekolah boleh ambil cuti berganti sehari sebelum pengundian – Mahdzir

 

Jabatan Imigresen permudahkan pemeriksaan di ICQS Melaka

MELAKA, 15 April (Bernama) — Jabatan Imigresen akan memudahkan prosedur pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka, namun pada masa sama menegaskan tidak akan berkompromi terhadap faktor melibatkan keselamatan negara.

70 peratus peserta SL1M dapat kerja tetap selepas tamat latihan

ALOR SETAR, 15 April (Bernama) — Sebanyak 70 peratus peserta Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berjaya mendapat pekerjaan tetap selepas tamat latihan menerusi skim latihan berkenaan.

Pemikiran yang berdaya saing hala tuju pendidikan abad ke-21

KOTA SAMARAHAN, 15 April (Bernama) — Hala tuju pendidikan pada abad ke-21 memfokuskan kepada pemikiran yang berdaya saing menerusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai persiapan ke arah transformasi Perindustrian Keempat bagi generasi akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Kementerian siasat video pelajar dibuli sekumpulan rakan

SHAH ALAM, 15 April (Bernama) — Kementerian Pendidikan sedang menyiasat video memaparkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini yang seolah-olah merelakan dirinya dibelasah sebagai simbolik meraikan sambutan hari jadinya, yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Pertandingan grafiti patriotik tarik minat 20 pelukis pelbagai kaum

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Sebanyak 20 pelukis grafiti daripada pelbagai kaum mempamerkan bakat masing-masing dalam pertandingan ‘Grafiti Patriotik Perpaduan 2018’ anjuran Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM) di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini.

Pempamer DSA 2018 puas hati, ruang lebih luas, selesa

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Pempamer Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 amat berpuas hati dengan ruang yang lebih luas dan selesa di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

TH khuatir masa depan pendeposit dan jemaah haji selepas PRU14

BALING, 15 April (Bernama) — Segala kemudahan termasuk subsidi yang diberikan kepada jemaah haji dan juga pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dibimbangi akan terjejas sekiranya pembangkang menguasai kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

30 produk pada MIYIO 2018 lepasi saringan untuk dipatenkan

SUNGAI PETANI, 15 April (Bernama) — Sebanyak 30 produk inovatif dan kreatif daripada 161 penyertaan diketengahkan pelajar pada program Pencipta Muda Olimpiad Malaysia Antarabangsa (MIYIO) 2018 berjaya melepasi saringan pertama untuk proses dipatenkan.

Idris terkilan ramai tidak hargai PTPTN

BESUT, 15 April (Bernama) — Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak menghargai apa yang telah disumbangkan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Najib prihatin kebajikan rakyat – Rais Yatim

JELEBU, 15 April (Bernama) — Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim memuji pentadbiran di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat sangat prihatin dengan kebajikan masyarakat.

SPAD nafi tohmahan mengenai kad bantuan teksi 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan tohmahan di media sosial kononnya ‘para pemandu menjadi marah selepas diberitahu Kad Bantuan Teksi 1Malaysia hanya akan diberikan selepas pilihan raya’ adalah dakwaan palsu.

 

Negeri

Warga IPD Bera teruja sambut Timbalan Perdana Menteri

BERA, 15 April (Bernama) — Kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, esok memberi makna yang cukup besar kepada warga pasukan keselamatan itu dan masyarakat setempat.

AIM ubah wajah kehidupan golongan miskin di luar bandar

PEKAN, 15 April (Bernama) — Dahulu kehidupan Noorasiah Mukhtasar sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dengan hanya bergantung penuh pada pendapatan suami yang bekerja sebagai buruh sebanyak RM1,500 sebulan.

KADA akan selesai bayaran bantuan banjir dan elaun bantuan pesawah sebelum 9 Mei

PASIR MAS, 15 April (Bernama) — Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menyelesaikan bayaran elaun bantuan pesawah berjumlah RM3.2 juta kepada 5,368 pesawah sebelum 9 Mei depan.

Sikap membisu Azmin terhadap tuntutan SPLASH dipersoalkan

DENGKIL, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mempersoalkan sikap membisu Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu tuntutan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bernilai RM4.22 bilion baru-baru ini.

Terengganu cadang wujudkan sekolah sukan di DUN Jabi

BESUT, 15 April (Bernama) — Kerajaan Terengganu bercadang menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di sini sebagai sekolah sukan, iaitu sekolah sukan pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-14.

