RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 15 APRIL 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 15 APRIL 2018

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri

Ambil iktibar peristiwa Israk Mikraj pertahan kedaulatan negara – Najib

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia mengambil ibrah (iktibar) daripada peristiwa Israk Mikraj agar dapat memberi sinergi dan semangat baharu untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.

Najib terima surat penghargaan Masjid Al-aqsa

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa di atas sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan membela rakyat Palestin dan membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis.

Dasar kerajaan letak Malaysia di landasan betul – PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang tepat kini meletakkan Malaysia di landasan yang betul menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Calon BN perlu pastikan kemenangan, buktikan pemilihan mereka tepat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diminta membuktikan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti kepada mereka dengan memastikan kemenangan di kerusi yang ditandingi.

Masalah sampah, denggi di Selangor diselesaikan jika BN memerintah – Najib

KAJANG, 14 April (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan masalah air, sampah dan denggi yang membelenggu rakyat Selangor akan dapat diselesaikan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

BN komited pastikan aspirasi golongan muda tercapai – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) komited dalam memastikan aspirasi dan kehendak golongan muda terutama dalam aspek kerjaya, memiliki kediaman, pembiayaan dan latihan kemahiran terus diberi perhatian.

Trailer filem Paskal tarik perhatian Najib

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Trailer filem Paskal, yang mengisahkan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kompleks Wanita, Kanak-kanak Hospital Kajang siap 2021 – PM

KAJANG, 14 April (Bernama) — Pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, yang merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf Hospital Kajang dijangka siap pada 2021 dengan kos pembinaan RM304.5 juta, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sedikit masalah ‘sana sini’ lazim pada setiap PRU – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 14 April (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sedikit masalah ‘sana sini’ termasuk soal calon merupakan perkara lazim pada setiap pilihan raya umum (PRU).

 

Negara

PRU 14

Rela bantu PDRM kawal aliran trafik pada hari pengundian

 

Lembu Kedah Kelantan Elit Baka Baharu Penyelidikan MARDI

KUALA LUMPUR, 14 April (BERNAMA) — MARDI telah menghasilkan baka baharu iaitu lembu Kedah-Kelantan (KK) yang standing dengan saiz lembu yang diimport.

Pasar perikanan kurangkan peranan orang tengah – Ahmad Shabery

KEMAMAN, 14 April (Bernama) — Inisiatif Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani mewujudkan pasar perikanan adalah untuk membantu nelayan, penternak akuakultur dan pengusaha industri asas tani memasarkan hasil perikanan secara terus kepada pembeli.

Diskaun 50 peratus bagi bayaran kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan

KUALA KANGSAR, 14 April (Bernama) — Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menawarkan diskaun bagi bayaran kompaun pada kadar 50 peratus kepada pesalah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (AIP1992) mulai 1 April hingga 31 Mei ini.

Rebut peluang belajar disediakan kerajaan

BESUT, 14 April (Bernama) — Golongan muda digesa supaya tidak membuang masa melakukan kegiatan tidak berfaedah sebaliknya merebut peluang belajar disediakan kerajaan melalui institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, yang terdapat di seluruh negara.

Mesej palsu kaitkan TMJ disiasat bawah Akta Antiberita Tidak Benar

KOTA TINGGI, 14 April (Bernama) — Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan memberi bantuan di beberapa pasar raya merupakan kes pertama disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

2.5 juta permohonan pembaharuan pasport setiap tahun – imigresen

MELAKA, 14 April (Bernama) — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerima 2.5 juta permohonan pembaharuan pasport secara purata setiap tahun dan jumlah itu dijangka terus meningkat, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

95 peratus liputan jalur lebar di Malaysia menjelang 2020

KOTA BELUD, 14 April (Bernama) — Kerajaan, dengan usaha sama pemain industri telekomunikasi, giat melaksanakan pelbagai inisiatif berasaskan pembangunan infrastruktur telekomunikasi bagi memastikan kawasan yang diliputi jalur lebar di seluruh negara mencapai 95 peratus menjelang 2020.

Malaysia tidak akan muflis, kata KSU Perbendaharaan

SARIKEI, 14 April (Bernama) — Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini sekali lagi menolak dakwaan bahawa Malaysia akan menjadi negara muflis tidak lama lagi.

Veteran ATM hargai usaha kerajaan bela nasib dan kebajikan mereka

KUCHING, 14 April (Bernama) — Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat menghargai usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini yang sentiasa membela nasib dan kebajikan mereka, kata presiden Persatuan Veteran ATM Senator Laksamana Tan Sri Anwar Mohd Nor.

