RANGKUMAN BERITA MALAYSIA 11 JANUARI 2018

RANGKUMAN BERITA MALAYSIA bertarikh 11 Januari 2018

Perdana Menteri  / Timbalan Perdana Menteri

Najib, Keluarga Diberi Penghormatan Ziarah Makam Nabi Muhammad SAW

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.

Negara

Najib Lancar Logo TH Di Bangunan Penginapan Jemaah Haji Di Madinah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan logo Tabung Haji (TH) untuk empat bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Madinah.

Lawatan Najib Ke Arab Saudi Atas Jemputan Raja Salman – Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Anifah Adakan Lawatan Rasmi Ke Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan lawatan rasmi ke Turkmenistan mulai hari ini hingga esok untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

Doktor Pakar Kerajaan Letak Jawatan Meningkat Setiap Tahun

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Jumlah pakar perubatan Kementerian Kesihatan yang meletak jawatan meningkat setiap tahun berikutan jurang pendapatan yang jauh berbeza dengan sektor swasta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Jumlah Pekerja Hilang Kerja Masih Ditahap Biasa – Riot

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Jumlah pekerja yang hilang pekerjaan pada tahun lepas masih ditahap ‘biasa’, tidak seperti yang digambarkan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Malaysia, Ocean Infinity Meterai Perjanjian Sambung Semula Pencarian MH370

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Malaysia hari ini memeterai perjanjian dengan syarikat eksplorasi dasar laut yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, untuk menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan H370 yang hilang pada 8 Mac, 2014.

Wisma Putra Mulakan Persiapan Awal Anjur CHOGM 2020

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Wisma Putra akan melakukan persiapan mulai tahun ini bagi Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2020.

Kes Demam Denggi Catat Penurunan Dua Tahun Berturut-turut

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Kes demam denggi berjaya dikurangkan untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak 2015, hasil tindakan bersepadu daripada pelbagai kementerian, agensi, masyarakat dan individu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Anak Pesara Kini Boleh Beli Rumah PPA1M – Ali Hamsa

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Anak pesara kerajaan kini berpeluang untuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana Menteri Pun Perlu Patuhi Undang-undang – Salleh

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya adalah orang pertama menunjukkan contoh yang baik dan tidak menyalahgunakan kuasa atau melanggar undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Negeri

Banjir

Mangsa Banjir Di Pahang 383 Orang

Banjir: PPS Maran, Lipis Ditutup

Pekan Kekal Daerah Paling Terjejas Banjir

Mangsa Banjir Di Pahang Berkurangan

Daerah Segamat Dilanda Banjir Lagi

 

Polis Kontinjen Perlis Buat Pendekatan Dampingi Masyarakat

KANGAR, 10 Jan (Bernama) — Program ‘Jom Santai Bersama Ketua Polis Negeri’ oleh Polis Kontinjen Perlis bertujuan merapatkan hubungan polis dengan pemimpin dan masyarakat di sesuatu tempat.

Bekalan Minyak Masak Di Kedah Cukup

ALOR SETAR, 10 Jan (Bernama) — Pembelian panik oleh peniaga kecil dan pemilik restoran menyebabkan bekalan minyak masak bersubsidi paket 1kg di negeri ini berkurangan sejak seminggu lalu.

Perhilitan Rampas 101 Ekor Burung Murai Batu

ALOR SETAR, 10 Jan (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah merampas 101 ekor burung murai batu yang cuba diseludup masuk ke negara ini di laluan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Polis P.Pinang Tingkatkan Kawalan Keselamatan Di Kawasan Tumpuan

GEORGE TOWN, 10 Jan (Bernama) — Polis Pulau Pinang meningkatkan kawalan keselamatan terutama di lokasi tumpuan awam, kedai emas dan institusi kewangan di negeri ini bagi mengekang kejadian jenayah sempena musim perayaan.

Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Diteruskan – Lim

GEORGE TOWN, 10 Jan (Bernama) — Walaupun berdepan dengan siasatan salah laku atau rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP akan meneruskan pelaksanaan projek terowong bawah laut bagi menghubungkan pulau ini dari Persiaran Gurney dengan tanah besar di Bagan Ajam.

