SPRM dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, dakwaan yang dibuat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita.

“Laporan ini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai-pegawai SPRM serta berkemungkinan diputar belit sekali gus mencemarkan imej SPRM dan menimbulkan keraguan masyarakat.

“Sehubungan itu, SPRM memohon agar pihak media mendapatkan maklumat sahih terlebih dahalu daripada SPRM sebelum melaporkan berita kepada umum,” kata kenyataan itu.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kepemimpinan tertinggi SPRM dijangka dirombak dalam masa terdekat membabitkan beberapa pegawai kanan terutama di bahagian siasatan dan perisikan yang dihantar ke agensi penguatkuasaan lain.

Sumber akhbar tersebut berkata, nama-nama pegawai terbabit beberapa kali dihantar ke Pejabat Perdana Menteri sebelum ini namun senarai terbaharu dipersetujui selepas Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Syukri Abdull menyerahkan senarai itu dua minggu lalu.