Karnival Semarak Autisme 2018 diserikan dengan kehadiran Najib, Rosmah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meraikan anak-anak autisme sempena Karnival Semarak Autisme 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini.

Lima barangan keperluan asas dijamin tidak naik

PADANG TERAP, 14 April (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima keperluan asas di negara ini tidak akan dinaikkan selagi BN terus mentadbir negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pameran DSA, Natsec Asia 2018 bermula Isnin

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 yang bermula Isnin ini akan menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 delegasi luar negara daripada 45 negara.

Jualan jimat belanja dapur bakal diperluas ke seluruh negeri

BATU PAHAT, 14 April (Bernama) — Program Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal diteruskan dan diperluaskan ke setiap negeri, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Ir Azhar Omar CEO Suruhanjaya Tenaga Baharu

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — Ir Azhar Omar dilantik sebagai Ketua Pengawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 2 April lepas.

Pesawat terbesar dunia mendarat di Malaysia

SEPANG, 14 April (Bernama) — Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.10 pagi ini dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia setelah melalui kerja menaik taraf lebih setahun lepas.

Kisah Prebet Adam telah lama selesai, tidak perlu keluar semula – KPN

PARIT, 14 April (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan kisah Prebet Adam yang kembali tular di media massa baru-baru ini tidak sepatutnya dikeluarkan semula kerana ia telah lama selesai dan perlu diulas mengikut fakta yang tepat kerana ia berlaku lebih tiga dekad lalu.

 

Negeri

Istana berkecuali dalam kancah politik – Raja Muda Perlis

KANGAR, 14 April (Bernama) — Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pasangan OKU menang rumah PPR dalam cabutan bertuah

BALING, 14 April (Bernama) — Pasangan orang kurang upaya (OKU) yang baru melangsungkan perkahwinan tiga bulan lalu mendapat ‘rezeki terpijak’ hari ini apabila memenangi sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Charok Sikin di sini, menerusi cabutan bertuah.

Polis akan panggil penganjur perhimpunan haram di Kompleks Sogo

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo di sini hari ini bagi membantu siasatan.

Bot nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Kemaman

KUALA TERENGGANU, 14 April (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam ketika sedang mengaut hasil laut di perairan Kemaman, semalam.

Program sepakat komuniti 1Malaysia eratkan perpaduan kaum

GUA MUSANG, 14 April (Bernama) — Jabatan Penerangan Negeri Kelantan akan mengadakan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi memperjelaskan dasar kerajaan dan mengeratkan perpaduan kaum.

Jailani sumbang kerusi roda kepada pesakit kanser darah

KUALA BERANG, 14 April (Bernama) — Keuzuran dan penderitaan Mokhtar Awang, bekas pemandu di Felda Chador, Ajil, yang menghidap kanser darah tahap empat sejak lima bulan lalu, mendapat perhatian Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 untuk mendidik

KUANTAN, 14 April (Bernama) — Penguatkuasaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya lebih berhati-hati dan menyemak kesahihan maklumat yang diterima.

Jambatan baharu bakal dibina di Pasir Akar, Hulu Besut

BESUT, 14 April (Bernama) — Sebuah jambatan baharu bernilai RM20.5 juta yang menghubungkan Kampung Durian Telur dan Pasir Akar di Hulu Besut di sini akan dibina tidak lama lagi bagi menggantikan jambatan bailey yang dibina pada tahun 1992.

KUD@Bera sasar RM200,000 nilai jualan produk PKS

BERA 14 April (Bernama) — Karnival Usahawan Desa di Bera (KUD@Bera) menyasarkan jumlah jualan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencecah RM200,000 sepanjang empat hari program itu berlangsung, bermula Khamis lepas sehingga Ahad ini.

73 usahawan belia Bera terima motosikal percuma

BERA, 14 April (Bernama) — Seramai 73 usahawan belia daripada daerah ini menerima motosikal percuma di bawah program Mobilepreneur oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi menjalankan perniagaan dan perkhidmatan secara bergerak.

Pasar raya di Seremban mula turunkan harga barangan dapur

REMBAU, 14 April (Bernama) — Beberapa pasar raya di sekitar Seremban kini didapati ada yang menurunkan harga pelbagai barangan dapur terpilih, kesan daripada program yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) termasuk program Jimat Belanja Dapur (JBD).

JKDM rampas 1.2 juta batang rokok keretek pelbagai jenama

SUNGAI PETANI, 14 April (Bernama) — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sungai Petani berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok keretek pelbagai jenama berjumlah 1.2 juta batang dengan nilai rampasan dan cukai dianggarkan berjumlah RM747,936, Khamis lepas.