Mangsa kebakaran di Rumah Rakyat Pedas lega kediaman dibaiki percuma

REMBAU, 15 April (Bernama) — Mangsa kebakaran di Rumah Rakyat Pedas dekat sini lapang hati apabila tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membaiki rumah mereka yang musnah dalam kebakaran Ogos tahun lepas.

Tujuh projek transformasi bakal dilaksanakan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 15 April (Bernama) — Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan melaksanakan tujuh projek transformasi di bandar raya ini bagi menjadikan ia sebuah metropolis bertaraf antarabangsa.

Jambatan Kampung Bertam Baru bernilai RM30 juta akan dibina

GUA MUSANG, 15 April (Bernama) — Sebuah jambatan yang merentasi Sungai Galas di Kampung Bertam Baru di sini melibatkan kos RM30 juta akan dibina dalam tempoh terdekat.

Rakyat Terengganu berpeluang tambah pendapatan dengan usahakan nanas MD2

BESUT, 15 April (Bernama) — Rakyat Terengganu berpeluang menambah pendapatan dengan menanam nanas jenis MD2 secara besar-besaran dengan bantuan kerajaan negeri.

Penduduk Kemaman sambut baik khidmat bas ulang alik

KEMAMAN, 15 April (Bernama) — ‘Nok cari duana, dok payoh bayor nok gi bandor’ (Mana hendak cari, tidak perlu bayar nak ke bandar).

KRT berperanan jaga keharmonian penduduk – Chong

SEREMBAN, 15 April (Bernama) — Kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) amat penting bagi menjaga keselamatan penduduk setempat dalam usaha mengekalkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon.

UTC bakal dwujudkan di Bentong – Liow

BENTONG, 15 April (Bernama) — Sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Bentong sekiranya Barisan Nasional (BN) terus dipilih menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Institusi keluarga perlu main peranan pulih penagih – Tengku Abdullah

KUANTAN, 15 April (Bernama) — Institusi kekeluargaan diminta turut sama memainkan peranan menyokong pemulihan anggota keluarga mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah dengan bersama-sama menyertai semua program pemulihan.

‘Rezeki PRU14’ untuk pencari buluh bendera parti

AYER HITAM, 15 April (Bernama) — Bahang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang semakin terasa kini menyaksikan hampir kesemua jalan-jalan utama bahkan jalan kampung begitu meriah dengan kibaran bendera parti masing-masing, bagaikan berpesta.

 

News Brief Borneo

Uggah: Najib has brought much development to S’wak

BETONG: Datuk Seri Najib Tun Razak has brought various development projects to Sarawak since he became Prime Minister.

Preserve spirit of unity, respect for one another — Wong

SIBU: It is the responsibility of everyone to uphold unity and mutual respect in our society, Second Minister of Finance Dato Sri Wong Soon Koh said.

Overwhelming response to RS1 programme

SIBU: Rancangan Sibu 1 (RS1) inaugural ‘Program Jualan Prihatin Rakyat’ to assist the low income group received overwhelming response, with crowds estimated at over 2,000 people, despite a downpour yesterday.

‘Innocate 2018 Carnival’ a huge success

KUCHING: About 1,000 pupils, teachers, parents and individuals were at the ‘Innocate 2018 Carnival’ themed ‘Innovation In Education’ at Batu Lintang Teachers’ Training Institute campus here on Saturday.

SMK Chung Hua Miri reigns supreme in choral speaking

MIRI: SMK Chung Hua Miri has again won the Miri Division Inter-Secondary School Choral Speaking

Competition.

Rotary Club praised for charitable work

KUCHING: Minister in the Prime Minister’s Department Dato Sri Nancy Shukri lauded Rotary Club of Kuching Central for their many noble and charitable work over the years.

‘Coding@Schools programme may be included in primary school syllabus’

KUCHING: The Coding@Schools programme may become part of primary school syllabus, said Treasury secretary-general Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Suspected poachers nabbed by soldiers, homemade rifles seized

KUCHING: Two local men were arrested by soldiers in Lundu after they were found in possession of homemade rifles yesterday.

Vital to correct misunderstood concept of ‘jihad’ — Perkim Sarawak

MIRI: Members of the Muslim community in Sarawak, particularly women, have been urged to continue playing their role in showing non-Muslims the true perspective of ‘jihad’ in Islam.

‘Blackouts to be over when second grid is ready’

KUCHING: Power outage in the state is expected to be solved after the completion of the second grid – the 500KV transmission line from Lundu to Lawas in June.

