SAYA MEMANG TIDAK TAHU APA-APA KATA AQASHA SENROSE

Uqasha Senrose mengakui begitu gementar apabila diberi peluang bekerja di bawah pengarahan sutradara terkenal, Mamat Khalid.

PELAKON Uqasha Senrose mengakui begitu gementar apabila diberi peluang bekerja di bawah pengarahan sutradara terkenal, Mamat Khalid.

Menerusi filem Hantu Kak Limah itu, selebriti berusia 26 tahun ini membawakan watak puteri bunian bernama Eton yang bercinta dengan Hussin lakonan Datuk Awie.

Menurut Uqasha, dia hampir terlepas tawaran tersebut setelah pihaknya tidak menerima apa-apa pesanan, biarpun Penerbit Eksekutif dari Infinitus Gold Gayatri Su-lin Pillai sudah cuba mencarinya selama dua bulan.

“Cik Gayatri beritahu dia sudah tinggalkan pesanan pada pengurus saya, tapi pengurus saya kata tidak ada menerima dan saya pun memang tak tahu apa-apa.

“Beliau kemudiannya cuba menghantar Direct Message di Instagram dan akhirnya dapat bercakap dengan saya. Beliau kata sudah dua bulan mencari saya dan hampir mahu melepaskan watak tersebut kepada orang lain.

“Ketika hari pertama berada di set penggambaran, saya memang gementar juga. Tapi abang Mamat sudah jelaskan apa yang dia mahu dan saya hanya lakonkan mengikut apa yang abang Mamat dan Cik Gayatri gambarkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kategori
Hiburan