MAIPs – Agensi pertama di Perlis dianugerahkan Sijil Pematuhan ‘SAGA’

KANGAR, 14 April (Bernama) — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mencatat sejarah sebagai agensi kerajaan pertama di negeri ini dianugerahkan Sijil Pematuhan ‘Standard Accounting for Government Agencies’ (SAGA) oleh Jabatan Akauntan Negara.

 

News Brief Borneo

Kuarters Klinik Kesihatan Nabawan musnah dalam kebakaran

NABAWAN, 14 April (Bernama) — Bangunan lama kuarters Klinik Kesihatan Nabawan musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2 petang hari ini.

KM Sarawak mahu pemimpin masyarakat tingkatkan pengetahuan

SARIKEI, 14 April (Bernama) — Kumpulan baharu pemimpin masyarakat akan lebih berkesan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya mereka memiliki kelayakan sekurang-kurangnya di peringkat diploma, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Wanita boleh bantu lelaki hindari rasuah, salah guna kuasa

TAWAU, 14 April (Bernama) — Golongan wanita boleh membantu kaum lelaki dari perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Sazali Salbi.

Esscom tahan lelaki miliki Syabu di Kalabakan

TAWAU, 14 April (Bernama) — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 10.48 gram di Batu 2, Jalan Kalabakan-Keningau, dekat sini, semalam.

Jambatan Matang-Stapok mula dibuka kepada orang ramai

KUCHING, 14 April (Bernama) — Jambatan penghubung Matang dan Stapok bernilai RM145 juta sepanjang 4.4 kilometer kini siap sepenuhnya serta selamat untuk dilalui, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Laksana program jualan sentuhan rakyat lebih kerap – penduduk

KUCHING, 14 April (Bernama) — Kerajaan diharap dapat melaksanakan Program Jualan Sentuhan Rakyat lebih kerap kerana barangan keperluan dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Pasukan keselamatan boleh terangkan tugasan melalui program mendekati rakyat – Musa Aman

BEAUFORT, 14 April (Bernama) — Pasukan keselamatan boleh mendekati rakyat melalui program kemasyarakatan anjurannya dan menerangkan tugas mereka dalam menjaga keselamatan negara.

YUM berperanan kurangkan kadar kemiskinan di Sabah – Salleh

KOTA BELUD, 14 April (Bernama) — Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Yayasan Usaha Maju (YUM) iaitu badan pinjaman mikro di Sabah mempunyai peranan yang besar untuk menjayakan usaha mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

State to modernise agriculture

SARIKEI: The state will modernise its agriculture and provide efficient telecommunication system as it adopts new technology and digital economy as the way forward says Chief Minister, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg .

NIE programme in Sebuyau a great success

SEBUYAU: The Newspaper in Education (NIE) programme continues in Sebuyau constituency with subscription to The Borneo Post for the third consecutive year.

Certifying skills of Baleh workers

KAPIT: The Baleh Skills Training Programme will provide certification for skilled workers in the area.

RM500 million allocation to upgrade 8 bailey bridges

SANTUBONG: The government has allocated nearly half a billion ringgit to convert eight bailey bridges to concrete bridges in Santubong Parliamentary area.

RM1 mln for online business devt in state

LAWAS: The Companies Commission of Malaysia (SSM) has allocated RM1 million for online entrepreneur development in Sarawak to be channelled through the Ministry of Industrial and Entrepreneur Development.

Family of six homeless after fire razes house

SARIKEI: A family of six is made homeless after fire razed their house in Kampung Sungai Endot, Kabong last Friday night.

Rahman envisions efficient public transport system

KOTA KINABALU: Greater Kota Kinabalu is in need of an efficient public transportation system.

 

Jenayah

Tidak puas hati terhadap majikan, punca kematian pemilik syarikat

Mayat wanita ditemui dalam lubang bawah rumah kontena

Sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM8.7 juta dirampas

 

Politik

Ramai pihak cemburu dengan kejayaan BN – Mohamad

REMBAU, 14 April (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ramai pihak cemburu dengan kejayaan yang dilakar parti itu dalam membangunkan serta mengekalkan keamanan negara.

Beberapa berita palsu dikesan menjelang penamaan calon – Chong

SEREMBAN, 14 April (Bernama) — MCA mengesan beberapa berita palsu yang tular di media sosial menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke-14 pada 28 April ini, bertujuan mempengaruhi emosi masyarakat.

Pengundi diminta bijak pilih pemimpin

PASIR SALAK, 14 April (Bernama) — Pengundi diminta bijak memilih pemimpin yang mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan yang diwakili mereka berbanding memilih pemimpin yang hanya tahu menabur janji manis.