Police smash housebreaking gang with arrest of six

KUCHING: Police busted a local criminal gang with the arrest of six men believed to be involved in a string of break-ins at Taman Malihah here.

Less fortunate get share of RM2.340 mln aid

SARIKEI: Various ministries and agencies received RM2.340 million to assist the less fortunate people during the National Blue Ocean Strategy (NBOS) Fiesta here from April 13 to 15.

RM1 million to build new Hindu temple

SIBU: The proposed new Hindu temple named `Sri Maha Mariamman’ at Awang Ramli Amit Road here will be built at a cost of RM1 million.

Taiwan Higher Education Fair expects 2,000 visitors

KUCHING: Some 2,000 visitors are expected at a two-day Taiwan Higher Education Fair being here.

Warisan made ’empty ‘threat’ – MySabah

KOTA KINABALU: The recent comment by Parti Warisan’s Legal Bureau criticising Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman and the Barisan Nasional’s pledge to realise by consensus the rights of Sabah and Sarawak under the Malaysia Agreement 1963 (MA63) is based purely on political rhetoric and not the law.

Pairin waiting for inspiration

KOTA KINABALU: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan is waiting to see if there is any “inspiration” for him to forget about retirement and contest in the 14th general election.

Power theft doubles to RM3.3 mln in Sabah

KOTA KINABALU: Sabah lost RM3.3 million to power theft last year, almost double that of RM1.7 million in 2016, revealed Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

 

Jenayah

Sijil IPTS Palsu: SPRM tahan tiga suspek

Tokan antara empat individu ditahan AADK di Sungai Petani

Syabu bernilai lebih setengah sejuta dirampas

Rugi RM46,248.48 kerana projek ternakan ayam tak wujud

 

Politik

Barisan Nasional pilihan peniaga India pada PRU14 — MAICCI

JOHOR BAHRU, 15 April (Bernama) — Peniaga India di negara ini berjanji untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), berdasarkan keyakinan bahawa hanya BN sahaja yang akan membela nasib masyarakat India, termasuk para peniaga.

Usahawan, masyarakat India nikmati kemajuan di bawah kepimpinan Najib – MAICCI

BN komited bantu usahawan muda – Musa Aman

SANDAKAN, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) komited membantu golongan muda yang berhasrat melibatkan diri dalam perniagaan, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman.

PRS sudah bersedia sepenuhnya hadapi PRU14, kata presiden parti

KUCHING, 15 April (Bernama) — Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), termasuk dari segi penyediaan senarai calon, jentera pilihan raya dan pelbagai persiapan lain, kata presidennya Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Fitnah Perdana Menteri: Pemuda UMNO Pasir Puteh buat laporan polis

PASIR PUTEH, 15 April (Bernama) — Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh membuat laporan polis berkaitan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang memuat naik gambar berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wanita perlu terus sokong BN untuk manfaat ekonomi – Rosmah

PEKAN, 15 April (Bernama) — Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru golongan wanita terutama di kawasan Parlimen Pekan supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) bagi memastikan limpahan manfaat ekonomi dan kemudahan kepada golongan itu pada masa hadapan.

BN Perak jangka umum manifesto Rabu ini – Zambry

IPOH, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Perak dijangka mengumumkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Rabu ini (18 April), kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Manifesto BN Johor tidak lupa keperluan anak muda

SEGAMAT, 15 April (Bernama) — Anak muda di sekitar daerah ini menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang baru dilancarkan semalam sebagai menepati keperluan mereka.

Wakil rakyat prihatin, berintegriti, berwawasan jadi pilihan belia

SEREMBAN, 15 April (Bernama) — Wakil rakyat yang prihatin, penuh integriti dan berwawasan. Itu antara kriteria pengundi muda terhadap bakal calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kali ini.

PRU 14: PH tanding dua kerusi Parlimen, enam DUN di Melaka

MELAKA, 15 April (Bernama) — Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi dewan undangan negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PRU14: Dr Mahathir Calon Pakatan Harapan Di Langkawi

LANGKAWI, 15 April (Bernama) — Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon pakatan pembangkang itu untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Masa untuk mengimbau kembali pencapaian kerajaan – Salleh

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kini sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia merenung kembali apa yang kerajaan telah capai dalam tempoh lima tahun lalu ketika tinggal hanya tiga minggu sebelum pilihan raya umum ke-14 berlangsung.

