KERAJAAN SEDIA TIMBANG BAJET TAMBAHAN

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sedia mempertimbang untuk membentangkan belanjawan tambahan minggu depan.

SERDANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sedia mempertimbang untuk membentangkan belanjawan tambahan minggu depan.

“Kami akan melihat perkara itu,” kata beliau ketika ditanya pemberita kemungkinan kerajaan sedia membentangkan belanjawan tambahan.

Sebelum itu, Dr Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, meluangkan masa lebih dua jam di pameran lukisan bertajuk ‘Tun M: A Forever Legacy’ di Universiti Perdana, hari ini.

Lebih 100 lukisan hasil inspirasi kehidupan Dr Mahathir dan isterinya yang dihasilkan 68 pelukis tempatan dan luar negara.

Pameran itu berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Ogos.

Kategori
Nasional