Bank khas bantu mudahkan generasi muda miliki kediaman sendiri

BALING, 14 April (Bernama) — Bank khas yang bakal diwujudkan sekiranya Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat menerajui pentadbiran negara ini akan memudahkan generasi muda memiliki kediaman sendiri tanpa sebarang masalah dari segi memperoleh pembiayaan perumahan.

BN laksanakan projek infrarakyat untuk kemudahan semua – Fadillah

KUCHING, 14 April (Bernama) — Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan projek infrarakyat atau infrastruktur untuk rakyat bagi menaik taraf kehidupan masyarakat secara menyeluruh.

Gerakan: Rakyat Pulau Pinang perlu undi kerajaan berorientasikan rakyat, bukan perniagaan

GEORGE TOWN, 14 April (Bernama) — Gerakan Pulau Pinang meminta rakyat negeri ini berfikir secara rasional sama ada kerajaan Pakatan Harapan adalah berorientasikan perniagaan atau rakyat selama 10 tahun lepas.

BN bakal tambah bantuan kewangan persatuan belia Kedah

ALOR SETAR, 14 April (Bernama) — Pemberian bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan belia negeri ini akan ditingkatkan kepada RM3,000 sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tak gentar pembangkang guna satu logo – UMNO

PEKAN, 14 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan tindakan Pakatan Harapan menggunakan hanya logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Abu Bakar Harun.

BN Terengganu letak calon Wanita di kerusi yang dikuasai pembangkang

KUALA NERUS, 14 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Terengganu bakal meletakkan calon wanita di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum sebelum ini.

Calon BN: Jangan buat spekulasi – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BN pastikan lebih banyak rumah mampu milik dibina di Sabah

BEAUFORT, 14 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Sabah akan sentiasa memastikan lebih banyak rumah dengan harga berpatutan dibina di negeri ini untuk manfaat penduduk.

Peneroka jangan terperdaya manifesto pembangkang – Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 14 April (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan peneroka Felda agar jangan terperdaya dengan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pakatan pembangkang yang mahu menghapuskan hutang peneroka.

Tengku Adnan sedia berdepan sesiapa sahaja di Putrajaya

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja yang bakal bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Isu nasional diyakini tidak jejas sokongan pengundi – Wan Junaidi

KUCHING, 14 April (Bernama) — Isu-isu nasional diyakini tidak akan mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Santubong pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

PAS tanding sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — PAS Wilayah Persekutuan bersama Gagasan Sejahtera akan bertanding sembilan daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pesuruhjayanya Mohamad Noor Mohamad.

Turunkan calon ‘heavyweight’ taktik tidak jujur pembangkang – Nur Jazlan

JOHOR BAHRU, 14 April (Bernama) — Taktik pembangkang yang menurunkan calon ‘heavyweight’ di sesuatu kawasan disifatkan sebagai kempen tidak jujur dan sekadar mahu mengabui mata pengundi yang belum masak dengan parti pembangkang yang hanya mementingkan kuasa.

Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat – Liow

BENTONG, 14 April (Bernama) — Rakyat tidak boleh membenarkan agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad merampas hak mereka untuk memilih kerajaan yang bertanggungjawab dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Muhyiddin bayangkan bertanding DUN Gambir

MUAR, 14 April (Bernama) — Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membayangkan kemungkinan beliau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Gambir pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Rakyat sambut baik Manifesto BN Johor

JOHOR BAHRU, 14 April (Bernama) — Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor yang dilancar Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendapat maklum balas baik daripada rakyat.

BN Johor lancar Manifesto PRU14, 230 tawaran buat rakyat

Istilah kekecewaan tidak wujud dalam Pemuda BN – Khairul Azwan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Istilah kekecewaan tidak wujud dalam pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairul Azwan Harun.

Pemimpin Amanah cuba had kuasa Majlis Syura Ulama ketika dalam PAS – Hadi

ALOR SETAR, 14 April (Bernama) — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendedahkan tindakan beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) cuba mengehad kuasa Majlis Syura Ulama ketika berada dalam PAS.

Azlan Man yakin pengundi Melayu akan tolak pembangkang di Perlis

KANGAR, 14 April (Bernama) — Perlis tidak memerlukan manifesto khusus berikutan keyakinan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man bahawa ‘tsunami Melayu’ iaitu pengundi Melayu menolak pembangkang akan berlaku di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14.