PRU14: BN kembalikan Ijok jika menang

TANJONG KARANG, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Selangor berjanji akan berusaha memulangkan baki tanah seluas kira-kira 404 hektar kepada peneroka di mukim Ijok, Kuala Selangor, sekiranya gagasan itu berjaya menawan Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

PPBM umum 15 calon tanding di Pahang

TEMERLOH, 15 April (Bernama) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang digantung sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), hari ini mengumumkan senarai 15 calon yang akan bertanding di Pahang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Lebih ramai calon Pemuda, Wanita dan Puteri di Perak – Zambry

IPOH, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Perak dijangka menampilkan lebih ramai calon wanita, pemuda dan puteri dari semua parti komponen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BN yakin kekalkan kerusi di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) cukup yakin dapat mempertahankan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

BN Ledang ada strategi kalahkah Muhyiddin – Hamim

MUAR, 15 April (Bernama) — “Kita ada strategi yang dia tidak tahu,” demikian respons penyandang Parlimen Ledang terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

UMNO Pahang minta pembangkang jawab dakwaan hidang minuman keras

TEMERLOH, 15 April (Bernama) – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Pakatan Harapan tampil menjelaskan dakwaan bahawa minuman keras dihidangkan pada majlis makan malam anjuran pakatan pembangkang itu di Kuantan pada Jumaat lepas.

Pembangunan kawasan bukit dihentikan jika BN diberi mandat di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menghentikan semua pembangunan di kawasan bukit dan lereng bukit sekiranya diberi mandat memerintah negeri itu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

BN P.Pinang lancar manifesto PRU14

Jaga adab dan tatasusila ketika berkempen pada PRU14

PASIR PUTEH, 15 April (Bernama) — Jentera parti politik yang akan berkempen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) perlu menjaga adab dan tatasusila dengan tidak menimbulkan insiden sehingga boleh menjejaskan ketenteraman dan keharmonian di kalangan masyarakat.

Manifesto BN Johor lengkap, holistik – Ahmad Maslan

PONTIAN, 15 April (Bernama) — Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang dilancarkan semalam adalah manifesto yang lengkap dan holistik kerana merangkumi keperluan keseluruhan masyarakat, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian Datuk Ahmad Maslan.

Hanya ingatkan rakyat jangan terjerat muslihat pembangkang – Nur Jazlan

JOHOR BAHRU, 15 April (Bernama) — Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan kenyataan dibuatnya sebelum ini berkaitan calon ‘nomad’ pembangkang hanya untuk mengingatkan rakyat agar tidak terjerat dengan muslihat pembangkang untuk memenangkan calon-calon nomad mereka.

Tindakan undang-undang terhadap Mahfuz – PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 April (Bernama) — PAS Terengganu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menuduh tiga pemimpin PAS negeri itu menerima RM1 juta daripada UMNO.

Batu Sapi akan terus jadi kubu kuat BN – Musa

SANDAKAN, 15 April (Bernama) — Sokongan kukuh rakyat dan kerjasama mantap kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan gagasan itu setiap pilihan raya diadakan di kawasan Batu Sapi.

BN Johor tekad pastikan Muhyiddin kalah

JOHOR BAHRU, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Johor tekad memastikan Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khairy mahu terus mewakili penduduk Rembau

REMBAU, 15 April (Bernama) — Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berhasrat untuk terus mewakili penduduk Rembau bagi tempoh lima tahun lagi.

Pembahagian kerusi komponen BN diputuskan menerusi rundingan – Liow

BENTONG, 15 April (Bernama) — Pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN) diputuskan menerusi rundingan atas semangat setiakawan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Manifesto BN Melaka kesinambungan kesejahteraan rakyat

MELAKA, 15 April (Bernama) — Kesinambungan merupakan perkataan yang paling cocok bagi Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lepas (13 April) bertemakan ‘Bersama Mencipta Kegemilangan’.

BN jangka umum calon 7 hari sebelum penamaan

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan senarai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam tempoh tujuh atau 10 hari sebelum penamaan calon pada 28 April nanti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PM Najib tak lupa masyarakat luar bandar

SEREMBAN, 15 April (Bernama) — Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar dilayan dengan adil terutamanya dalam soal pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Dana RM90 juta: PAS enggan ganggu proses perundangan

KUANTAN, 15 April (Bernama) — Tindakan pimpinan PAS tidak membuat penjelasan berhubung dakwaan parti itu menerima wang RM90 juta daripada UMNO adalah atas dasar enggan mengganggu proses perundangan kes itu di Mahkamah Tinggi London.