Kementerian Kesihatan Akan Salur Maklumat Terkini Kes Keracunan Makanan

IPOH, 10 Jan (Bernama) — Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan kenyataan atau maklumat terkini berhubung kes keracunan makanan yang membabitkan 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik selepas menikmati makan malam di asrama, Ahad lepas.

Bangunan Runtuh : Mayat Pekerja Bangladesh Berjaya Dikeluarkan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan sebahagian struktur bangunan sedang dalam pembinaan di Jalan Cochrane, di sini, semalam, berjaya dikeluarkan pada 5.23 pagi tadi.

Istana Negara Terima Sijil Perakuan Bomba

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini menyampaikan Sijil Perakuan Bomba kepada Istana Negara setelah melalui pemeriksaan keselamatan yang rapi dan teliti.

CCTV Dialukan Asal Tidak Ceroboh Privasi Pelajar Dan Guru

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyambut baik usaha memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah namun berharap tindakan itu tidak sehingga menganggu privasi pelajar dan guru-guru.

LPP Kenal Pasti 119 Hektar Kawasan Tanaman Durian

SEREMBAN, 10 Jan (Bernama) — Menyedari potensi durian sebagai sumber pendapatan baharu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengenal pasti kawasan seluas 119 hektar berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tanaman durian pada tahun ini, kata Pengerusinya Tan Sri Zainal Dahalan.

Akhbar Singapura Tersalah Lapor Dengan Menganggap Kenyataan Daripada Saya – Azman

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Wartawan veteran Datuk Seri Azman Ujang menafikan sekeras-kerasnya laporan yang disiarkan akhbar Straits Times Singapura hari ini yang memetik beliau sebagai berkata Barisan Nasional akan berdepan cabaran getir dalam pilihan raya umum akan datang “disebabkan ketidakpuasan umum berhubung skandal kerajaan dan isu berkaitan kos sara hidup.”

Qobin, Penjelajah Dari Setinggan Ke Grand Slam

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Dari setinggan ke ‘Grand Slam’. Siapa sangka, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang dahulunya penghuni di kawasan setinggan Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur kini mampu bergelar penjelajah Grand Slam pertama Malaysia.

PKNS Komited Agih RM1.4 Juta Wang Zakat Tahun Ini

BANTING, 10 Jan (Bernama) — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited untuk mengagihkan semula peruntukan wang zakat berjumlah RM1.4 juta tahun ini bagi pembangunan umat Islam di negeri ini.

Jakoa Dapatkan Bantuan Helikopter Bomba Bawa Pelajar Orang Asli Terkandas

GUA MUSANG, 10 Jan (Bernama) — Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan akan mendapatkan bantuan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membawa keluar 298 pelajar Orang Asli yang terkandas di perkampungan mereka di pedalaman jajahan ini untuk dibawa ke sekolah, minggu depan.

UMT, WWF Bantu Terengganu Rancang Pembangunan Tanah Bencah Setiu

KUALA NERUS, 10 Jan (Bernama) — Kerajaan Terengganu yakin pelan pembangunan Tanah Bencah Setiu sebagai Taman Negeri mampu dibangunkan secara lestari dan mapan hasil gabungan kepakaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.

UTC Pasir Gudang Mula Jadi Tumpuan

JOHOR BAHRU, 10 Jan (Bernama) — Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (KPBPG) yang dibuka secara rasmi pada 31 Disember lepas, telah mula menjadi tumpuan orang ramai untuk menyelesaikan urusan dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Lelaki Bunuh Perompak Dibebaskan

JOHOR BAHRU, 10 Jan (Bernama) — Mangsa samun yang menikam lelaki yang memecah masuk rumahnya di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, pada 3 Jan lepas, dibebaskan Isnin lalu (8 Jan).

Projek Taman Tasik Bandar Tenggara Siap 60 Peratus

KOTA TINGGI, 10 Jan (Bernama) — Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique yakin projek Ujana Taman Tasik Bandar Tenggara di sini akan dapat disiapkan mengikut jadual, pada Mei depan.