Fokus pembangunan Felda Bukti Manifesto BN Johor inklusif

JOHOR BAHRU, 14 April (Bernama) — Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) Johor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang turut memfokuskan pembangunan tanah rancangan Felda, adalah suatu usaha berterusan dan inklusif parti keramat orang Melayu itu.

Kerjasama Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Sekadar Retorik – Hishammuddin

KLUANG, 14 April (Bernama) — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar retorik semata-mata dan tidak mungkin akan terlaksana.

Janji Guan Eng tidak masuk akal – Teng

GEORGE TOWN, 14 April (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyifatkan janji Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memansuhkan semua tol di Jambatan Pulau Pinang sekiranya Pakatan Harapan menang di peringkat Persekutuan sebagai janji yang tidak masuk akal.

Manifesto BN Melaka penuhi ‘Selera’ orang muda

MELAKA, 14 April (Bernama) — Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, dengan 62 inisiatif asal berserta tiga inisiatif tambahan, dilihat mampu memenuhi ‘selera’ anak muda di negeri ini.

PBS tampil 25 calon muka baharu pada PRU14

TAWAU, 14 April (Bernama) — Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mengemukakan 25 peratus calon muka baharu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Pemangku Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Mahasiswa perlu jaga etika dan patuh undang-undang jika ingin berkempen

PASIR MAS, 14 April (Bernama) — Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

BN Kelantan jangka umum calon sebelum 25 April

KOTA BHARU, 14 April (Bernama) — Barisan Nasional (BN) Kelantan dijangka dapat mengumumkan senarai calonnya yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebelum 25 April ini, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Ekonomi

Malaysia kekalkan kedudukan utama pasaran pelancongan Islam yang bernilai US$220 bilion

KUALA LUMPUR 14 April (Bernama) — Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi nombor satu dalam pasaran pelancongan Muslim global, dengan pesaing pantas berusaha merapatkan jurang, menurut satu kaji selidik tahunan yang paling komprehensif bagi sektor ini.

Ejen takaful digesa terima teknologi sebagai peluang dan bukan cabaran – BNM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Ejen insurans dan takaful digesa untuk menerima gelombang teknologi, dengan kemunculan teknologi kewangan dan teknologi insurans, sebagai satu peluang dan bukannya cabaran.

Malaysia ketuai bantahan sekatan import minyak sawit sebagai bahan Biofuel oleh EU

SUNGAI PETANI, 14 April (Bernama) — Malaysia diberi penghormatan mengetuai bantahan terhadap larangan import minyak sawit sebagai bahan biofuel yang dikenakan Kesatuan Eropah (EU) menjelang 2021, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Syarikat bumiputera kecil digesa bekerjasama dengan syarikat lebih besar bida projek utama

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Syarikat Bumiputera kecil, terutamanya yang terlibat dalam industri pembinaan perlu bekerjasama dan berangkaian dengan syarikat yang lebih besar untuk memperoleh projek-projek besar, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

 

Sukan

JDT kukuh dahului Liga Super

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada liga setelah menang 3-0 ke atas kelab PKNS FC pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Harapan kepada badminton tuai dua emas

GOLD COAST, 14 April (Bernama) — Tumpuan kontinjen negara pada hari terakhir temasya Sukan Komanwel 2018 akan tertumpu kepada kemampuan untuk merealisasikan dua pingat emas dalam acara badminton perseorangan lelaki dan beregu wanita, esok.

Skuad olahraga mengecewakan

GOLD COAST, 14 April (Bernama) — Skuad olahraga negara pada Sukan Komanwel 2018 di sini menampilkan presembahan mengecewakan selepas gagal menepati sasaran sekurang-kurangnya sebutir pingat.

Isyraff di kedudukan keenam Perlumbaan Ketiga Kejohanan F4

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Kesilapan dalam memilih tayar mengakibatkan Isyraff Danish kehilangan peluang untuk memperbaiki kedudukannya dalam Perlumbaan Ketiga Pusingan Akhir Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara 2017/18 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Nur Dhabitah, Kimberly tamatkan saingan di kedudukan tercorot

GOLD COAST, 14 April (Bernama) — Penerjun wanita negara gagal menyerlah pada hari terakhir acara terjun selepas menamatkan saingan 3m papan anjal individu di kedudukan tercorot pada Sukan Komanwel 2018.

Peng Soon-Liu Ying raih gangsa beregu campuran

GOLD COAST, 14 April (Bernama) — Beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meraih pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2018.

 

Hubungan Antarabangsa

Serangan ke atas Syria ancam keamanan antarabangsa – GMMF

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Serangan bersepadu ke atas Syria oleh Amerika Syarikat (AS) bersama sekutunya mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa, kata Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global.

 

Kategori
Rangkuman Berita