 

Ekonomi

AIM terima pengiktirafan antarabangsa Best Islamic Microfinance Institution

PEKAN, 15 April (Bernama) — Kecemerlangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam membantu rakyat di negara ini untuk keluar dari kepompong kemiskinan dengan menawarkan pembiayaan mikro kredit diiktiraf di peringkat antarabangsa.

ICPF 2018 lepasi sasaran jualan

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Festival Produk Kreatif Indonesia (ICPF) 2018 melepasi sasaran jualannya selepas mencecah perolehan lebih RM350,000 pada acara tiga hari itu.

Syarikat insurans asing tidak boleh memilih inisiatif alternatif untuk lepaskan pegangan

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Syarikat insurans asing yang menghantar pulang kira-kira RM16.5 bilion antara 2008 hingga 2017 dalam bentuk dividen tetapi tidak memberi sumbangan seperti diharapkan dalam membangunkan industri ini di peringkat tempatan, tidak boleh memilih inisiatif alternatif beserta janji mereka untuk melepaskan pegangan, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Sukan

Dua emas badminton lengkapkan sasaran kontinjen negara

GOLD COAST, 15 April (Bernama) — Kontinjen Malaysia menutup kempen Sukan Komanwel 2018 di kedudukan ke-12 dengan meraih tujuh pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.

Sukan Komanwel 2018 labuhkan tirai penuh gilang-gemilang

GOLD COAST, 15 April (Bernama) — Selepas 11 hari pertandingan, temasya Sukan Komanwel 2018 malam ini, melabuhkan tirai dalam upacara gilang-gemilang dan padat dengan persembahan hiburan di Carrara Sports and Leisure Centre di Gold Coast, Australia.

Carta Pingat Sukan Komanwel

GOLD COAST, 15 April (Bernama) — Berikut carta kedudukan pingat hari terakhir temasya Sukan Komanwel 2018.

MAVA harap slot Sukan Asia sebagai pendedahan kepada pemain

SHAH ALAM, 15 April (Bernama) — Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) tetap mahu menghantar skuad bola tampar negara ke Sukan Asia Jakarta dan Palembang bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini, sekiranya Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan pasukan berkenaan dalam kategori B.

CDM puas hati pungutan tujuh emas di Sukan Komanwel 2018

GOLD COAST, 15 April (Bernama) — Ketua kontinjen negara, Huang Ying How berpuas hati dengan pencapaian pasukan Malaysia meskipun gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas pada Sukan Komanwel 2018 yang berakhir hari ini.

Chong Wei tidak pernah mengecewakan – BAM

GOLD COAST, 15 April (Bernama) — Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewakan kontinjen Malaysia jika diberi tanggungjawab untuk membawa cabaran negara pada mana-mana kejohanan mahupun temasya besar.

Emas terindah Chong Wei di Sukan Komanwel

Chong Wei raih pingat emas dalam perseorangan lelaki

Sukan Komanwel beri pengalaman berharga buat Izzah

SEPANG, 15 April (Bernama) — Gimnas muda negara, Izzah Amzan mengakui memperoleh pengalaman berharga dalam penampilan pertama beliau pada temasya Sukan Komanwel dan akan cuba menerapkannya dalam kejohanan-kejohanan lain yang bakal disertainya.

Mei Kuan-Vivian menang emas beregu wanita

GOLD COAST, 15 April (Bernama) — Pasangan beregu wanita Malaysia Chow Mei Kuan-Vivian Hoo menang pingat emas acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel 2018 hari ini.

 

Hubungan Antarabangsa

PBB perlu bendung serangan udara di Syria

KOTA BHARU, 15 April (Bernama) — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu berbuat sesuatu bagi membendung serangan udara yang lebih besar berlaku di Syria.

Malaysia kutuk penggunaan senjata kimia di Syria

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Malaysia amat bimbang penggunaan senjata kimia dan serangan udara akan memburukkan lagi keadaan konflik di Syria dan sekali gus meningkatkan penderitaan penduduk awam di negara itu serta menjerumuskan seluruh rantau berkenaan ke kancah kerumitan.

Penyertaan Malaysia dalam Gulf Shield 1 dapat pujian

DAMMAM ( Arab Saudi) 15 April (Bernama) — Penyertaan Malaysia dalam latihan bersama Gulf Shield 1, yang mengadakan upacara perbarisannya hari ini, mendapat sanjungan daripada warga Arab Saudi.

 

Kategori
Rangkuman Berita