TAK MAMPU CARI SAYA, JANGAN DIBUANG, DIBUNUH

Abby Abadi tampil memberitahu kepada orang ramai khasnya kaum wanita, dia bersedia untuk memberikan bantuan berhubung bayi yang bakal lahir.

PELAKON, Abby Abadi tampil memberitahu kepada orang ramai khasnya kaum wanita, dia bersedia untuk memberikan bantuan berhubung bayi yang bakal lahir.

Menurut Abby, 40, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.

“Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, yang akan mlahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

“Di mana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik kakak ye.

“Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi ALLAH ini,” kata Abby di Instagram miliknya.

Di perkongsian yang sama juga Abby berkata, bagi mereka yang mahu mengambil anak angkat jangan ditanya tentang asal usul mereka.

Kategori
Hiburan