NewsBriefBorneo

We are all‘Adenan Satem’

“I AM Adenan Satem, I keep my promises.” It has been a year since the passing of former chief minister Pehin Sri Adenan Satem, but those reassuring and authoritative words of his still ring loud and clear in the hearts and minds of many Sarawakians.

Gas explosion triggers panic

MIRI: A gas leak followed by an explosion at KP181 of the Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) sent locals in Long Luping, Lawas scurrying to safety early yesterday.

Uggah fears impact of EU ban on palm oil producers

KUCHING: Deputy Chief  Minister Datuk Amar Douglas Uggah Embas said Sarawak palm oil producers are now under threat from the European Union (EU) ban.

‘A great statesman – that’s what he was’

ALL three Deputy Chief Ministers (DCMs) regard Pehin Sri Adenan Satem as a great statesman – one who was fearless and uncompromising, truthful and adamant, amusing and kind.

Adenan a leader for all Sarawakians, says Chinese community leaders

NEWS on the passing of Pehin Sri Adenan Satem last year shook Sarawakians across all ages, as well as racial and religious backgrounds.

Lundu folk regard Tok Nan as ‘an irreplaceable pearl’

EVEN after a year, many residents of Lundu are still mourning for their former assemblyman, Pehin Sri Adenan Satem, whom they fondly addressed as ‘Tok Nan’.

Contraband seized in house raid in Tinjar, man arrested

MIRI: The state Marine police arrested a 38-year-old man and seized RM34,740 worth of contraband cigarettes, liquors and firecrackers during an ambush at a house in Tinjar, Baram on Jan 9.

SEB: Rise in copper theft cases at electricity facilities

KUCHING: Sarawak Energy Berhad’s (SEB) operational and retail arm, Sesco, is experiencing a rising number of incidents of copper theft especially at secluded areas targeting electricity facilities.

‘Tourism industry to suffer if e-hailing service halted’ – Abd Karim

KUCHING: Sarawak’s tourism industry will be affected if its e-hailing service such as Uber and Grab ceased, said Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports Minister Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ministry targets 5.25m visitor arrivals this year

KUCHING: The Ministry of Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports is targeting 5.25 million visitor arrivals to the state this year.

Be wary of calls from unknown phone numbers – police

KOTA KINABALU: Police have advised the public to be cautious when receiving calls from unknown telephone numbers as they may be victim of scam calls.

More work needed even though KKIA second busiest airport – Masidi

KOTA KINABALU: Although Kota Kinabalu International Airport (KKIA) is now rated as the second busiest airport in the country, there are still work that needs to be done to ensure that the statistics can be translated into success.

I had treated seven victims – Doctor

KOTA KINABALU: A doctor told the Sessions Court here yesterday that she had treated seven victims who were involved in the catamaran tragedy last year.

Pakatan Harapan Sabah Youth supports Dr M as PM

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah Youth is supportive of the coalition’s decision to name Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) chairman Tun Dr Mahathir Mohamad said its Prime Minister candidate if the opposition wins the 14th general election.

Enforcement of State Heritage Enactment timely – Director

KOTA KINABALU: It is timely for the Sabah Government to enforce the State Heritage Enactment 2017 on January 1, this year.

Report lodged against individual for insulting Suluks

KOTA KINABALU: The Sabah Peranakan Suluk Association (PPSS) yesterday lodged a police report here against an individual over a social media posting, labeling the Suluks in Sabah as ‘trouble makers’, that has gone viral on the WhatsApp application.

Sabah JTU targets 17,000 hectares NCR land to be surveyed

KOTA KINABALU: Sabah Land and Survey Department (JTU) has set a target to conduct survey works on 17,000 hectares of Native Customary Rights (NCR) land through the Sabah Native Land Services (PANTAS) and Communal Grant programmes this year.

Isu Berterusan

Polis, Kerajaan Dibenar Fail Rayuan Terhadap Ganti Rugi Dalam Kes P Chandran

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan polis dan kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung ganti rugi berjumlah RM357,500 kepada balu P. Chandran yang mati ketika dalam tahanan polis pada 2012.

