SAYA MINTA MAAF, TIADA NIAT NAK HINA

Azrel Ismail dikecam hebat gara-gara satu status yang dimuat naik di laman Twitter yang disifatkan sebagai menghina orang asli secara terbuka beberapa hari lalu.

PELAKON Azrel Ismail dikecam hebat gara-gara satu status yang dimuat naik di laman Twitter yang disifatkan sebagai menghina orang asli secara terbuka beberapa hari lalu.

Status tersebut dimuat pelakon filem Pulang itu sebagai menjawab salah satu komen netizen yang mempersoalkan tentang bakat dan penampilannya dalam filem terbaharu arahan Kabir Bhatia tersebut.

“Thank You bro. Just for your info this is the negative comment I’ve received, and you relate with my biceps & jambang?

“OK maybe your education is from orang Asli. Please support more local movie next ya. Wishing you goodluck bhai,” tulis Azrel.

Meski status tersebut telahpun dipadam, namun masih ramai yang berasa marah dan mengecam tindakan Azrel yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar selebriti dan dikenali ramai.

Kategori
Hiburan