PENCAPAIAN MANIFESTO BARISAN NASIONAL (BN) PRU13: PERUMAHAN MAMPU MILIK – RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerak oleh sektor awam dan swasta.

Barisan Nasional (BN) berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerak oleh sektor awam dan swasta.

Perkara itu dinyatakan dalam Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancar Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut menjanjikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

Antara program yang dicadangkan dalam Manifesto Rumah Mampu Milik PRU13 ialah :

Program Perumahan Rakyat,

  • Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia,
  • Rumah Generasi Kedua Felda,
  • Penempatan Semula Nelayan,
  • Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP),
  • Rumah Aspirasi Rakyat SPNB,
  • Rumah Idaman Rakyat SPNB,
  • Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
  • Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Dalam pecahan manifesto itu, sebanyak 21,332 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia telah siap dibina dan 5,182 unit sedang dalam pembinaan manakala sebanyak 2,001 unit masih dalam perjanjian.

Rumah-rumah ini akan terus dibina seperti yang dijanjikan oleh kerajaan demi keselesaan dan kebajikan rakyat.

 

Kategori
MANIFESTO PRU13Nasional