Peniaga Sambilan Didakwa Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja

MELAKA, 10 Jan (Bernama) — Seorang peniaga sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Bicara Kes Rasuah Lim Guan Eng Dan Phang Li Koon Bermula 26 Mac

GEORGE TOWN, 10 Jan (Bernama) — Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran ditetapkan selama 23 hari bermula 26 Mac di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil 40 saksi.

Terowong Dasar Laut : Timbalan Pengerusi Bergelar Datuk Direman Enam Hari

GEORGE TOWN, 10 Jan (Bernama) — Seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembangunan hartanah bergelar Datuk ditahan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau PInang.

Dua Anggota Polis, Peniaga Dipenjara, Sebat Kerana Rompak Wanita

KOTA BHARU, 10 Jan (Bernama) — Dua anggota polis dan seorang peniga masing-masing dijatuhi hukuman penjara 11 dan 13 tahun serta sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita, dua tahun lalu.

Jenayah

Dua Penjenayah Warga Asing Ditembak Mati Di Melaka

Polis Melaka Tumpaskan Sindiket Curi Motosikal ‘Geng Saiful’

Dadah: Tiga Buruh Ditahan

Polis Tahan Empat Kanak-kanak Geng Basikal Lajak

Polis Kedah Rampas 165.5kg Ganja Bernilai RM496,500

Sembilan Suspek Baharu Dalam Kes Pembunuhan Di Stesen Minyak Johor Bahru

Politik

Agihan Kerusi DUN PH Di N.Sembilan Belum Muktamad

SEREMBAN, 10 Jan (Bernama) — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata agihan kerusi yang akan tandingi pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih belum dimuktamadkan memandangkan terdapat beberapa kerusi yang belum mencapai kata putus.

Pembahagian Kerusi Parlimen Melaka Percaturan Cacat Pembangkang

MELAKA, 10 Jan (Bernama) — Pembahagian kerusi Parlimen untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di negeri ini di kalangan parti pembangkang dilihat sebagai sebuah percaturan cacat kerana gagal mengambil kira pelbagai faktor kritikal terutamanya saingan di kalangan pembangkang dan sokongan rakyat.

BN Optimis Menang Semua Kerusi Dalam Kawasan Parlimen Jelebu

JELEBU, 10 Jan (Bernama) — Barisan Nasional (BN) yakin akan menang semua kerusi negeri dalam kawasan parlimen Jelebu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang, kata pengerusi BN Jelebu Datuk Jalaluddin Alias.

Presiden MIC Ragui Kemampuan Pakatan Harapan Bawa Perubahan Kepada Malaysia

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) — Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meragui kemampuan Pakatan Harapan untuk membawa perubahan di negara ini apabila mereka mengitar semula pemimpin lama sebagai calon perdana menteri.

BN Akan Turunkan Cukai Berkaitan Hartanah Jika Kuasai Semula Selangor

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Barisan Nasional (BN) akan menurunkan cukai berkaitan hartanah di Selangor bagi mengurangkan harga rumah, kos menjalankan perniagaan serta harga barang dan perkhidmatan di negeri ini, apabila ia mengambil alih Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Sukan

Perak Ikat Pemain Azkals, Bahadoran, Luiz

IPOH, 10 Jan (Bernama) — Ketua pasukan skuad kebangsaan Filipina (Azkals), Misagh Bahadoran dan pemain kelahiran Brazil, Wander Luiz sah menjadi milik pasukan Liga Super Perak bagi saingan kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2018 yang bermula 3 Feb ini.

Misagh Tekad Bantu Perak Menang Satu Piala

IPOH, 10 Jan (Bernama) — Pemain import Perak, Misagh Bahadoran berjanji akan mempamerkan aksi terbaik dalam usaha membantu skuad The Bos Gaurus merangkul sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan Liga Malaysia 2018.

Pemain SABJ Perlu Manfaat Peluang Di ABM – Norza

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Pemain badminton remaja negara daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) perlu memanfaatkan peluang berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) untuk mengejar impian menjadi juara dunia.

Aksi Sulung Skuad Kim Swee Hambar

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Malaysia membuka kempen Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) dengan langkah kiri setelah diaibkan pasukan negara bergolak, Iraq 1-4 pada perlawanan pertama Kumpulan C di Stadium Changshu, China, hari ini.

Kategori
Rangkuman Berita