PELARIAN RAKHINE HANYA AKAN KEMBALI JIKA KESELAMATAN TERJAMIN

102 NAY PYI DAW, 19 Julai (Bernama) — Ratusan ribu pelarian yang melarikan diri ke Bangladesh akibat keganasan di Rakhine, hanya akan kembali ke tanah air jika kerajaan Myanmar...

NAY PYI DAW, 19 Julai (Bernama) — Ratusan ribu pelarian yang melarikan diri ke Bangladesh akibat keganasan di Rakhine, hanya akan kembali ke tanah air jika kerajaan Myanmar memberikan jaminan keamanan dan kewarganegaraan, lapor akhbar berbahasa Inggeris Myanmar Times.

Perkara itu disuarakan Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, Christine Schraner Burgener selepas bertemu dengan pelarian semasa lawatannya ke Bangladesh minggu lepas.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan pegawai kanan lain.

Burgener berkata adalah penting untuk pelarian kembali dengan, selamat serta bermaruah.

Keadaan di Rakhine memerlukan penyelesaian politik dan bantuan antarabangsa yang lebih besar kepada pelarian dan komuniti tuan rumah, dalam menangani keadaan teruk yang dihadapi, katanya…..

Kategori
BeritaDunia